Ikuti kisah terperinci hasil tinjauan kru Penyingkap Fakta di pelbagai lokasi menggerunkan masyarakat. ... lokasi didakwa berlaku pelbagai kejadian aneh atau penampakan entiti paranormal. Kami melangkah bersama, mengharung onak, duri dan sembilu , mendokumentasikan kenangan pahit manis namun disatukan oleh minat sama. Terima kasih kerana sudi singgah di sini.

'Batu Dua' Di Bukit Belacan

Disebarkan berita, Bukit Belacan, Ampang, Kuala Lumpur, dikatakan kawasan kediaman orang bunian. Setakat ini tidak diketahui sejauh mana kesahihan dakwaan itu.

Hampir jam 12.30 malam, 18 September lalu, kru 666 tiba di lokasi terbabit. Selepas memakir semua kenderaan di kawasan selamat, tanpa berlengah kami mula melangkah bersama menuju ke arah hulu sungai.


Cuaca pagi itu terasa agak sejuk, barangkali kerana di kiri jalan mengalir sungai berair jernih. Wap air naik ke udara pastinya mampu mendinginkan kawasan sekitar.

Sewaktu berjalan kaki sambil menghirup udara segar dan bersih, tiba-tiba Asyraf bersuara.

"Bacaan EMF naik maksimum, sampai lima miligauss," ujarnya kehairanan.


Menurut kajian paranormal, bacaan EMF di antara 1.5 dan 3 miligauss, isyarat kehadiran entiti paranormal di sekitar. Pada 5 miligauss, meter alat terbabit bergetar tanpa henti. Kejadian itu menarik perhatian semua kru di lokasi lalu kami menghentikan langkah.


"Cuba sukat bacaan di tepi sungai," ujar Azree sambil merakamkan gambar.


"Di tepi sungai bacaan menurun tetapi di atas ruang pejalan kaki, masih maksimum," tegas adiknya, Asyraf

Kru lain memerhatikan pergerakan kru 666 paling pendiam itu.

"Suhu 74 darjah Fehranheit," ujar Farid.

Tiba-tiba Atoi pula mencelah.

"Tempat ini dipanggil 'batu dua' sebab di celah dua batu besar itu, air deras dan dalam. Khabarnya ramai pengunjung maut di situ," ujarnya.

Sekaligus perasaan seram tidak disuarakan mula menyelubungi. Terbayang bagaimana mayat mangsa diangkat dan kemudian diletakkan di tepi sungai, lokasi kami berdiri. Pastinya jenazah kaku kesejukan tanpa nyawa.

Pantas saya merakamkan gambar kawasan sungai dimaksudkan, begitu hampir dengan lokasi kami berlegar.


Farid kemudian memaklumkan semua, suhu disukat menggunakan Infrared Thermometer, di antara 74 dan 77°F. Untuk rekod, kawasan di kiri dan kanan kami dilitupi oleh hutan tebal. Tidak hairan kekadang sayup-sayup kedengaran suara unggas rimba bersilih ganti.

"Kalau bacaan EMF naik maksimum, pelik tetapi jika ada sumber elektrik berarus terus atau ulang alik di sekeliling kawasan ini, bacaan itu normal kerana medan elektromagnetik tinggi," ujar saya.

"Kalau abang ingat, tiang lampu terakhir tadi jauh di belakang," celah Azree.

Benar katanya kerana selama lebih 10 minit berjalan kaki, kami hanya diterangi cahaya lampu suluh sahaja bak tiada bekalan elektril. Tanpa lampu suluh terbabit, kami pasti berjalan teraba-raba dalam kegelapan malam agak dingin.

Tidak berpuas hati, kru 666 terus cuba menyingkap fakta.


Dihantui perasaan tanda tanya, keadaan bertambah ganjil apabila Adam, 24 tahun, selama ini lazimnya kelihatan ceria, duduk termenung di tepi jalan, membisu seribu bahasa.


Saya yakin kelainan tingkah laku mendadaknya itu juga turut diperhatikan oleh semua kru lain, cuma mereka enggan bersuara. Untuk rekod, 666 bukan sahaja membuka ruang semua kru berkongsi minat sama, menyingkap fakta di sebalik pelbagai dakwaan berhubung kes paranormal malahan menjadikan hubungan kami bertambah erat.

Debaran terasa, degupan jantung bertambah kencang dan sesekali saya menyuluh kawasan sekitar sambil berfikir, apakah faktor menyebabkan bacaan EMF meningkat?

Barangkali pergerakan kami sedang diperhatikan.

Berada di tengah hutan simpan berusia ratusan tahun pada jam 1 pagi, tiada siapa mampu menjangka apa bakal terjadi. 

Bersambung ...

17 Komen :

naliff berkata...

pehhh, menarik nie...gudluck krew666!!

ejaescobart berkata...

smti..

saspen nak tunggu sambungan kisah ni...

smti

amaniammar berkata...

x sabar le nak tggu sambungan nyer..


Mudahan dipermudahkan Allah...

Good Luck Crews

kakachan berkata...

smti.

suspen betol

VimmiYasmin berkata...

smti

smti.

apa jadi kat adam?

lynnepu3gp berkata...

smti...saya pun berdebar sama...

smti

tgh syok2 baca leh plk smbg kn...
aper2 pon good luck....
berdebar tul nk th citer pas tu....

smti.

anna berkata...

what's wrong wf Adam...

anyss berkata...

Assalamualaikum,
SMTI.
Huh! baca depan laptop pun dah suspen, apalagi kalau berada di sana pada jam 1 pagi...

Tak sabar nak baca sambungan

~mrs azmi~ berkata...

SMTI..

berdebar - debar nak tahu cerita seterusnya

tak sabarnye nak tggu..hehehe

smti

Unknown berkata...

bunyi kompang dlam kwsan 2 wktu mlam