Bukan Kru Pemburu Hantu
Terima kasih kepada semua sudi berkunjung ke blog ini.
"Jika semasa menjalankan tinjauan, tiba-tiba muncul entiti paranormal di hadapan kita, apakah kita akan lakukan?"
Itu persoalan pokok pernah dikemukakan dalam pertemuan kru 666 sebelum ini.
Semua terdiam sebelum melontarkan jawaban.
"Tujuan kita untuk membuat tinjauan dan merakamkan audio visual pergerakan atau isyarat kehadiran entiti paranormal. Justeru melarikan diri bukan pilihan"
Kesimpulan itu dicapai sebulat suara.
"Bukankah 666 itu, number of the beast?"
Itu soalan lazim diajukan kepada kru.
Jika di alam nyata, '999' dianggap lambang kecemasan, nombor itu diterbalikkan untuk menjadi sebahagian daripada logo, lambang pelbagai kes menarik bakal diterokai membabitkan dunia paranormal, '666'. Tiada maksud tersirat selain itu.
"Bukankah 666 itu, number of the beast?"
Itu soalan lazim diajukan kepada kru.
Jika di alam nyata, '999' dianggap lambang kecemasan, nombor itu diterbalikkan untuk menjadi sebahagian daripada logo, lambang pelbagai kes menarik bakal diterokai membabitkan dunia paranormal, '666'. Tiada maksud tersirat selain itu.
Untuk rekod, kru 666 telah menjalankan tinjauan di pelbagai lokasi di Lembah Klang. Setakat ini usaha kami telah mendapat sokongan jitu 2 syarikat penaja, Supremo Donuts & Coffee serta Aroma Cinta Enterprise.
Manakala pembaca dahagakan maklumat berbentuk fakta berhubung kes paranormal turut menghulurkan sumbangan, dana digunakan untuk membiayai sebahagian daripada kos tinjauan kami laksanakan. Terima kasih dan jasa mereka amat kami hargai.
Klik di sini.
13 kru 666 mempunyai latar belakang berbeza. Mereka terdiri daripada pelajar kolej dan syarikat swasta serta kakitangan kerajaan. Kesemua kru, biarpun berbeza usia, berkongsi minat sama sekaligus mendorong menyatukan mereka.
Tagline 'menyingkap fakta' dipilih kerana 666 bukan kru pemburu hantu. Kami tidak menciptakan hantu untuk menakutkan sesiapa. Obejktif kami, menjalankan tinjauan secara bebas di lokasi terpilih dan mencatatkan hasil penemuan selengkap mungkin di blog dilahirkan pada 7 Ogos 2011.
Antara peralatan digunakan kru, kamera digital, kamera video, Electromagnetic Field Detector, EMF, Infrared Thermometer, Electronic Voice Phenomenon Recorder dan parabolic microphone dan motion sensor selain deria rasa dianugerahkan Allah.
Hakikatnya, sejak zaman berzaman, masyarakat Malaysia pelbilang kaum, sering dimomokkan dengan kisah seram.
Dalam erti kata lain, kisah hantu.
"Huh! Bila melintas kawasan dekat pokok kayu ara malam tadi, aku rasa seram sejuk"
Itu antara kenyataan biasa dilontarkan oleh mereka mendakwa pernah menempuh saat menakutkan.
'Seram sejuk', kombinasi dua perkataan lazim diungkapkan orang ramai sejak kita mula memahami bahasa ibunda. Apapun maksud sebenar perkataan terbabit amat jarang dihuraikan secara saintifik.
Mengikut kajian kumpulan paranormal, suhu selalunya turun secara drastik di kawasan sekitar entiti dikesan. Kajian kami jalankan di beberapa lokasi sebelum ini membuktikan fakta sama.
Kami tidak menggunakan istilah 'hantu' kerana enggan menakutkan masyarakat dengan penggunaan perkataan berstigma negatif itu. Istilah 'entiti paranormal' difikirkan lebih tepat. Mengapa? Kami percaya, dunia ghaib itu wujud. Kita berkongsi dunia ini bersama jin dan syaitan. Justeru, secara logik akal, adakah wajar menggelar jin itu hantu?
Jika diteliti fakta, kita dapat merumuskan, 'hantu' istilah Bahasa Melayu manakala bangsa lain di Malaysia dan di dunia merujuk maksud perkataan terbabit menggunakan istilah berbeza mengikut bahasa mereka tuturkan.
Secara praktikal, kru 666 juga tidak terbabit dalam ilmu kedukunan dan jauh sekali sebarang perlakuan mampu memesongkan akidah. Kami berfungsi merakamkan visual dan audio dalam bentuk asal dan maklumat itu kami persembahkan kepada semua pengunjung blog ini.
Melalui tinjauan kami lakukan, didapati sebilangan struktur penempatan, antaranya rumah dan bangunan komersil didakwa diselubungi misteri kehadiran entiti paranormal.
Maklumat disebarkan secara semberono di kalangan masyarakat kekadang didapati hanya sekadar dakwaan atau hearsay. Namun tidak dapat dinafikan di sebilangan lokasi ditinjau, peralatan diguna menunjukkan isyarat jelas kehadiran entiti paranormal.
Sebelum ini hasil tinjauan kru 666 dimuatkan di blog Bersama Mazidul tetapi bermula saat ini semua bahan terbabit bakal dikongsikan bersama pembaca di sini.
Manakala maklumat terkini berhubung kru 666 akan dicatatkan di halaman fact finders di Facebook. Sila like sekiranya pembaca menyokong usaha kami dan usah teragak-agak untuk melontarkan buah fikiran membina di halaman sama.
Dari kiri : Razali Harun, Ashraff Zainon, Mohd Farid Hamzah, Mazidul Akmal Sidik, Ahmad Adam Aliff Ahmad Aznan, Muhamad Zaki Muhammad, Asyraf Ja'afar, Abdul Qaiyum Mohd Suib, Rahmat Mokhtar, Azree Ja'afar, Shahrul Ashraf Sallehuddin, VJ dan Alfee Ja'afar
Di atas sokongan moral atau dana bakal disumbangkan, terlebih dahulu kami rakamkan penghargaan kepada semua.
Dari kiri : Razali Harun, Ashraff Zainon, Mohd Farid Hamzah, Mazidul Akmal Sidik, Ahmad Adam Aliff Ahmad Aznan, Muhamad Zaki Muhammad, Asyraf Ja'afar, Abdul Qaiyum Mohd Suib, Rahmat Mokhtar, Azree Ja'afar, Shahrul Ashraf Sallehuddin, VJ dan Alfee Ja'afar
Di atas sokongan moral atau dana bakal disumbangkan, terlebih dahulu kami rakamkan penghargaan kepada semua.
Selamat menyingkap fakta bersama kami.
6 Komen :
semoga berjaya, krew 666.
Darimo Roslan, terima kasih kerana memberikan sokongan.
all the best for us!
all the best for crew 666 !! i'll always supporting u guys !
caiyokkkk2x!!!
sangat menyokong usaha korang semua^_^
Catat Ulasan