Ikuti kisah terperinci hasil tinjauan kru Penyingkap Fakta di pelbagai lokasi menggerunkan masyarakat. ... lokasi didakwa berlaku pelbagai kejadian aneh atau penampakan entiti paranormal. Kami melangkah bersama, mengharung onak, duri dan sembilu , mendokumentasikan kenangan pahit manis namun disatukan oleh minat sama. Terima kasih kerana sudi singgah di sini.

Siapa Ingin Menyertai Tinjauan Bersama Kru 666 Ke Ulu Bendul?

Hasil perbincangan sewaktu bertemu majoriti kru 666 di pejabat Kasturi Syifa', dicadangkan tinjauan ke Ulu Bendul, Kuala Pilah, Negeri Sembilan dilakukan pada Sabtu dan Ahad minggu ke dua selepas sambutan Hari Raya Aidil Fitri.

Seperti dijanjikan, kru 666 membuka peluang kepada 10 fact finders untuk menyertai kami dalam tinjauan terbabit.

Setakat ini, doktor pelatih dari hospital di Klang, Selangor berhasrat turut serta. 

Kepada mereka berminat untuk turut serta, sumbangan RM100 dikenakan setiap seorang untuk menampung kos pengangkutan, makanan dan minuman serta servis bakal dihulurkan semua kru 666.

Jika berminat, sila hantar butiran diri dan nombor untuk dihubungi ke mazidulakmal@yahoo.com

7 Komen :

nazhafiz berkata...

sukses selalu...

MAL BERKAT berkata...

siap tito?

Tanpa Nama berkata...

salam.. just nak tanya..

pernah tak kru 666 membuat tinjauan ke jalan lama KARAK yang diwar2kan banyak kejadian2 dan kemalangan2 ngeri di laporkan..

jika belum pernah.. bila yer rasanya kru 666 nak kesana bongkar rahsia yang ada? tak nak join pun sebab takut...eeeeeeiiiiii.. tapi nak tahu hasil tinjauan tu..

terima kasih kru 666.. saya sokong segala usaha kru selama ni..

Hasmizal berkata...

Assalamu'alaikum..

Saya ingin berkongsi pengalaman kat sini. Dalam bulan Julai 2011 yang lepas, saya ada melalui laluan Grik-Baling dengan menunggang motorsikal seorang diri dalam pukul 11.00 malam.

Pengalaman yang saya alami adalah berbau kemenyan di dua tiga tempat di laluan itu.

Coretan pengalaman itu ada saya coretkan di http://irdinailham.blogspot.com/2011/07/fun-ride-2011-kuala-besut-17.html.

Mungkin kru 666 boleh membuat tinjauan ke sana untuk mencari fakta jika ada peluang...

Selamat berpuasa.

Wassalam

Deadlansuir berkata...

assalamualikum.. just nak tanya.. bila kru 666 nak turun sblh utara tanahair (penang,kedah,perlis & perak utara).. jika diberi peluang, saya berminat untuk turut serta.. TQ..

sW33tdARLiNG berkata...

teringin nak sertai misi 666 tapi belum kenal kekuatan diri

area kuantan area kuantan..?? truja gak nk follow up abg mazidol n da gang..