Ikuti kisah terperinci hasil tinjauan kru Penyingkap Fakta di pelbagai lokasi menggerunkan masyarakat. ... lokasi didakwa berlaku pelbagai kejadian aneh atau penampakan entiti paranormal. Kami melangkah bersama, mengharung onak, duri dan sembilu , mendokumentasikan kenangan pahit manis namun disatukan oleh minat sama. Terima kasih kerana sudi singgah di sini.

"Mangsa bagai ditarik"

Jam 1.37 pagi tadi, ketika melalui jalan agak sunyi di Sungai Buloh, Selangor, entiti bagai terbang laju dirakamkan.


Kawasan sasaran tinjauan, lombong tinggal berkedudukan agak terpencil. 

Sebaik 2 kenderaan kami naiki diparkir di atas jalan tanah merah, 6 kru 666 meneruskan perjalanan.


Kurang 50 meter berjalan kaki, kami tiba di lokasi tujuan.

"Tahun lalu, masa hari paper terakhir Sijil Pelajaran Malaysia, budak itu mandi dengan kawan-kawan dia di lombong. Masa itu dia orang lawan berenang dengarnya. Entah macam mana budak umur 17 tahun itu tenggelam, cuba ditarik oleh kawan dia tetapi tidak berjaya," ujar sumber berusia 32 tahun.

Tragedi berlaku kira-kira jam 4 petang.

"Dengar cerita sewaktu mangsa ditarik oleh kawannya, macam ada benda lain menarik mangsa lebih kuat ke dalam lombong. Mayat dijumpai oleh pasukan Bomba dan Penyelamat masa azan Maghrib. Orang kata, ada benda sembunyikan mayat mangsa," tambahnya lagi.

Malangnya, kru 666 dimaklumkan, kini lombong terbabit telah dikambus setelah berlaku peristiwa mengorbankan nyawa itu.


Di kawasan sama, kami terlihat bukit pasar tidak begitu tinggi dan selamat untuk didaki.


Kami kemudian berusaha mendaki untuk melakukan tijauan dari puncak.



"Itu ada lagi macam kolam kecil belum ditimbus habis," celah Razali.

"Dulu lombong ini tempat memancing ikan haruan dan talapia," celah sumber.

Dilaporkan, lebih 100 lori pasir dikeluarkan dari kawasan terbabit sebelum ini. Keadaan di sekitar dipenuhi lopak air. Beberapa struktur kecil campuran pasir dan batu kelihatan menarik bentuknya.


Selain saya dan Razali, Ashraff, Farid, Zaki dan Boy berada di lokasi sama. Kru lain sibuk dan berada di tempat berbeza.

Sewaktu beredar dari lokasi pada jam 2 pagi, Farid bersuara.

"Apa ini?," soalnya.


Pantas Razali mencangkung di tepi lopak air dan menyuluh tumbuhan dimaksudkan.


"Oh! Ini tumbuhan biasa hidup di kawasan lombong tetapi tidak tahu apa namanya," jelas Razali.

Zaki menguis daun tumbuhan menjalar di atas tanah.


Buahnya tidak ubah bak  tembikai mini. Saya yakin itu kali pertama Farid melihat buah dimaksudkan. Sebagai anak bandar, dia tidak pernah tinggal di kawasan lombong seperti saya, sewaktu berusia 5 tahun.

Jika Farid berasa hairan melihat buah itu, kami juga berasa pelik melihat gambar saya rakamkan tepat pada jam 1.50 pagi ini.


Perhatikan secara teliti entiti di bahagian atas kiri gambar.

13 Komen :

huhu ! menarik :)

Tanpa Nama berkata...

sangat menarik!

izz berkata...

wow...dapat jugak rakam gamba entiti...hehehe...eh...pokok ape yg bro Farid pegang tuh ek??

Tanpa Nama berkata...

good....xde video ker mcm lepas2?..=)

AzMask berkata...

itu rasanya buah letup.. bila dah masak warna kuning. masa kecil2 dulu kami budak kampung selalu makan buah letup ni.

lynnepu3gp berkata...

wahhh....menarik..!! ada sambungan lai x? hehe..

SMTI

Azmask, bukan buah letup.

Tanpa Nama berkata...

10 lori pasir atau 10 pasir lori?

AAnon, dua dua salah.

100 lori, pasir dilapor dibawa keluar dari kawasan sama.

azhar berkata...

kat larkin perdana jb,ade 1 lombong tu keras.penduduk umah flat larkin selalu kena..kalau krew 666 ade masa.jenguk2 la ctu...

rayrahman berkata...

johor ada satu villa.... nama dia villa nabila... dorg kata keras.... xtau la plak... xnak try ker krew 666 pie sana....

black king berkata...

sg buloh kn byk kubr tragedi 13 mei..try pi kt kwsn tapak bekas rumah kusta..