Ikuti kisah terperinci hasil tinjauan kru Penyingkap Fakta di pelbagai lokasi menggerunkan masyarakat. ... lokasi didakwa berlaku pelbagai kejadian aneh atau penampakan entiti paranormal. Kami melangkah bersama, mengharung onak, duri dan sembilu , mendokumentasikan kenangan pahit manis namun disatukan oleh minat sama. Terima kasih kerana sudi singgah di sini.

SERTAI TINJAUAN DARI KUBUR KE KUBUR

Hakikatnya ramai antara kita berasa gentar untuk menziarahi kubur samada pada waktu siang atau malam.


"Seringkali masyarakat dimomokkan dengan cerita hantu apabila melintasi atau berada di sekitar kubur. Walhal menziarahi kubur itu sebenarnya mampu mengingatkan kita semua tentang kematian. Ada kitab menyatakan, roh mereka disemadikan menyedari jika kita datang menziarahi tanah perkuburan," ujar penasihat kru Penyingkap Fakta, Ustaz Zaharuddin Zainal.


Kru tetap Penyingkap Fakta, saya, Razali, Jet, Suhaimi, Atoi dan Boy bertemu malam semalam.


Ustaz Zahruddin kemudian membacakan doa selamat sempena meraikan ulang tahun kelahiran sahabat kami, Jet da Brutal.


"Birthday ustaz 19 Disember," kata Jet.

Kami doakan semoga kesejahteraan mereka sentiasa dipelihara oleh Allah, dipanjangkan umur dan dimurahkan rezeki.

"Jet, bila dijangkan akan menadpat Phd?," soal saya kepada anak kelahiran Bangi, Selangor itu.

"InsyaAllah, hujung tahun hadapan," balasnya.


"Untuk pengetahuan semua, kek ditaja oleh Restoran Melaka Kitchen," jelas Razali.


""Terima kasih," celah Jet.

Selesai makan, kami kemudian membincangkan antara perancangan program tahun 2013.  

"InsyaAllah, kita akan cuba menganjurkan paranormal tour untuk setiap suku tahun hadapan. Berbekalkan komitmen dan minat konsisten, saya percaya perancangan kita mampu untuk dizahirkan," ujar Razali.

Andai tiada aral melintang Kru Penyingkap Fakta juga berkebarangkalian bakal melakukan ekspedisi ke Pulau Besar, Melaka, dalam jangka waktu terdekat.

"Sebilangan orang Melayu selalunya mengaitkan pulau itu dengan keramat. Sebenarnya perkataan asas keramat itu 'karomah' dalam bahasa Arab, bermaksud kemuliaan. Ramai pergi ke pulau sama untuk berzikir tetapi ada juga hadir dengan tujuan lain. Apapun, tujuan kita, untuk menyingkap fakta berhubung pelbagai dakwaan kejadian aneh berlaku di sana," celah Ustaz Zaharuddin.


Tinjauan dari kubur ke kubur, TKK, bakal dilaksanakan pada 12 Januari 2013. Kepada pembaca berminat menyertai kami, sila hubungi Razali di talian 016 231 5812 (Whatsap) dengan kadar segera.


2 Komen :

dayang Citra berkata...

Happy birthday Jet...semoga berjaya dalam segala apa yang dilakukan...

pulau besar melaka? nk join lah..