Ikuti kisah terperinci hasil tinjauan kru Penyingkap Fakta di pelbagai lokasi menggerunkan masyarakat. ... lokasi didakwa berlaku pelbagai kejadian aneh atau penampakan entiti paranormal. Kami melangkah bersama, mengharung onak, duri dan sembilu , mendokumentasikan kenangan pahit manis namun disatukan oleh minat sama. Terima kasih kerana sudi singgah di sini.

Kru 666 Bergaya Ditaja Kasturi Syifa'

Sebaik tiba di Taman Seri Watan, Ampang, Selangor, saya, Razali, Adam dan Farid disambut oleh Azree.


"Mee Bandung kira top di sini. Pak cik belajar masak dengan arwah adik ipar kira-kira lima tahun lalu," celah ayah Azree, Ja'afar.


Ja'afar, pemilik gerai AniJay's.


Adam memesan nasi goreng, saya dan Razali memilih Mee Bandung Special. Berikut gambar menjelaskan keenakan juadah terbabit.


Alfee, Asyraf dan Atoi kemudian tiba di lokasi sama.


Jam 11.25 malam, Atoi bergerak ke keretanya dan membawa bungkusan baju kemudian kandungannya segera diedarkan kepada kru 666 lain.


Atoi sebulat suara dipilih oleh semua menjadi 'model' pertama, diikuti kru lain.


Setiap kru menerima 2 helai baju, berkolar dan tanpa kolar ditaja oleh syarikat Cinta Aroma Enterprise, syarikat pengeluar produk minyak wangi diaurakan dengan bacaan ayat Al-Quran, Kasturi Syifa'.

Kami semua amat menghargai sumbangan itu. Terima kasih kepada Ustaz Aznil Zulkifli dan sahabat lain kerana terus menyokong usaha kru 666 menyingkap fakta sebenar di sebalik pelbagai dakwaan berhubung entiti paranormal.

Bekalan minyak wangi terbabit boleh didapatkan di sini.

Tepat jam 12 malam ...

"Apa lagi, semua sudah memakai baju, jom kita bergerak," ujar saya.


Ketika semua kru sibuk untuk bergerak ke lokasi tinjauan, Adam seperti dijangka, sentiasa memastikan penampilan diri kelihatan lebih kemas dan rapi biar pun kami bukan menuju ke pusat membeli-belah terkemuka di Kuala Lumpur.


Perincinan tinjauan bakal dikongsikan kemudian di blog ini tetapi sebelum itu, berikut gambar kru 666 dirakamkan selepas selesai tinjauan di Bukit Belacan. Klik untuk memperbesarkan imej di bawah.


Berikut pula gambar kru sebaik diteriakkan "Free style!"