Ikuti kisah terperinci hasil tinjauan kru Penyingkap Fakta di pelbagai lokasi menggerunkan masyarakat. ... lokasi didakwa berlaku pelbagai kejadian aneh atau penampakan entiti paranormal. Kami melangkah bersama, mengharung onak, duri dan sembilu , mendokumentasikan kenangan pahit manis namun disatukan oleh minat sama. Terima kasih kerana sudi singgah di sini.

Besarnya Orb!

"Saya dengar tadi macam bunyi bila dua mikrofon didekatkan, sakit telinga dan kepala," keluh Razali.

Ketika itu dia menggunakan alat electronic voice phenomena, EVP, untuk memaksimumkan kadar kejelasan bunyi di telinga manusia.

Selain EVP, kru 666 kini memiliki beberapa alat elektronik lain digunakan untuk mengesan kehadiran entiti paranormal di lokasi tinjauan.


Selain Razali, Rahmat, Boy, Zaki, Yusri dan saya berpeluang mendengar bunyi sama, cuma bacaan decibel barangkali berbeza.

"Lokasi bunyi berubah, macam dia lari lari tetapi bunyinya lebih kurang sama," jelas Razali.

Lihat lokasi tepat bunyi dikesan menggunakan EVP.


Kawasan berumput jarang dan kelihatan lembab itu menjadi tumpuan pandangan semua kru di lokasi. Melalui pandangan mata kasar, tiada keganjilan dikesan. Gambar pegun di atas dirakamkam pada jam 1.56 pagi tadi.

13 minit sebelum itu, bunyi ganjil turut dikesan oleh Razali, kira-kira 50 meter dari lokasi kedua.

"Rahmat, cuba awak dengar bunyi ini. Kuat sangat macam bunyi gangguan gelombang radio  tetapi hairannya kalau saya point EVP ke arah lain, tidak ada bunyi," jelas anak kelahiran Selangor berusia 40 tahun itu.

Pantas Rahmat memakai headset EVP.


"Cuba check signal handphone, saya punya satu bar," ujar Rahmat.

Benar kata kru 666 berusia 24 tahun itu.


Kesemua telefon bimbit milik kru 666 didapati mengalami masalah sama, gangguan isyarat. Peliknya kawasan ditinjau, tapak pembinaan tinggal, berkedudukan tidak jauh dari lebuh raya.

Kira-kira jam 1.15 pagi, Boy dan Zaki berjalan seiringan turut mengesan bunyi ganjil di kawasan berhampiran.


"Bunyi macam getaran gelombang, memang kuat sangat," dakwa Boy.

Kelihatan yakin, dia menghalakan EMF ke tanah.

"Di sini," jelasnya.


Saya juga mendengar bunyi terbabit. Lebih pelik, melalui pandangan mata kasar, tiada kelihatan kabel, wayar atau peralatan lain menunjukkan kawasan terbabit disalurkan bekalan elektrik.

"Aduh! Tengok kamera saya pula meragam, tak boleh nak record," keluh Boy.

Saya melihat sendiri skrin kamera video berjenama Sony tiba-tiba hanya dipenuhi titik halus sewaktu dia merekodkan visual lokasi sama bunyi dikesan.


Sebelum itu, gambar pegun Boy dan kru saya rakam menggunakan kamera Canon Power Shot G12, juga kabur.


Spontan terlintas di fikiran, wujudkah hubungan di antara bunyi dikesan oleh EVP dan gangguan isyarat peralatan telekomunikasi?

Pengkaji paranormal percaya, entiti paranormal memancarkan medan elektromagnetik dan medan terbabit berupaya mengganggu operasi pelbagai perkakasan elektrik.

"Dengarnya dulu kawasan ini dibangunkan untuk dibina kilang mengeluarkan duit syiling tetapi tidak tahu apa berlaku. Projek terhenti, bangunan separuh siap dibina, diruntuhkan balik. Besi dan wayar mahal dibawa keluar sebab itu hanya tinggal kesan runtuhan," jelas Yaakob.

"Mengapa tapak ini ditinggalkan begitu sahaja?," tanya saya.

"Kata orang, ada gangguan di kawasan ini, taukeh tidak tahan," balasnya.


Yaakob Ismail, 48 tahun, berasal dari Kuala Kedah, Kedah, pembuat parang berbakat, fakta itu dimaklumkan oleh Yusri kepada semua kru 666.

"Abang Yaakob istimewa, boleh buat parang 'diisikan' dengan ayat Al-Quran," katanya perlahan. 

Barangkali satu hari nanti kami semua berpeluang memiliki parang seperti itu untuk kegunaan hiasan peribadi. 

Suhu di lokasi tinjauan didapati berubah-ubah tidak menentu.

"The lowest kita rekod tadi 16 darjah Celcius, paling tinggi 25 darjah," fakta dikongsikan oleh Rahmat.


Menurut theori, penurunan atau kenaikan suhu secara drastik (campur tolak 10 darjah) berbanding suhu asas, isyarat jelas kehadiran entiti paranormal. Untuk muncul,  entiti paranormal dipercayai menyerap atau membebaskan haba atau tenaga ke kawasan sekitar menghasilkan cold spot atau hot spot.


Sewaktu melangkah masuk ke kawasan terbabit, kami mendapati terdapat 2 pondok kayu kecil.

"Tadi masa kita baru hendak masuk, anjing menyalak punya kuat. Rasanya masa itu masih ada orang lagi. Lepas itu, dia orang mungkin ternampak lampu suluh kita, terus cabut lari, anjing pun ikut sekali sebab itu sekarang sudah senyap," jangka Farid.


Hati kecil berbisik, kawasan luas itu mungkin dijaga oleh warga asing, melarikan diri sebaik menyedari kehadiran kami dijangkakan pihak berkuasa.

Sewaktu dihampiri, hanya 2 haiwan comel kami temui.


Kira-kira jam 1.40 pagi, Yusri, 40 tahun bersuara.

"Ha! Tengok ini, dapat gambar orb besar, depan kamera"

Dia menunjukkan gambar dirakamkan kepada kami.


Lazimnya dalam tinjauan kru 666 sebelum ini, ratusan gambar orb pelbagai warna berjaya kami rakamkan namun orb di atas antara paling besar pernah saya lihat.

Gambar orb berbeza berbanding imej habuk atau molekul air kerana orb mempunyai nukleus di tengah bulatan. Apapun beberapa imej saya rakamkan sewaktu dalam perjalanan ke lokasi sasaran, pelik.


Gambar berikut pula saya rekodkan beberapa minit selepas beredar dari tapak pembinaan sama selepas jam 3 pagi tadi.


Pada awal tinjauan, Razali meletakkan motion detector camera di dalam satu daripada bangunan tinggalkan.


Bagaimanapun hasilnya tidak begitu memberangsangkan.

Tinjauan berakhir pada jam 2.30 pagi. Sebelum beredar, semua kru bersama Yusri, anak dan 3 kenalannya berbincang buat seketika sambil menghilangkan kepenatan.


"Tolong ambilkan 'Black Magic' dari dalam kereta," Yusri menyuruh anaknya.

Dia kemudian mengeluarkan botol mengandungi batu garam dikatakan berasal dari Bajaran Himalaya kepada semua kru 666.

  
"Batu ini ada khasiatnya, saya hadiahkan seketul seorang untuk semua kru 666," ujarnya.

Terima kasih Yusri dan semua rakan sudi membantu tinjauan kami malam tadi.

"Tadi masa pening, saya sapukan minyak Kasturi Syifa' di kepala, InsyaAllah setakat ini terasa lega sangat"

Itu antara kenyataan Razali sebelum kami tiba di rumah.

Syukur, semua kru selamat dan InsyaAllah kami bakal  berkunjuhgi ke lokasi tinjauan lebih menarik  di masa akan datang.

10 Komen :

Tanpa Nama berkata...

ramadhan2 ni ada makhlukhalus lg ke huhuhh

Tanpa Nama berkata...

entiti tu dari kalangan ape?...jin atau syaitan?

SMTI.

Tanpa Nama berkata...

yang ak tau syaitan j dtangkap..
jin hdup cm bese sb dorg ni cm mnusia gk..xtau la btl ke x..
(insan cetek ilmu)

SMTI~

Saya pernah bersua dgn orb bulat tu secara face to face di PJ, di belakang bangunan bersebelahan Courts Mammoth jalan utara (depan PJ Hilton)

Musafir Bumi berkata...

terbaik...

lynnepu3gp berkata...

SMTI..

anyss berkata...

Assalamualaikum,

Hairan juga ya...kenapa ditinggalkan begitu sahaja?

Azmi151 berkata...

Says tinggal di no.151,Jln.Dato Senu.Sentul.Kuala lumpur.
Kediaman saya dan saya serta ahli keluarga turut mengalami kesan paranormal di sini.
Kesan tersebut dipercayai disengajakan olek pihak di perumahan pangsa Taman Sentul Utama berhampiran.

Harap maklum maklumat ini supaya melakukan siasatan di mana puncanya.