Ikuti kisah terperinci hasil tinjauan kru Penyingkap Fakta di pelbagai lokasi menggerunkan masyarakat. ... lokasi didakwa berlaku pelbagai kejadian aneh atau penampakan entiti paranormal. Kami melangkah bersama, mengharung onak, duri dan sembilu , mendokumentasikan kenangan pahit manis namun disatukan oleh minat sama. Terima kasih kerana sudi singgah di sini.

Hujan Renyai ... Pocong Muncul? UPDATED

"Bang, ada dengar kisah menarik?," soal Adi.

Adi bekerja sebagai 'longkai', menguruskan penundaan kenderaan terbabit dalam kemalangan jalanraya ke bengkel di Petaling Jaya, Selangor.

"Kisah apa?," soal saya kembali.

"Sudah ramai orang ternampak pocong berdiri di atas rail di tepi jalan, masa hujan renyai," jelasnya.

"Di mana?," tanya saya.

Lokasi dirahsiakan.

"Ada sesiapa berpeluang merakamkan gambar?," soal saya lagi.

"Belum ada lagi bang," jawab Adi.

"InsyaAllah, nanti kru 666 akan mencuba menyingkap fakta sebenar kejadian itu," balas saya.

Sekarang hujan renyai.

KEMAS KINI

Saya dan kru 666, Razali Harun kemudian bergerak ke lokasi dimaksudkan.



Hujan masih renyai.


Berikut railing dikatakan lokasi entiti paranormal kerap ditemui.


Beberapa gambar menimbulkan persoalan dirakamkan di lokasi sama.


Wap air? Titisan hujan?


6 Komen :

faryzh berkata...

bang,taknak buat tinjauan pasal hantu penanggal ke?mostly kat area sabah & sarawak..

lynnepu3gp berkata...

smti...

tice su berkata...

dgr kata ade cite pasal hantu pocong dekat rembau..kejadiann tu dikatakan benar2 berlaku!

asalamualaikum.

menarik tmpt ni. tp di mana? nak tahu gak?.

lagi 1, gambar yg last skali tuh nampak macam reflection dari lampu. mungkin lens camera terkena air dan lampu jalan mereflek kan cahayanya. sekadar pengetahuan saya sahaja. mungkin pihak encik lagi pakar. saya hanya mengulas pandangan sya sahaja.

Kalamullah berkata...

Kat kmj turut ade pocong..datang lah..ade gmbr nyer skali..real sgt2...

miss F berkata...

betul kata kalamullah. kat kmj ni budak2 ramai yg da kne gnggu dgn pocong. tmasuklah sy sendiri.