Muncullah! (Kajian kes paranormal berhampiran kaki Gunung Nuang)
Gambar berikut saya rakamkan sewaktu dalam perjalanan pulang dari Hutam Rekreasi Gunung Nuang pada jam 3.28 pagi tadi.
Barangkali mereka pakar dalam bidang fotografi mampu mengemukakan penjelasan terperinci berhubung gambar dirakam menggunakan kamera Canon Power Shot G12 itu.
Jam 11.45 malam tadi, saya, Razali dan Farid menuju kawasan rekreasi cukup dikenali di Hulu Langat, Selangor, terutama mereka gemarkan aktiviti lasak.
.
Kami kemudian berhenti berhampiran Balai Polis Batu 18, menunggu kru 666 lain. Asyraff tiba bersama 3 ahli kumpulan Pengembaraan Alam Ghaib, PAG. Mereka semua kelihatan ceria dan gembira.
"Atoi rindu dengan Farid," usik kru.
Pantas Farid memeluk Atoi, kelihatan sedikit malu.
Biarpun mereka diusik dan dijadikan bahan gurauan, saya melihat keindahan di sebalik kejadian itu. Dua bulan lalu, mereka tidak mengenali di antara satu sama lain, itu fakta. 666 menemukan mereka dan kini hubungan keduanya tidak ubah bak adik-beradik.
"Dia orang peluk tetapi bukan gay, so tidak apalah," celah saya.
Semua tertawa.
"Dia orang peluk tetapi bukan gay, so tidak apalah," celah saya.
Semua tertawa.
Waktu itu kami sedang menunggu Rahmat, Zaki dan Boy.
Beberapa minit selepas tengah malam, kenderaan dinaiki Rahmat dan Zaki muncul setelah Boy bersalaman dengan semua kru 666 tiba lebih awal. Rahmat kemudian mengeluarkan tool box baru dibelinya menggunakan wang tunai sumbangan penaja, Supremo Donuts & Coffee.
Saiz tool box itu cukup besar untuk kami memuatkan semua alat bantu elektronik, keperluan utama untuk menjalankan tinjauan dan kajian paranormal.
Setelah semua kru sampai, menggunakan lima kenderaan, kami terus memandu ke lokasi kira-kira 5 kilometer dari kaki Gununag Nuang.
Tepat jam 12.38 malam, kru 666 tiba di lokasi sasaran. Semua bersedia dengan kelengkapan diperlukan. Adam, VJ dan Asyraf PAG tidak dapat menyertai tinjauan kami malam tadi, mereka mempunyai tugasan lain untuk diselesaikan.
"Semburkan Ridsect ke stokin dahulu, kalau pacat naik ke kaki, dia akan mati," nasihat saya.
Sebaik memasuki pintu utama ke Gunung Nuang, semua bergerak ke kanan, menghampiri kawasan di bawah pokok besar berdekatan hutan. Kamera video dipasang dan alat pengesan pergerakan, motion sensor diletakkan di kawasan sama.
Setelah berpuas hati dengan status kelengkapan bakal ditinggalkan, kami bergerak pantas ke lokasi kedua.
Setelah berpuas hati dengan status kelengkapan bakal ditinggalkan, kami bergerak pantas ke lokasi kedua.
Secara kebetulan malam tadi bulan mengambang penuh dan hari ke 2 terakhir sebelum berakhirnya bulan hantu masyarakat Cina. Saya sempat mengerling pelekat kereta kru tetap 666, kelihatan bak memerhatikan setiap pergerakan kru kami.
"Lokasi kedua, kawasan berhampiran rumpun buluh opposite this area. Kita keluar ikut pagar utama tadi kemudian terus ke kanan, gunakan laluan tepi tandas awam. Masa tinjauan awal last week, kami diberi tahu oleh pekerja membersihkan kawasan perkhemahan, tempat itu menyeramkan dan lokasi kerap berlaku serangan histeria di kalangan mereka berkhemah sebelum ini," terang Rahmat.
Kami bergerak dalam formasi empat, tiga dan tiga. Melalui pengalaman, gambar entiti paranormal lazimnya berjaya dirakamkan pada saat awal terjahan di lokasi sasaran.
Perhatikan objek putih di sebelah kiri bawah, kelihatan bergerak pantas bak cuba mengekori kru 666 sewaktu menghampiri pohon buluh rendang.
"Bukan serangga, itu ghostlike bang," jelas Rahmat sebaik melihat gambar ditunjukkan kepadanya.
Jika diteliti, 2 orb dalam keadaan statik dilintasi orb bergerak pada 45 darjah.
Rahmat, Boy, Zaki dan Alfee, mengaktifkan unit kedua kamera video manakala Razali dan Farid mengikatkan kamera perakam pergerakan di batang pokok berhampiran. Terbukti sebelum ini, motion sensor recorder itu mampu merekod visual dalam bentuk gambar pegun dan video jika pergerakan berlaku kurang 300 meter dari kedudukannya.
Biarpun ramai kru 666 terbabit, sesekali perasaan seram mengusik ketenangan jiwa ketika saya berdiri di bawah pohon buluh itu.
Kami kemudian beredar dari kawasan terbabit, meninggalkan semua peralatan perakam audio visual dan EMF sebelum bergerak menuju ke dormitori mampu memuatkan 40 pengunjung pada satu masa.
"Saya difahamkan, Pada tahun 1995, pernah terjadi kes ibu membunuh bayinya dengan melemaskan anak itu menggunakan pahanya. Mayat bayi dilaporkan ditanam di kawasan ini manakala ibu sama turut maut akibat komplikasi berikutan uri tertinggal di dalam rahimnya," jelas saya.
Dengarnya, wanita terbabit, adik ipar kepada bekas pekerja taman rekreasi sama
"Atoi kena gigit pacat," kata Farid sambil menyelak kaki seluar jeans Atoi.
Pacat comel seperti juga mangsa gigitannya.
Untuk rekod, Farid pelajar jurusan kejururawatan dan bertugas sebagai kru paramedik, memberikan rawatan sekiranya berlaku sebarang kecederaan ringan kepada kru di sepanjang tinjauan di lakukan.
"Tolong, aku hendak dengar bunyi degupan jantung sendiri," pinta Zaki.
Permintaan Zaki dikabulkan oleh Boy dan Farid sebelum kru melangkah ke lokasi kedua, kawasan tidak jauh dari lokasi mereka berdiri.
Farid, 24 tahun, sebelum ini pernah bertugas di Hospital Tengku Ampuan Rahimah Klang sebagai attendant dan berpeluang menyambut kelahiran dua bayi sebelum menuntut di Segi College.
Perakam video kami aktifkan manakala motion sensor recorder diletakkan di ruang hadapan lensa kamera sebelum kru 666 bergerak semula ke pohon buluh, kira-kira hampir sejam kemudian.
Jam 2.30 pagi, semua peralatan di lokasi pertama dan kedua diambil semula.
"Macam mana kalau kali ini, kita semua duduk di bawah pokok buluh itu, biarkan kamera, motion sensor, EMF dan motion sensor recorder, on? Kemudian kita tengok apa akan terjadi," cadang Rahmat.
Tiada bantahan dari 9 kru lain.
Sebaik tiba di kawasan perdu buluh, semua alat bantu diperiksa.
"Duduklah dan padamkan semua lampu," ujar saya.
Untuk rekod, sebelum ketibaan kami, hujan turun lebat di Hulu Langat, termasuk di kawasan rekreasi dilengkapi chalet terbabit.
"Rumput basah sikitlah tetapi ok," respon kru.
Penyiasat kes paranormal barat kerap cuba berinteraksi bersama entiti paranormal di pelbagai lokasi. Kami mencuba kaedah itu.
"Baiklah, jika kawasan ini dihuni entiti tidak mampu dilihat dek mata kasar, kami meminta kerjasama semua untuk memunculkan diri barang seketika. Kehadiran kami di sini sekadar untuk merakamkan gambar dan audio, itu sahaja dan tidak lebih dari itu. Kami mempercayai kewujudan alam ghaib, justeru kami percaya dunia ini dikongsi bersama. Andai permintaan kami ditunaikan, kami akan meninggalkan tempat ini tepat pada jam 3 pagi kerana kami tidak berhasrat untuk mengancam sesiapa. Jadi muncullah!," kata saya.
Suasana sunyi, hanya bunyi klik kamera kedengaran di telinga. Perakam video terus merekodkan visual manakala Atoi secara teliti mendengar bunyi di sekeliling menggunakan parabolic recorder. Malangnya EMF Meter dan Motion Sensor tidak berbunyi.
Sesekali sewaktu mengulangi kenyataan lebih kurang sama, saya terpandang Asyraff menoleh ke belakang. Barangkali dia berdebar.
Banyak gambar pegun kami rakamkan. Tepat jam 3 pagi, kami bingkas bangun dan beredar dari kawasan berhampiran pohon buluh, selama ini didakwa menyeramkan pekerja di pusat rekreasi itu.
Semua hasil rakaman audio dan video belum lagi diproses, saya percaya semua kru terbabit dalam tinjauan malam tadi masih lagi kepenatan tambahan pula kini bulan puasa.
Sebarang perkembangan menarik bakal kami kongsikan di blog ini.
Sebelum beredar dari lokasi tinjauan, kru 666 sempat mengabadikan gambar kenang-kenangan. Sila klik untuk membesarkan imej di bawah.
Terima kasih kepada semua kru kerana sudi untuk bersatu buat kesekian kali.
Sewaktu kenderaan dipandu keluar, saya mengambil peluang merakamkan suasana di tepi jalan berlubang besar dan agak berbahaya itu.
11 Komen :
syukur semua krew 666 selamat pergi dan balik...ape pasal la entiti nih kedekut sangat nak tunjuk diri ek...hehehehe...saya dah hantar gambar kat abg mazidul...harap abg terima gambar tu...
Assalamualaikum,
Nak jumpa 'entiti' banyak, tunggu masuk bulan Syawal. Gerenti meriah! :D
Ramadhan, Jin, Syaitan, Iblis dan sewaktu dengannya kena 'lockup'. Sebulan beb. Bukan sehari saja macam kes Mat Rempit sepak polis dalam laporan akhbar baru baru ini.
Lepas sebulan ni, hah, takut tak cukup memori dalam SD kad kot. Segala entiti akan posing free free.
Hehehehe. Saja nak usik Team 666. :)
Mahaguru, maklumat itu kurang tepat.
Hanya syaitan saya 'diikat' di bulan Ramadhan, tidak jin.
Maaf. Usikan "Mahaguru" kurang terusik. Hehe.
Daripada Abu Hurairah r.a, sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: Apabila menjelmanya Ramadan, nescaya dibuka pintu syurga, ditutup pintu-pintu neraka dan dibelenggu syaitan-syaitan. (Riwayat al-Bukhari dan Muslim)
Allahualam. Saya menyokong aktiviti-aktiviti yang dilakukan kru 666 baik pada bulan Ramadhan mahupun di luar bulan Ramadhan. Salam... :)
"Baiklah, jika kawasan ini dihuni entiti tidak mampu dilihat dek mata kasar, kami meminta kerjasama semua untuk memunculkan diri barang seketika. Kehadiran kami di sini sekadar untuk merakamkan gambar dan audio, itu sahaja dan tidak lebih dari itu. Kami mempercayai kewujudan alam ghaib, justeru kami percaya dunia ini dikongsi bersama. Andai permintaan kami ditunaikan, kami akan meninggalkan tempat ini tepat pada jam 3 pagi kerana kami tidak berhasrat untuk mengancam sesiapa. Jadi muncullah!,"
saya selalu menonton citer Ghost Hunters di astro.. dilihat mereka selalu memanggil entiti menggunakan kaedah provoke, atau menceritakan kisah asal usul entiti itu sendiri di lokasi .. kadang2 cara mereka provoke entiti itu seperti mencabar entiti & agak kasar gayanya sehingga memungkinkan kemunculan mereka...
mungkin kru 666 juga bleh try guna cara itu..
sekadar cadangan :)
Salam,
Ingin berkongsi pengalaman, inilah entiti yg menggangu kami pada 22julai 2011 (jumaat) malam 23julai 2011 (sabtu)dalam misi menawan Gunung Nuang.Seminggu sebelum berpuasa.
Kejadian berlaku ketika group kami yg terdiri 3org lelaki dan 3org perempuan (seorang datang bulan) ketika berkhemah di Kem LOLO. Hanya ada 2 group sahaja pd malam itu kerana jarang org start camping jumaat malam disebabakn kerja pada siang nya. Disebabkan hujan renyai2x, group kami berkhemah di bawah wakaf berbumbung berdekatan dengan rumpun buluh dan satu group lagi seberang sungai dan memang tak nampak dr tempat kami berkhemah.
Jam 12.00am, masing2x masuk tido dan khemah lelaki dan khemah perempuan berdekatan kerana ingin cukupkan ruang bawah wakaf berbumbung. Tiada sentri,masing2x terus masuk tido.unggun yg dibuat padam sbb ujan, n keadaan memang gelap gelita. Jam 12.10 tiba2x muncul kelibat bola api, sangkaan mulanya ialah kunang2x atau kelip2x.tapi besar.(spt gambar yg diambil oleh krew 666). Semua ahli diam smbil memerhatikan kelibat, bola api itu seakan akan berlegar2x datang pusing atas khemah kami dan berlalu.dalam 10minit juga ia berlegar2x...
Jam 12.50.Khemah perempuan bising, ahli perempaun menjerit minta tolong kerana pinggan mangkuk di luar khemah berbunyi bising,dan khemah mereka digegarkan. sangkaan kami adalah binatang, mungkin tikus..dalam 5 minit bunyi berlarutan.Khemah perempuan bergegar menurut kata mereka.Bila salah seorng ahli lelaki keluar melihat, tiada tanda2x footstep ataupun org mahupun binatang.
Keesokan paginya jam 6.30 semua ahli bangun dan lihat, pinggan mangkuk yg bising bertaburan pd malam td nya kemas tersusun seperti asalnya.tiada tanda2x gangguan..persoalannye..apakah bola api itu? apakah yang membuat bunyi bising pada pinggan mangkuk dan tiada gangguan sebenarnya pada barang2x itu? apakah yang mengegarkan khemah ahli perempuan malam itu?..wallahualam..
sekadar berkongsi..
(jika krew 666 berminat menyelongkar sendiri, dicadangkan cuba berkhemah di KEM LOLO bawah wakaf dan berdekatan dgn rumpun buluh,kurangkan pencahayaan dan bising,kurangkan bilangan yang hadir, mungkin dpt merakam entiti..)
Saya juga punya cadangan seperti saudara Zul..Cuba berkhemah di Kem Lolo atau Kem Pacat dan teruskan pendakian ke puncak nuang.
Saya sekadar ingin berkongsi pengalaman, sewaktu pendakian saya bersama rakan (2 lelaki 4 perempuan) ke puncak Nuang pada 16 Ogos 2009 hari Sabtu. Kami bermalam di Kem Pacat dan bergerak ke puncak pada keesokan hari. Kejadian pelik berlaku sewaktu kami hendak berangkat pulang dari Kem Pacat. Kami bergerak lebih kurang pada jam 11 pagi. Dipendekkan cerita kami tidak berjaya menemui jalan pulang sehingga ke jam 9 malam. Dalam perjalanan turun dari Kem Pacat, hujan lebat turun sepanjang track perjalanan. Kami sampai ke bawah hujan berhenti. Teruskan perjalanan sehingga ke gerbang keluar. Tapi perjalanan terasa agak lama. Kami asyik terjumpa jalan yang sama. Perjalan yang sepatutnya kurang dari 4 jam menjadi terlalu lama. Pada waktu itu semua telefon bimbit kehabisan bateri. Dan kami terpisah hanya berdua bersama seorang rakan lelaki sepanjang perjalanan. Sangat banyak kejadian pelik. Paling tak boleh lupa kami terdengar laungan azan di tengah hutan belantara sedangkan tiada surau di kawasan berhampiran. Mungkin itu hikmah peringatan kerana kami terlepas solat kerana pada asalnya niat ingin Jama' Ta'khir di waktu Asar. Memandangkan kami tersesat tak jumpa jalan pulang kami terlepas solat. Satu kesalahan besar yang telah kami lakukan sebab x Jama' sebelum perjalanan. Kami sampai ke pintu gerbang pada jam 9 malam. Saya bersama rakan saya sampai akhir sekali. Rakan yang lain menegur kata nampak kami berjalan ramai. Mereka ingatkan kami bersama kenalan dari kumpulan pendaki lain. Saya amat terkejut kerana kami hanya berdua ketika itu. Kebetulan pada malam itu sepatutnya dua rakan saya ingin ke MTV world stage. Mungkin itu hikmah supaya mereka tak leka ke konsert.
Kejadian malam itu banyak pengajaran yang kami dapat. Makhluk ghaib memang wujud, cuma cara mereka menjelmakan atau dijelmakan berbeza. Mungin ada yang menjelma sebagai peringatan kepada kita.
Salam
terdapat beberapa hot spot di sepanjang trail dari pejabat ranjer hingga ke kem lolo.
- kawasan pokok buluh sebelum sampai ke pondok wakaf di akhir trail balak.
- penghujung kem lolo yang terdapat pondok wakaf dimana kedudukannya berada dipertemuan 2 sungai. {kawasan yang sama saudara zul mengalami gangguan ketika berkhemah}.
saya telah beberapa kali membuat solo hiking dan camping disini. tetapi tidak pernah lagi diganggu oleh sebarang kejadian aneh. sekiranya krew 666 berminat saya boleh tunjukkan tempatnya.
salam...
sy pernah menginap kat chalet yg korg amik gmbr tuh...kalo x silap...sbb tu jek satu2 nyer chalet yg besar...laen kecik...tp ktorg menginap ramai2...selame 3 mlm kat ctu sy x mengalami apa2 gangguan...tp rupe2 nyer member2 sy yg laen kena...huhu...korg x masuk ek dlm bangunan tuh? member sy pernah nmpak kelibat dekat dlm tuh...time tuh die balik sorg2 ke chalet tuk solat isyak...yg laen2 ade aktiviti kat tempat laen...ble die smpai kat chalet tuh...die nmpak terang benderang....die ingat ade org laen lah dlm chalet tuh...ble die masuk...die nmpak cm ade kelibat...tp tibe2 lampu terpadam...die bukak balik lampu...tgk xder sape2...kisah ke2 lak...mlm terakhir ktorg menginap kat ctu...sy memang tido nyenyak da...2 org member sy dgr bunyi air jatuh...n bunyi pam tandas...menurut mereka lg...bunyi air tuh mcm ade rentak n bunyi tuh mcm dekat sgt...masalahnye ktorg tido bhgn depan sekali...jauh dr tandas....
salam semua.
nuang, byk nostalgia kat situ.
kepada bang mazidul, cuba mintak kebenaran dr pihak pengurusan empangan tu, sbnrnya betul2 sebelah tasik empangan tu ada mcm resthouse. dah lama x masuk ke dlm, last kitorg masuk awal 2000 sewaktu anjurkan nuang challenge. umtk makluman, byk cerite kat dlm resthouse tu, mcm2 ada... ;-)
pengalaman tersendiri pulak, kat chalet tu mmg ada something, tp x sure apa dia. apa yg saya tau, dia ber"couple", laki dan pompuan sbb pnah dgr mcm diorg dok bedendang kat atas bumbung chalet tu.
hmm..dlu 1st time naik gnung nuang..naik malam..ada pkai guide..nk dkat kem pacat..dengar jelas ooo orang menggergaji kayu..lagi satu dkat pondok wakaf yg last laluan mtor boleh lalu..tmpat tu ermmm
Catat Ulasan