Ikuti kisah terperinci hasil tinjauan kru Penyingkap Fakta di pelbagai lokasi menggerunkan masyarakat. ... lokasi didakwa berlaku pelbagai kejadian aneh atau penampakan entiti paranormal. Kami melangkah bersama, mengharung onak, duri dan sembilu , mendokumentasikan kenangan pahit manis namun disatukan oleh minat sama. Terima kasih kerana sudi singgah di sini.

T-Shirt Dan Sticker 666

Malam ini, kesemua kru 666, InsyaAllah akan berada di Cheras.

Lokasi sasaran, tempat perkhemahan dilaporkan orang ramai sering diganggu histeria. Hasil sumbangan penaja dan pembaca, petang tadi Rahmat Mokhtar membeli tool box untuk memuatkan peralatan dimiliki.

Motion sensor baru juga dibeli untuk membantu tinjauan dan kajian kami berhubung entiti paranormal.

Untuk rekod, 666 dalam proses mencetak tshirt dan sticker untuk dijual kepada pembaca bertujuan menambah jumlah dana untuk memacu pergerakan kami ke lokasi di luar Lembah Klang. Seperti dimaklumkan sebelum ini, 500 tshirt akan dipasarkan dengan harga di bawah RM30 sehelai.

Sebaik semuanya selesai, pengumuman akan dibuat di sini. 
 
Sewaktu tampalan ini ditulis halaman facts finders telah disertai lebih 2,000 orang manakala blog ini juga mendapat samabutan ramai dalam tempoh masa singkat.

Terima kasih kami ucapkan kepada semua.

Kru TETAP 666.

2 Komen :

sW33tdARLiNG berkata...

saya mahu t-shirt!~

Tanpa Nama berkata...

beli t-shirt dpt sticker ke?