Ikuti kisah terperinci hasil tinjauan kru Penyingkap Fakta di pelbagai lokasi menggerunkan masyarakat. ... lokasi didakwa berlaku pelbagai kejadian aneh atau penampakan entiti paranormal. Kami melangkah bersama, mengharung onak, duri dan sembilu , mendokumentasikan kenangan pahit manis namun disatukan oleh minat sama. Terima kasih kerana sudi singgah di sini.

Pocong

Menurut Wikipedia bahasa Indonesia, entiti digambarkan di bawah dikenali sebagai pocong manakala di Malaysia digelar hantu bungkus.


Entiti paranormal terbabit dilaporkan bergerak secara melompat. Jika dilihat fizikal luarannya, pocong berbungkus seperti mayat dikafankan.

Barangkali berikutan itu di negara kita, entiti terbabit dikenali sebagai hantu bungkus.

'Penggambaran pocong bervariasi. Dikatakan, pocong memiliki wajah berwarna hijau dengan mata yang kosong. Penggambaran lain menyatakan, pocong berwajah rata dan memiliki lubang mata berongga atau tertutup kapas dengan wajah putih pucat. Mereka yang percaya akan adanya hantu ini beranggapan, pocong merupakan bentuk protes dari si mati yang terlupa dibuka ikatan dikafankan sebelum kuburnya ditutup' - Wikipedia bahasa Indonesia

Jika kita teliti apabila penganut agama Islam meninggal dunia, jenazahnya dimandi, dikafan dan disembahyangkan. Seterusnya, jenazah dimasukkan ke liang lahat dan talkin dibacakan untuk peringatan kepada mereka masih hidup dan berada di tanah perkuburan.

Lazimnya sebelum liang lahat dikambus dengan tanah, ikatan pada kaki, pinggang dan atas kepala jenazah ditanggalkan terlebih dahulu.

Itu fakta.

Perasaan takut kepada pocong bukan perkara baru kerana telah menjadi kisah seram turun temurun terutama di kalangan masyarakat Melayu.

Kru 666 ingin mengemukakan persoalan dianggap taboo sebilangan kita.

Mengapa entiti berbungkus, kelihatan diikat kaki dan tangan serta bergerak melompat begitu ditakuti?

Jika pembaca mempunyai jawaban, sila kongsikan di sini agar bersama dapat kita rungkaikan persoalan terbabit.

6 Komen :

Adha berkata...

mungkin sebab wajah yg agak menggerunkan dan sesetengah daripada kita yg lemah semangat...dlm bnyak2 hantu kat Malaysia ni pocong agak feymes gak..walaupun dia macam patung tak boleh gerak tapi kemunculan pocong yg suka menyakat secara mengejut boleh membuatkan kita rasa tergugat walaupun benda itu kita lihat dari jarak jauh...agak2 bro apa kelemahan pocong ni dlm pemikiran masyarakat melayu kita ni?...dengar2 ada harta dlm badan pocong?

foundation39 berkata...

owh, hantu mengikut agama dan budaya. jesteru jika kewujudan hantu pocong/hantu bungkus wujud merupakan fakta. tidak mengharirankan wujudnya hantu Holloween yang digembar gemburkan masyarakat barat

pernah kena kacau kat rumah kat Jengka dengan pocong ni...memang menakutkan..cara dia lompat memang jaraknya jauh...pastu sekali dia naik tangga kayu kat rumah 2 macam besi yg terlalu padat n berat jatuh...tapi tangga 2 xrosak..pastu bila dia lompat atas katil 2, memang bergegar kuat katil...macam nak roboh..akak koi yg tido kat sebelah boleh xterjaga...apa lagi memang xberani pandang la...terus mulakan baca ayat kursi sebab benda 2 da berdiri kat depan mata..lepas 3 kali baca ayat kursi 2, tetiba rasa dia ngundur...koi buka mata tengok da xde..alhamdulillah kena kacau sekejap je...tapi macam nak terkeluar jantung dup dap dup dap waktu rasa dia nak kcau 2...

Tanpa Nama berkata...

salam...sblm nie sy tak bp nk caye bnde2 cmni...tetapi stlh berkawin dan suami kebetulan blh melihat bnde cmni...kdg2 kalu terjumpa die akn btahu sy kdg2 tidak...ade satu cite tyme msh bujang..die blik kuching..sepanjang perjalanan bende(pompuan)tumpang die...suami sy mcm biasa bc ayat kursi sepanjang perjalanan...

zaza ervina berkata...

Salam, pocong ni org takut sbb cerita atas mulut..ada juga yg tak percaya akan kewujudannya malah terlupa yg dunia terbentang luas dikongsi bersama mahkluk Allah yg lain.. Saya sendiri pernah ternampak pocong masa saya masih kanak2..terlalu naif agaknya sebab itu bertanya pada papa 'papa, kenapa org tu melompat lompat dgn kain putih dahlaa tutup kepala..die tgh main sorok2 ke?' papa saya terus terdiam dan mbacakan ayat suci lalu disapukan di muka saya..waktu kejadian tu jam 9pm xsilap.. Bila dh besar sikit baru rasa seram..

Unknown berkata...

Salam :) Tgah membaca entri2 lama pastu nampak entri pasal pocong. Nak dikatakan mimpi tak juga. Tapi sy pernah nampak sendiri depan mata cuma waktu tu tak tau jam berapa la sebab masa tu kitaorang buat program dekat skolah kawasan kampung yang berada di dalam kawasan sawit gitu. Yang peliknya masa nak pegi tu yang dah rasa lain sebab member yang bangun kan sy sempat bagitau yang dia dah cuba bangun kan pak guard sebab nak terkencing tapi tak bangun-bangun juga. Kenapa nak minta temankan seorang pakcik kalau anak dara yang nak gi tandas kan? So tinggal lah sy sorang dekat luar tandas. Sebab nak hilang rasa mengantuk sy berdiri tepi tandas tu & mula lah melihat-lihat kawasan hutan waktu tu macam rasa biase je. tiba-tiba nampak benda putih macam mayat yang dikapankan dalam jarak 4 meter dari tempat sy berdiri. Pastu sy tunduk & berdiri rapat didepan pintu tanda kawan hehehe..seram juga. Hari terakhir dekat tempat tu baru orang kampung bagitau yang kampung diorang ni memang ada hantu pocong & sorang perempuan rambut panjang..adehhh