Ikuti kisah terperinci hasil tinjauan kru Penyingkap Fakta di pelbagai lokasi menggerunkan masyarakat. ... lokasi didakwa berlaku pelbagai kejadian aneh atau penampakan entiti paranormal. Kami melangkah bersama, mengharung onak, duri dan sembilu , mendokumentasikan kenangan pahit manis namun disatukan oleh minat sama. Terima kasih kerana sudi singgah di sini.

PERINGATAN Untuk Boy LC Seekers

Untuk rekod, 666 hanya mempunyai 13 kru tetap. Kru kami tidak pernah menugaskan Boy LC Seekers sebagai jurukamera sewaktu menjalankan tinjauan sebelum ini.



Berikut informasi dicatatkan di halaman 'info' Facebook Boy LC Seekers

 Basic Information

About Boycrew paranormal 666 sebagai juru cemeraman

Interested InWomen

Relationship StatusSingle

SexMale

Berulang kali dia telah diperingatkan agar tidak sewenang-wenang mendakwa sekaligus melantik dirinya sebagai kru 666 kerana pemilik akaun Facebook terbabit TIDAK pernah kami kenali.

32 gambar diciluknya dari blog Bersama Mazidul dan kemudian dimuatkan di laman Facebook miliknya tanpa kebenaran dan kredit, bertujuan untuk mengelirukan orang ramai.

Saya dimaklumkan, individu itu berpeluang menjadi sukarelawan di dalam program Seekers sebelum ini tetapi hakikatnya tidak pernah terbabit dengan aktiviti kru 666.

Kami tidak faham, apakah sedang dicarinya. Barangkali kerana dia bergelar 'boy' justeru perangainya masih keanak-anakan.

21 Komen :

Tanpa Nama berkata...

cam ni pun ada ke..haha

Adam Vai berkata...

Hahaha adoi siapa pulak ni? Setahu saya krew kita tak pernah mengambil orang lain selain krew kami sendiri sebagai cameraman. Ada jugak yang terhegeh hegeh nak menyamar ya?

Tanpa Nama berkata...

adeii..
siapa ni? tiba2 mengaku crew 666 pula!
penggunaan bahasa pun tunggang langgang..

juru cemeraman

grammar apa ni?

mazri berkata...

bagi peringatan akhir..kalau masih berdegil juga saman...

Kalau dah terjadi kes macam ni, saya sarankan krew 666 letakkan watermark pada setiap gambar yang diambil, untuk melindungi hak cipta gambar-gambar tersebut :)

izz berkata...

hahaaha...setuju ngan GematriA™...

Tanpa Nama berkata...

thanks bro @izz.

Dan saya menyokong saranan cik @Wahida.

saya cadangkan guna logo yang anda gunakan utk car sticker sebagai watermark.

Tengku AJ berkata...

dia ni (boy lc) lagi keji dari setan dgn iblis...

Abe Goreng berkata...
lynnepu3gp berkata...

alamak...apa kes nak menyamar..tah aper2...gila glam ker aper?

Fadzli Amir berkata...

Hahahha...kesian dia...baru nak berlagak menyamar kru 666, dah kena bongkar....hehehehe...takpe carik la kru lain pulak....

paling best duduk bantai copy status aku kat facebook..bodoh.

Tanpa Nama berkata...

buat stok nak pancing awek kut..

Tanpa Nama berkata...

tau x pe

abglan berkata...

Mungkin juga dia memang tak tau etika "sharing is carring". Bila di tegur dia dah cuak, tak tau nak buat ape he he he

Tanpa Nama berkata...

betul tu Anon 9:30... awek skrg nih pantang jumpa 'boy' yg ada kena mengena dgn industri hiburan dan media, mesti ingat glamor

Jai berkata...

Hadoi, apelah dia nih.. Kot ye pun, buatlah mende lain.. Mungkin dia baru kot, x tau menau pasal copyright...

Tanpa Nama berkata...

dia pon ada letak tampalan yg dicopy kat forum nie....

http://malaysianbikers.com.my/forum/index.php/topic,80584.0.html

sebenarnya ni blog siapa hahaha?
macam2 orang sekarang ni.. kalau nak jadi cameraman sangat, datang jumpa saya, boleh saya ajar jadi cemeraman yg berjaya hahaha.. nak jadi pengodam pun boleh hahaha.. aneh2 korang ni.. PEACE no war hahahaha...

saya rasa mamat ni nak glamer kot.. meh sini saya ajar dia hahahaha.. orang macam ni tak boleh simpan lama nanti berjangkit.. sudah cukup ada orang yg poyo2 mcm ni sorang, kalau bertambah lagi sakit semua team2 paranormal kat malaysia ni hahaha.. apa2 pun selamat berjaya kepada team2 paranormal kat malaysia ni -VAMP MALAYSIA-

izz berkata...

VAMP MALAYSIA...saya ade register join utk group anda...hehehe...sangat setuju ape yang VAMP MALAYSIA katekan...
Bro RAHMAT MOKHTAR : sabau je la bro...nak buat cam mane...gile glam mamat tuh...hehehehe...