"Itu hantu sudah mari"
Tanyalah sesiapa sahaja berhubung takrifan perkataan 'hantu', pasti pelbagai pandangan dilontarkan kembali kepada kita.
Pontinak lazimnya dikatakan jelmaan hantu menyerupai perempuan, bermata merah, berambut panjang, tubuh dibaluti kain putih dan didakwa mampu terbang biarpun tidak bersayap.
Di manapun lokasi pontianak didakwa dilihat, rupa dan kisah diceritakan tetapi klise.
Di manapun lokasi pontianak didakwa dilihat, rupa dan kisah diceritakan tetapi klise.
Di dalam drama Melayu, hantu terbabit digambarkan cenderung mencekik mangsanya biarpun fakta membuktikan berita itu tidak sahih.
JIka benar pontianak terbabit dalam kes jenayah, pasti wujud laporan polis.
Mari bersama kita singkap kisah dahulu.
Mari bersama kita singkap kisah dahulu.
"Jangan keluar malam, nanti dikejar dek pontianak"
Itu antara kenyataan dilontarkan orang tua zaman Tok Kaduk kepada anak mereka. Barangkali kenyataan sama masih disebut masyarakat masa kini mengikut kesusaian masa dan tempat.
Hakikatnya, dalam awal era 70 an penduduk kampung hidup tanpa kemudahan bekalan elektrik. Suasana di sekitar kampung gelap gelita. Tiada lampu jalan dan majoriti rumah ketika itu hanya diterangi lampu minyak tanah. Justeru andai anak dibenarkan merayau pada waktu malam, keselamatan mereka tidak terjamin.
Mereka berkebarangkalian disengat serangga atau digigit haiwan berbisa malah kaki mungkin tersadung tunggul lalu tercedera.
Mereka berkebarangkalian disengat serangga atau digigit haiwan berbisa malah kaki mungkin tersadung tunggul lalu tercedera.
Sebilangan anak bersifat degil dan melarang mereka menggunakan kaedah psikologi dilihat lebih berkesan.
Cakap sahaja perkataan 'hantu', sudah cukup untuk menegakkan bulu roma sekaligus memberhentikan langkah anak. Istilah itu secara automatik membuatkan mereka diselubungi perasaan seram. Seram dikejar pontianak dan seram kononnya leher boleh digigit hantu sama.
Ada ketikanya, kisah hantu dimomokkan orang tua membuka ruang dan peluang untuk disalahgunakan pihak tertentu sekaligus mengingatkan saya kepada kisah lampau di kampung. Kejadian berlaku pada awal tahun 80 an.
Ayam milik taukeh kedai runcit di hujung kampung lazimnya tidur di atas dahan pokok jambu bukan di dalam reban. Ketika itu tiada gelanggang futsal jauh sekali meja snooker untuk remaja beriadah selepas matahari terbenam.
Sesekali di waktu terluang pada awal malam ...
Sesekali di waktu terluang pada awal malam ...
"Jom kita masak bihun, lepas itu goreng ayam," cadang rakan spontan.
Kami sibuk menumbuk bawang besar sehingga hancur dan dimasukkan ke dalam plastik. Bawang kemudian dilumurkan di seluruh tangan. Perlahan ayam bertenggek di dahan pokok dicapai. Untuk rekod, ayam bak lali, tidak berbunyi. Mungkin kerana mabuk atau khayal akibat bau bawang lumat itu.
Ayam ditangkap kemudian dibawa ke sungai berhampiran lalu disembelih. Manakala kepala dan organ dalaman dicampakkan kembali ke bawah pokok jambu merah.
Keesokkan hari, isteri peniaga berbangsa India menyebarkan berita kepada pelanggan kedainya ...
"Malam tadi, saya ingat, itu hantu sudah mari. Saya punya ayam hilang tapi dia punya kepala sama itu perut, jambu punya pokok bawah ada," katanya.
Hantu kepala hitam, cuma dia tidak mengetahui fakta sebenar.
Kisah hantu sebegitu akan menjadi sebutan dari mulut ke mulut. Antara kesannya, selesai mengaji Al-Quran di rumah guru, semua remaja akan terus pulang ke rumah, tidak lagi bermain atau merayau pada waktu malam.
Kekadang kisah sama turut dibincangkan jemaah di tangga surau selepas solat. Begitulah hebatnya kekuatan kisah hantu di kalangan penduduk kampung.
Malam semalam, kru 666 melakukan tinjauan di bangunan terletak di Sungai Buloh, Selangor. Bersebelahan bangunan terdapat kubur India.
Kubur dan bangunan hanya dipisahkan beberapa deretan pokok getah.
"Kalau ada mayat dibakar di sebelah, bau sampai ke kawasan ini. Mayat bila dibakar, tiba satu tahap darjah kepanasan, dia akan membengkok macam udang kena goreng," jelas sumber.
Saya pernah mendengar kenyataan sama sebelum ini, cuma belum berpeluang menyaksikan kejadian sebenar dengan mata kepala sendiri.
"Sebelum ini pernah pekerja binaan dari Kelantan, tidur di dalam bangunan, masa itu belum siap lagi. Dia orang mendakwa terlihat kelibat haiwan seperti burung merak besar terbang di sekitar kawasan ini," jelas sumber.
"Wah! Kalau boleh dirakamkan gambarnya, mesti cantik," celah saya.
Tujuan kru 666 ditubuhkan, cuba untuk merekodkan audio dan visual entiti paranormal, bukan sekadar mendengar cerita tanpa bukti. Jika niat merakamkan gambar 'burung merak' itu dikabulkan Allah, pastinya satu kejayaan besar bagi kami semua.

Kira-kira jam 2.20 pagi, Boy pantas menghalakan Infrared Thermometer ke arah bumbung bangunan dimaksudkan oleh sumber. Pada masa sama, saya merakamkan banyak gambar di kawasan sekitar tetapi gagal mengesan sebarang visual menarik untuk dikongsikan di sini.
Tanpa berputus asa Boy terus menghalakan titik pancaran laser berwarna merah terbabit menyusuri bahagian bumbung berbeza.
"Suhu turun," katanya.
Tiada siapa mampu menjelaskan sebab berlaku penurunan suhu 13°F itu sedangkan Thermometer dihalakan ke kawasan sama, bumbung. Apapun menurut kajian paranormal, penurunan suhu secara drastik, isyarat jelas kehadiran entiti cuma pada waktu itu mungkin tidak mampu dilihat oleh mata kasar dan dirakam menggunakan kamera digital.
Jam 2.30 pagi kami bergerak ke lokasi berbeza.
"Ada kawan, masa balik malam selepas menamatkan tugas, dia terserempak dengan benda putih di bawah pokok ini. Dia statik," jelas sumber.
Saya kemudian merekodkan gambar di sekitar pokok terbabit.
"Bila kawan itu balik, dia demam seminggu," tambahnya lagi.
Bagaimanapun Farid dan Boy kemudian memaklumkan saya, tiada perubahan suhu dikesan di kawasan sekitar pokok sama.
Barangkali kami belum ditakdirkan lagi untuk merakamkan visual entiti didakwa muncul di situ. Apapun setiap kejadian berlaku tidak pernah mematahkan semangat kami untuk terus mencuba di lokasi berbeza.
Jika pembaca mempunyai koleksi gambar didakwa entiti paranormal, sila hantarkan kepada kru 666 melalui emel mazidulakmal@yahoo.com untuk dikongsikan bersama masyarakat di blog ini.
Kami menghargai sokongan pembaca budiman.

6 Komen :
org dulu2 mmg selalu takut2 kan anak mereka ngan cerita hantu....masalahnnyer...bebudak zaman skang ramai yg dah mcm hantu....hantu pun takut ngan diorg...
Mungkin tidak mempunyai tuah malam semalam untuk merakamkan gambar entiti. Kita cuba malam esok di Gunung Nuang pula, bang. Hehe
SMTI~
pandagan saya, zaman lampau banyak terdapat kejadian hantu d sebabkan oleh proses pemujaan terhadap roh/hantu. sebagai contoh, apabila berlaku demam atau sakit masyarakat akan memanggil bomoh untuk mengubatinya. Bomoh biasanya akan memuja/menjampi dan sudah menjadi skrip bahawa sakit itu d sebabkan tersmpuk hantu. Namun kini, hospital telah d bina d seluruh pelusuk negara jadi peranan bomoh dan pemujaan hantu juga tidak berlaku. lagipun taraf pendidikan yang semakin meningkat di kalangan masyarakat juga adalah faktor kepercayaan terhadap hantu ini berkurangan.~~Mr. Roz
cite hantu dulu kebanyakkannye direka utk menakutkan bebudak yang slalu kuar malam...hehehe...tapi sekarang nih...ade je manusia yang bertopengkan hantu kuar memalam...
smti
Catat Ulasan