Once In A Blue Moon
Jam 11 malam tadi berlangsung sesi taklimat tinjauan 666 ke Ulu Bendul dan Bukit Putus, Kuala Pilah, Negeri Sembilan.
Setakat ini, 13 kru dan fact finders mengesahkan kehadiran dan InsyaAllah kami semua akan berkumpul di hadapan Giant Kota Damansara, Petaling Jaya, Selangor pada jam 10 pagi, 1 Oktober 2011.
Kru dijangka tiba di Hutan Lipur Ulu Bendul pada jam 12 tengah hari.
"Kita akan cuba membawa 30 t-shirts fact finders ke lokasi untuk dijual secara tunai," ujar Razali.
Untuk rekod, t-shirt terbabit dipasarkan dengan harga RM25 setiap satu.
666 ingin merakamkan sekalung penghargaan kepada fact finder, Mohd Yusof Muhamad Don kerana sudi menaja kos makanan kru sepanjang 2 hari 1 malam berada di lokasi.
"Sebaik sampai, kita makan tengah hari dan kemudian mendirikan khemah. Selepas solat Zuhur semua akan recee kawasan tinjauan dan mencuba mengenal pasti hot spots. Petang, berehat dan kira-kira jam 9 malam selepas taklimat ringkas, tinjauan akan dilakukan di kawasan sekitar Sungai Terachi. Tiga jam kemudian, kita akan bergerak ke jalan Bukit Putus," ujar saya.
Pelbagai dakwaan berhubung kisah seram dihubngkaitkan dengan kehadiran entiti paranormal disebarkan oleh masyarakat melalui kaedah mulut ke mulut dan di dunia maya.
Kru 666 berada di lokasi untuk menyingkap fakta berhubung dakwaan terbabit.
Beberapa pengunjung ke kawasan perkelahan terbabit juga didakwa dirasuk sebelum ini dan rakaman visual dipaparkan di You Tube.
Pelbagai dakwaan berhubung kejadian aneh juga disebarkan sewaktu pihak penyelamat mencari mayat terakhir 3 kanak-kanak lemas di kawasan sama akibat fenomena kepala air.
Klik di sini.
Jalan berbengkang-bengkuk Bukit Putus juga sekian lama dikatakan diselubungi pelbagai misteri, klik di sini.
Dua fact finders masih berpeluang untuk menyertai kami. Jika berminat, sila emelkan butiran diri ke razarro@yahoo.com.
Hadiah misteri ditawarkan.
Kami percaya peluang sebegini hanya datang once in a blue moon, jarang berlaku.
Ikuti perkembangan pra tinjauan di sini.
Ikuti perkembangan pra tinjauan di sini.
1 Komen :
SMTI
Catat Ulasan