Ikuti kisah terperinci hasil tinjauan kru Penyingkap Fakta di pelbagai lokasi menggerunkan masyarakat. ... lokasi didakwa berlaku pelbagai kejadian aneh atau penampakan entiti paranormal. Kami melangkah bersama, mengharung onak, duri dan sembilu , mendokumentasikan kenangan pahit manis namun disatukan oleh minat sama. Terima kasih kerana sudi singgah di sini.

LANGSIR BERPUAKA

Saya, Ustaz Zaharuddin Zainal, Boy dan Atoi tiba di apartmen dihuni pesakit sebelum jam 11.45 malam.



"Saya perlukan sebaldi air dan air kosong (untuk diberikan pesakit minum)," ujar Ustaz Zaharuddin.

Waktu itu, pesakit berusia 27 tahun, kelihatan tidak selesa namun berdiri sambil memerhatikan pergerakan kami. 

Pesakit kemudian diminta duduk di atas lantai dan Ustaz Zaharuddin mula merukyah pesakit didakwa mengalami gangguan jin sejak 4 bulan lalu. Belum pun sempat Al-Fatihah pertama dibacakan, pesakit mula muntah ke dalam plastik merah disediakan.


Sebaik ayat Kursi dan tiga Qul dibcakan, pesakit menjerit kesakitan.

"Siapakah nama kau?," soal ustaz.

Namun gadis itu hanya mendiamkan diri sebelum diminta mengikut membaca ayat Kursi. Gadis itu sesekali kelihatan tersenyum, tertawa. Dia kemudian diminta mengikut Ustaz Zaharuddin untuk melafazkan ikrar pemutus.  

"Saya dengan ini memutuskan sebarang bentuk ikatan atau hubungan atau perjanjian samada  dengan jin, syaitan, iblis atau ifrit ..."

Tiba-tiba pesakit itu berhenti melafazkan ikrar, ketawa, menangis ... 

"Boleh kami tanggalkan langsir di dalam bilik," celah saya.

"Nanti saya susah hendak tidur, saya tidak boleh tidur kalau ada cahaya matahari masuk, panas dalam bilik itu. Jangan turun, jangan turunkan langsir, jangan! jangan!," pesakit menjerit secara tiba-tiba.

"Kenapa awak sedih?," soal saya.

"Saya tidak tahu," balasnya.

Ustaz meminta pesakit berzikir



"Jangan! Jangan! Jangan! Jangan bakar langsir itu. Jangan! Jangan! Saya hanya hendak langsir itu," teriaknya.

Langsir terbabit dikatakan milik penghuni bilik sebelum ini. Pesakit diberitakan sering mengurungkan diri di dalam sebuah daripada tiga bilik di unit apartmen didiami bersama ibunya dan dua rakan lain.

Sebelum rawatan dimulakan, kru Penyingkap Fakta meletakkan infrared motion sensor camera di dalam bilik gadis itu.

"Tengok langir bilik dia, gelap. Cahaya memang tidak boleh masuk langsung. Siapakah punya langsir itu?," soal Boy. 

Pesakit terus menjerit.

"Saya suka langsir ini, saya  suka langsir lama," jeritnya sambl menangis teresak-esak.

"Dia memang suka berbaring di atas katil tanpa cahaya di dalam bilik. Katanya, ada perempuan selalu duduk di atas katil dan memerhatikan dia tidur,"  jelas ibu pesakit.

Jam 12 malam, saya ke bilik pesakit, menanggalkan langsir berwarna biru tua dari tingkap. dan membawa langsir itu keluar . Langsir itu kemudian dibawa hampir kepada pesakit.


"Siapakah sebenarnya berada dengan awak selama ini?," soal Ustaz Zahruddin.

"Perempuan muda, rambut dia paras bahu. Dia menjaga saya dan sayang kepada saya," jawabnya.

Lumrah jin, gemarkan tempat gelap dan sunyi. Langsir di bilik gadis itu membuatkan biliknya sentiasa gelap.

"Sebab itu dia tidak membenarkan kita menanggalkan langsir kerana jin mendampinginya, pasti tidak suka," bisik Boy.

Atoi bertugas merakamkan visua rawatan untuk rujukan kami sahaja.

"sekarang ini berlaku sedikit gangguan, dia keliru di antara diri dia dan jin," jelas ustaz.

"Selalu dia temankan saya pada waktu malam. Tanpa langsir itu saya tidak boleh tidur. Perempuan berambut panjang paras bahu (ada dalam bilik). Dia risau fasal saya. Dia menjaga saya selama ini," kata pesakit.

Gadis itu kemudian kembali meraung.

"Cuba awak mengucap," pinta ustaz.


"Jom kita bakar langsir ini," usik saya.

Pesakit itu terus meraung dan kemudian menjerit tanpa kawalan. Dia bingkas bangun,  berjalan mundar-mandir di ruang tamu rumah terbabit. Sesekali dia menjerit marah kerana terlalu sayangkan langsir di tangan Boy.

"Kasi saya langsir itu," kata pesakit sambil menangis.


Dia menjadi tenang sebaik Boy melilitkan satu daripada dua langsir ke lehernya. 


Saya kemudian membakar hujung langsir satu lagi  dan memadamkan api sebelum mencampakkan langsir sama keluar rumah.

"Say bye bye to your langsir," ujar saya.

"Ok! Ok! Ustaz tolonglah saya. Dia selalu baring dengan saya di dalam bilik. Tolonglah! Tolonglah. Ambil balik langsir itu, saya akan ceritakan semua," katanya.

"Awak penipu sebenarnya," balas Boy.

Lazimnya jin mengganggu manusia, sentiasa cuba mengelirukan. Pesakit ketawa dan kemudian menangis. Tiba-tiba berhenti. 

"Mengapakah awak  sayang sangat dengan langsir itu?," soal saya.a 

"Saya terjumpa langsir itu di dalam bilik masa tengah mengemas bilik. Langsir yang saya pasang tidak cukup gelap untuk saya tidur," jawabnya.

"Boleh tidak, jangan pusing cerita," tanya ustaz.

"Dia ikut saya pergi kemana sahaja. Satu hari itu saya marah sangat, dia main main, matikan kipas di dalam bilik. Saya penat. Cakap dengan dia, jangan ganggu. Saya terpaksa makan ubat tidur.  Apabila dia mematikan kipas, panas. Saya marahkan dia. Mulanya dia peluk saya dari belakang sewaku berada di dalam kapal terbang dalam perjalanan ke Melbourne. Sejak itu setiap hari dia bersama saya, dia pandai. Dia berdiri di sebelah katil saya, tengok saya tidur. Saya tidak suka mandi," jelas pesakit.

"Dia bukan benda baik," celah ustaz. 

"Kalau awak ikut saya, saya akan temankan awak sampai mati, begitu?Ada perjanjian," tanya Boy

Gadis itu membatu.

"Jangan buang langsir, dengar tidak?," gertak pesakit.

Ustaz Zaharuddin kemudian meneruskan rawatan.



"Saya tidak tahu mengapakah saya menangis.dan kekadang ketawa," keluhnya.

"Sekarang ini awak keliru, siapakah awak sebenarnya. Ada benda duduk dengan awak," ujar ustaz.

Sekali lagi ikrar pemutus dilafazkan. Saya memerhatikan wakjahnya. 

"Saya tahu awak sedih untuk meninggalkan dia, untuk berpisah. Gadis ini bukan milik kamu, usah ganggu dia. Pergilah mencari pasangan lain di kalangan jin bukan menjadikan manusia sebagai pasangan kamu," kata ustaz.

"Dia selalu cakap nama Yati," ujar ibu pesakit.

"Ustaz! Tolong saya, tolong .......!," jeritnya.

"Tolong apa? Dengan syarat awak keluar dari tubuh dia. Tempat kamu bukan di sini. Dunia kamu bukan di sini, dunia kamu di tempat lain," celah ustaz Zaharuddin.

Sekali lagi ikrar dilafazkan.



"Dengan zat Allah,  maha pengasih, maha penyayang. Maha berkuasa di atas setiap  sesuatu. Dia yang awal, Dia yang akhir. Dia yang zahir, Dia yang batin. Dia yang mengetahui, yang nyata dan yang ghaib. Maka dengan ini, saya (nama), dengan ini  berikrar  bahawa saya,  zahir batin saya, rohani dan jasmani, memutuskan sebarang bentuk ikatan, perjanjian atau hubungan atau apa jua gangguan samaada daripada kalangan jin Islam, jin kafir atau saka dari keturunan saya atau kadam, sihir, santau, mahkluk yang berniat khianat terhadap saya ...."

Dia meraung, menangis untuk melengkapkan ikrar itu namun sampai ke penghujungnya. Pesakit kemudian diberikan minum air kosong suam.



"Hendak langsir itu balik?," soal Boy.

Dia diam. 

"Bercinta dengan perempuan (jin) ke?," tanya Boy lagi.

Dia mengizinkan langsir itu dibawa keluar dari rumahnya.



"Selepas ini, cuba sentiasa berwuduk sebelum tidur.  Jangan tinggalkan solat. Mohon dengan Allah, supaya sihat," ustaz memperingatkan.

Boy kemudian meminta pesakit mengucap dua kalimah syahadah berulang kali sebelum pesakit menjerit bak terkena histeria. Wajahnya kelihatan sedih, sesekali menangis dan kemudian kelihatan tenang.

"Putus dengan dia?," soal Boy.

"Ya," balasnya. 

Pada masa sama, ustaz bergerak ke bilik pesakit, merenjiskan air di dalam baldi dan melaungkan azan.

Tiba-tiba ...

"Panas! Panas! Panas! Panaaaaaaaaaaaaaaaaassssssss!," jeritnya sambil berdiri dan bejalan berlegar-legar di ruang tamu.

Matanya sesekali menjeling ke arah luar tingkap rumah. 

"Allah! Panasnya! Panasnya! Panas! Panas!," ulangnya lagi.

"Ustaz sedang azan di dalam bilik awak, efek dia sampai ke sini, macam remote control," kata saya.

"Bertenang," kata Atoi. 

Dia mendakwa seperti tubuhnya berasa terbakar. 

Kami percaya, tiada langsir berpuaka. Cuma pesakit berkeras agar langsir terbabit tidak ditanggalkan untuk memenuhi permintaan jin bertujuan mengekalkan suasan gelap di dalam bilik tidur. 

Rawatan diteruskan dan memakan masa kira-kira 3 jam.

Alhamdulillah, semalam saya dimaklumkan oleh ahli keluarga pesakit, dia berada dalam keadaan normal.

Dengan izin Allah, jika manusia berikhtiar, gangguan jin mampu dihindarkan.

Pada kira-kira jam 3 pagi, kami beredar.

Klik di sini.

4 Komen :

dayang Citra berkata...

seramnya...teringat first time tengok orang kena histeria semasa belajar di U..ngerinya..

kesuma jiwa berkata...

Assalammu'alaikum, saudara Mazidul & PF666. Atas pengalaman saya melihat kawan saya (panggilan Ijam / Seekers NTV7 dan yg lain) mengubati pesakit, apa saja yg dituturkan adalah dari si 'peminjam tubuh'. Selagi belum pulih (makhluk itu keluar sepenuhnya), ia akan tetap di tubuh pesakit. Seperti yg saudara nyatakan 'PESAKIT berkeras agar langsir terbabit tidak ditanggalkan..',sebenarnya ia bukan dari diri pesakit melainkan dari makhluk peminjam tubuh. Untuk pengetahuan, makhluk tersebut penuh dengan tipu daya. Ada yg boleh mengikuti apa sahaja ayat suci Al-Quran (jika sudah terlalu lama di dalam diri pesakit). jadi, berhati-hati dengan tipu dayanya. Makhluk itu juga dapat kita ajak bicara jika kita berlembut tanpa seperti ada paksaan. Itu semua ikut nasib seseorang.
Itu sahaja komentar saya, Maafkan saya jika saudara Mazidul dan krew PF666 tersinggung atau mungkin terasa seperti saya nak tunjuk pandai. Teruskan menelusuri ke tempat anker. Terima kasih.

perempuan ke laki rmbut pendek ??

Unknown berkata...

kenapa lama tk update blog ni?rindu nk baca citer2 mcm ni...