Ikuti kisah terperinci hasil tinjauan kru Penyingkap Fakta di pelbagai lokasi menggerunkan masyarakat. ... lokasi didakwa berlaku pelbagai kejadian aneh atau penampakan entiti paranormal. Kami melangkah bersama, mengharung onak, duri dan sembilu , mendokumentasikan kenangan pahit manis namun disatukan oleh minat sama. Terima kasih kerana sudi singgah di sini.

SIAPA INDIVIDU PERTAMA SAMBUT HARI KELAHIRAN DI KELLIE'S CASTLE?


21 Disember lalu, kru Penyingkap Fakta, PF melakukan tinjauan di Kellie's Castle,
Batu Gajah, Perak.

"Antara kejadian pelik berlaku di dalam bilik itu, kamera video kami pasang ditutup dan kemudian beroperasi kembali. Persoalannya, siapakah yang menghidupkan kembali kamera itu? Sedangkan tiada siapa dibenarkan memasuki ikon pelancongan Perak itu tanpa kebenaran pihak pengurusan," jelas Shahrul Ashraf Salehuddin (Boy).

Di bilik sama, Ezza (Jet Da Brutal) dan Abdul Qaiyum Mohamad Suib (Atoi) ditinggalkan untuk melakukan kajian.

Sebelum itu, Jet dikejutkan oleh kru lain dengan majlis ringkas sambutan harijadinya yang ke 38 tahun.


"Sejak dari pagi, sewaktu dalam perjalanan dari Petaling Jaya, Selangor ke Batu Gajah, dia kelihatan sentap sebab tiada siapa mengucapkan selamat harijadi kepadanya. Jet tidak tahu, kami telah membuat perancangan lebih awal meraikan hari bermakna kepada dirinya di lokasi paling menyeramkan di Malaysia, diiktiraf oleh pengkaji kes paranormal barat," bisik Mohd Farid Hamzah.


Dipercayai, selain keluarga pemilik istana itu, mendiang William Kelly Smith dan ahli keluarganya, Jet individu pertama menyambut hari ulang tahun kelahiran di Kellie's Castle.


Saksikan reaksi pensyarah kanan UiTM Shah Alam, Selangor, Jet di paparan Majalah 3, 'Penyingkap Fakta', Isnin, 9 malam, 6 Januari 2014.

Sebagai syarikat berdaftar, klik di sini, PF menawarkan servis berikut kepada masyarakat Malaysia.

1. Melakukan siasatan dan penyelidikan di lokasi menyeramkan melalui kaedah undangan.

2. Menyediakan panel untuk forum atau ceramah berhubung kajian paranormal.

3. Merawat pesakit diganggu oleh pelbagai jenis jin dengan izin Allah.

Klik di sini untuk memesan t-shirt PF.

0 Komen :