Ikuti kisah terperinci hasil tinjauan kru Penyingkap Fakta di pelbagai lokasi menggerunkan masyarakat. ... lokasi didakwa berlaku pelbagai kejadian aneh atau penampakan entiti paranormal. Kami melangkah bersama, mengharung onak, duri dan sembilu , mendokumentasikan kenangan pahit manis namun disatukan oleh minat sama. Terima kasih kerana sudi singgah di sini.

Bersemuka Dengan Penyamar

Jam 12.30 malam tadi, Rahmat Mokhtar cuba menghubungi pemilik akaun Facebook, mendakwa jurukamera 666.

Rujuk tampalan berikut untuk meneliti informasi dicatatkan berhubung dakwaannya. 

"Bang lagi sejam dia janji datang," ujar Rahmat.

"Kita hendak berbincang sahaja, kan?," tanya saya kepada anak muda itu.

"Ya bang," jawabnya.

Seperti dinyatakan, lelaki terbabit kemudian muncul di lokasi dijanjikan.


Melalui riak wajahnya, saya yakin dia  agak terperanjat sebaik melihat kehadiran saya, Zaki dan Farid di tempat sama. Kami mendapati penampilannya jauh berbeza berbanding gambar dimuatkan di tampalan terdahulu.


Wajahnya kelihatan sayu.


"Engkau mengaku tak menyamar menjadi jurukamera 666?," soal saya.

Dia menganggukkan kepala.

"Mengapa?," tanya saya ringkas.

"Sebab minat," balasnya.

"Kalau minat sekali pun dalam kajian kes entiti paranormal, perlu ke engkau menyamar macam ini sekali? Itu bukan caranya. Ciluk gambar kru 666, tampal di Facebook seolah-olah engkau punya. Tak molek macam itu," jelas saya.

Dia terdiam.

"Kami tubuhkan 666 bukan untuk mencari glamor. Kalau engkau nak glamor, join lah secara hormat kru lain, apa salahnya? Ini aku tengok, sampaikan apa sahaja aku tulis dekat wall aku engkau copy and paste," jelas Rahmat.

Ketika itu Zaki dan Farid hanya memerhati.


"Sebelum ini Rahmat pun ada berhubung dengan engkau melalui Facebook, dia peringatkan engkau jangan buat macam itu tetapi engkau buat tidak tahu sahaja, pelik," tambah saya. 

Dia masih membisu.

"Engkau ingat senang ke kita orang nak naikkan nama 666 ini? Susah tahu, banyak cabarannya," jelas Zaki.

"Tadi masa chat, engkau siap tanya lagi, bila aku join 666?," sambut Farid.

Tiada antara mereka meninggikan suara kepada lelaki berusia 24 tahun mendakwa bekerja sebagai jurugambar sambilan bersama rakannya itu.

"Engkau ambil gambar apa?," soal saya.

"Gambar rumah kosong, ambil dengan kawan, lepas itu kalau ada orang  hendak beli, kami jual," dakwanya.

Pelik sungguh kerjayanya, itu firasat saya.


"Aku penat merakamkan ribuan gambar di lokasi tinjauan, tiba-tiba engkau mengaku kononnya engkau ambil. Kalau hendak copy, silakan tetapi tidak perlulah menyamar. Bukan apa, dalam dunia maya ini mudah. Kalau kita ciluk gambar orang lain, just kreditkan sumber," jelas saya.

Sebelum ini dia juga mendakwa pelajar pusat pengajian tinggi di Shah Alam, Selangor tetapi kemudian mengaku kenyataan itu palsu.

"Kami panggil engkau ke sini, cuma nak bagi tahu, berhentilah menyamar. Menyamar boleh mengelirukan orang ramai. bimbang kalau maklumat engkau sampaikan fasal kegiatan kami tidak tepat atau palsu. Boleh tak engkau tukar catatan di Facebook itu balik? Perbetulkan maklumat," pinta saya.

"Boleh," katanya sambil menundukkan kepala.

Pada masa sama, setelah ditanya oleh Rahmat secara baik, dia turut mendakwa bertugas sebagai anggota RELA dan ahli Pertubuhan Kebajikan dan Dakwah Islamiah, PEKIDA, Klang, Selangor.

"Moto PEKIDA, 'amal makruf nahi mungkar'. Balik nanti tanya kepada kawan-kawan, apa maksudnya. Kami percaya PEKIDA tidak menyuruh engkau membuat benda benda pelik macam ini. Tolong, jangan cemarkan imej pertubuhan itu. Aku pun ada ramai kawan ahli PEKIDA, ayahanda ada, abang long ada," ujar saya.

Kenyataan itu fakta. Malah saya juga pernah berkomunikasi dengan pengerusi pertubuhan terbabit sebelum ini membincangkan hal penting.

Kurang 15 minit pertemuan, setelah pasti dia memahami permintaan wakil kru 666, kami meminta dia pulang dan menunggang motosikal secara berhati-hati.


Hakikatnya, sejak fan page 666 dibuka sekaligus kami membuka ruang untuk semua berminat untuk mengikuti perkembangan tinjauan kami sebaik klik like di halaman 666.

Mereka kami namakan fact finders.

Hakikatnya, kami ingin berkongsi semua hasil tinjauan kes paranormal di masa akan datang bersama masyarakat. Sesekali kami akan cuba sedaya upaya membuka peluang kepada fact finders untuk menyertai tinjauan dijalankan bergantung kepada kesesuaian masa dan keadaan.

14 Komen :

kakcik berkata...

Macam-macam cara orang mencari populariti - kalau jalannya betul, tak mengapalah.

Tu dia penangan 666!
Next place ajak dia sekali - Cer rasa tinggalkan 30 minit, lepas tu minta dia kongsikan di fb - baru betul2 minat namanya.

lynnepu3gp berkata...

mcm2...x kira la apa persatuan masuk sekalipun...."SAY NO TO IMPOSTER!"

harap-harap beliau insaf dan faham maksud yang disampaikan oleh kru 666 tu ...... jangan time tu je angguk2 pastu buat lagi ... :):)

DLY berkata...

Hari tu pun ada 2 orang dari 666 jumpa saya, tapi kurang bercakap sebab masing2 dok layan `teknologi'... Gagal

Adam Vai berkata...

Haha. Dia boleh tanya si Farid bila dia join krew 666 eh? Setahu saya, Farid adalah antara orang terawal menyertai krew 666 bersama kita.

Harap harap dia tidak mengulangi perkara yang sama.

Tanpa Nama berkata...

ajak dia join team 666....mungkin dia dah insaf

Tanpa Nama berkata...

salam... cuma nk tny...kenapa guna 666??saya kurang selasa sbb 666 ad mksud lain y kurang elok....

Tanpa Nama berkata...

tapi kira gentle jugaklah budak ni..dia berani pegi jumpa..haha macam2 dunia

Anon, kita harus menyelidik sebelum melontarkan komen, biar kelihatan lebih bijak.

Takrifan '666' pelbagai. Sila Google.

Tanpa Nama berkata...

ALA Budak budak baru nak besar....

Jai Hazman berkata...

Moga dia diberi petunjuk..jangan diulang kesilapan lama.

Amir_PSI berkata...

kalau ilmu x cukup didada,jgn cube2 nk join 666..tul x bang mazidul?..xpela..bdk tu minat tp cara dia x betul la..jgn di ambil hasil penyelidikan org lain..Team Paranormal di Malaysia makin berkembang..boleh join team lain atau tubuhkan team sendiri..kpd mamat tu jgn berkecil hati k..Teruskan minat anda..

Daus Nabel berkata...

respect si budak boy tu sebab berani bersemuka dengan kru 666..
bukan semua orang yang buat salah berani bersemuka 1 on 1..
tapi cuma caranya sahaja yang salah..
guna nama PEKIDA untuk mempertahankan diri memang tak cool & memalukan..kebanyakan dari orang yang mengaku sebagai ahli pekida nie hanyalah secara cakap kosong..kerana mereka tidak berdaftar secara sah dengan persatuan PEKIDA yang sebenar & tidak memahami perjuangan & misi sebenar persatuan PEKIDA..
saya berharap team 666 tidak akan jadi seperti TEAM PARANORMAL yang pernah popular 1 ketika dahulu & kemudiannya TERKANTOI kerana menyiarkan fakta & gambaran palsu entiti..
semoga team 666 terus sukses..
666 adalah nombor suci bagi umat islam (research di google) & nombor EVIL di dalam kitab bible..