Ikuti kisah terperinci hasil tinjauan kru Penyingkap Fakta di pelbagai lokasi menggerunkan masyarakat. ... lokasi didakwa berlaku pelbagai kejadian aneh atau penampakan entiti paranormal. Kami melangkah bersama, mengharung onak, duri dan sembilu , mendokumentasikan kenangan pahit manis namun disatukan oleh minat sama. Terima kasih kerana sudi singgah di sini.

Rumpun Buluh Dilapor Menyeramkan

"Pekerja perempuan itu dan suami dia bertugas membersihkan kawasan ini. Dia orang cakap, kalau lalu berhampiran pokok buluh di hujung sana itu, memang menyeramkanlah, naik bulu roma," ujar Amran.


Maklumat sama dikongsikan wanita dimaksudkan Amran sewaktu secara kebetulan dia kami temui di tapak perkhemahan itu.


Saya, Razali, Rahmat dan Farid kemudian bergerak ke arah rumpun buluh dimaksudkan.


Razali kemudian mengeluarkan alat perakam pergerakan dari beg galasnya. Alat terbabit kemudian diikat kemas di pokok berhampiran rumpun buluh. 


Setiap pergerakan di kawasan terbabit akan dirakamkan oleh alat itu dalam bentuk gambar pegun dan video dengan durasi 10 saat.

Kami difahamkan, sebilangan mereka berkhemah di tapak terbuka itu pernah diserang histeria sebelum ini.


Rahmat kemudian menggunakan parabolic recorder, perkakasan tajaan Supremo Donuts & Coffee untuk mengesan sebarang bunyi ganjil di kawasan sama tetapi tidak berhasil.

Jelas kedengaran hanya bunyi unggas rimba dan siulan burung.


 Infrared Thermometer turut digunakan untuk mengesan perubahan suhu secara drastik.


Namun reaksi wajah Farid tidak menggambarkan dia mengesan perubahan suhu dikaitkan dengan kehadiran entiti paranormal.


"Sebelum ini ada budak muda agaknya dia berselisih faham dengan keluarga. Lepas itu dia pergi berkhemah di atas, kira-kira 5 kilometer dari sini. Orang jumpa khemah, kopiah dan tikar sejadah tinggal di atas khemah, dia tetapi dia tak ada. Rupanya dia lari balik masa tengah malam. Bila ditanya mengapa? Dia kata kena kacau. Rekod dia ada di balai polis itu, kejadian masa Hari Raya Haji tahun lepas," jelasnya lagi.

"Gangguan apa?," soal saya.

"Gangguan, macam-macamlah, kalau nak buat tinjauan dan kajuan di situ memang cantiklah," saran Amran.

"Di atas sana ada tapak khemah, kalau berjalan kaki, 2 jam dari sini. Kalau ada four wheel bawalah, kalau menapak, masak. Di situ dulu ada orang pencen komando ambil gambar, dia pun tak perasaan benda ini ada, katanya. 'Benda' tu berdiri di belakang dia, besar orangnya, tinggi, berdiri di belakang dia. Saya tengok gambar itu, kacak orangnya, pakai tengkolok ikat kepala," tambahnya lagi.

Amran berketurunan Minangkabau, berusia 55 tahun.

Ayah kepada 8 anak dan datuk kepada 3 cucu itu dilahirkan di Hulu Langat itu turut cuba menggunakan parabolic recorder.


Kami difahamkan, pada sekitar tahun 2003, wanita dan bayi dilaporkan meninggal dunia berikutan komplikasi kelahiran di kawasan itu.

Bayi dilahirkan kemudian dilaporkan dibunuh dan mayatnya ditanam ibunya sendiri. Berikutan uri tertinggal di dalam rahim, wanita itu turut maut.

Kami ajukan beberapa soalan berhubung kes itu kepada Amran.

"Masa itu saya belum kerja lagi di sini. Tetapi setakat ini tidak ada penampakan benda ganjil di sini," katanya.

Jam 5.30 petang, kami beredar dari kawasan terbabit selepas merakamkan ucapan terima kasih kepada Amran.

InsyaAllah, kami akan berkunjung ke lokasi dicadangkan Amran bersama semua kru 666 dalam jangka waktu terdekat.

Halaman fact finders, klik di sini.

7 Komen :

nazhafiz berkata...

semoga sentiasa sukses dlm menyingkap fakta...

Tanpa Nama berkata...

teruskan dengan cerita2 menarik...btw yg baju putih tu pelajar nursing segi kan? pernah stay di cova villa, kota damnasara...seems familiar

lynnepu3gp berkata...

teruskan usaha..!! good luck guys... :)

Tanpa Nama berkata...

banyak lagi kerja lain yg berfaedah~

Adam Vai berkata...

Tempat ini nampaknya seperti seronok juga kalau kita pergi investigate. Asalkan bukan tempat yang tinggi. Hehe.

arelane berkata...

kalau buat malam, kemungkinan berhasil

mcguire berkata...

Salam

saya kenal En Amran ni. bertugas sebagai ranjer di gunung nuang. seronok berbual dengan beliau. tidak lokek dengan ilmu. banyak cerita hutan yang dikongsikan.