Ikuti kisah terperinci hasil tinjauan kru Penyingkap Fakta di pelbagai lokasi menggerunkan masyarakat. ... lokasi didakwa berlaku pelbagai kejadian aneh atau penampakan entiti paranormal. Kami melangkah bersama, mengharung onak, duri dan sembilu , mendokumentasikan kenangan pahit manis namun disatukan oleh minat sama. Terima kasih kerana sudi singgah di sini.

Mengapa '666'?

Sebilangan mereka menyertai fact finders mengajukan soalan berhubung takrifan '666'.

Bagi kami '666' hanya satu kombinasi 3 nombor sama, tidak lebih dari itu.

Berikut penjelasannya.

Dalam alam manusia, setiap kali terjadi peristiwa mendebarkan, menakutkan atau difikirkan mampu menggugat keselamatan, secara spontan kita akan mendial nombor '999'.  Nombor 'kecemasan' itu akan menghubungkan kita kepada pihak polis, bomba dan ambulan.

"Tadi ternampak kelibat orang dalam rumah Hasnah tetapi anak dia sudah keluar dari rumah. Sebelum itu dia beri tahu semua ahli keluarganya ke Pahang," ujar saksi.

Lazimnya, dalam alam manusia, saksi kejadian akan bergegas menghubungi '999'. Tujuannya, supaya pihak polis hadir di lokasi sekaligus melakukan pemeriksaan untuk mengelak berlakunya kes jenayah. 

Andai kata kelibat dilaporkan itu benar penjenayah, pihak polis akan mendepani suasana tegang dan mendebarkan kerana mereka manusia. Jiwa bakal diselubungi seribu tanda tanya dan perasaan takut sekaligus menuntut mereka untuk bertindak secara berhati-hati sebelum suspek, manusia, diberkas.

Dalam erti kata lain, '999', lambang CABARAN didepani pihak berkuasa dalam melaksanakan tugas dipertanggungjawabkan kepada mereka sewaktu berurusan dengan manusia.

Sewaktu melakukan tinjauan dan kajian berhubung kes paranormal di lokasi, hakikatnya kru kami juga mendepani pelbagai CABARAN. Jiwa lazimnya diselubungi perasaan seram sewaktu cuba menjawab pelbagai persoalan ketika merakamkan audio dan visual tidak membabitkan manusia.

Ringkasnya, kami menterbalikkan  nombor '999' menjadi '666', simbol CABARAN sewaktu menyingkap pelbagai fakta berhubung dunia paranormal.

2 Komen :

Tanpa Nama berkata...

la ingatkan minat black metal....

Musafir Bumi berkata...

syukran atas pencerahan...