Ikuti kisah terperinci hasil tinjauan kru Penyingkap Fakta di pelbagai lokasi menggerunkan masyarakat. ... lokasi didakwa berlaku pelbagai kejadian aneh atau penampakan entiti paranormal. Kami melangkah bersama, mengharung onak, duri dan sembilu , mendokumentasikan kenangan pahit manis namun disatukan oleh minat sama. Terima kasih kerana sudi singgah di sini.

Tinjauan Ke Bekas Lokap Banduan Terakhir Dan Bilik Gantung

Malam semalam berikutan jemputan bapa kepada rakan kru 666, Adam, kami ke lokasi di Kuala Lumpur.

"Masa saya keluar for lunch, around 12.30, bila balik sahaja ke office, TV turned on sendiri. Saya set channel CNBC, bila on RTM1," ujar pekerja syarikat.

Pekerja berusia 50 tahun itu bersama anaknya kami temui di hadapan bangunan pejabat dimaksudkan.


"Saya pernah ambil gambar dekat area TV, ada macam nampak garis garis," ujarnya sambil menunjukkan skrin telefon bimbit kepada kru 666.


Kru 666 kemudian memasang semua kelengkapan bertujuan mengesan entiti paranormal jika hadir di pejabat terbabit.


Hasilnya, tiada visual entiti dirakamlam samada oleh kamera video, kamera digital dan motion sensor camera. Suhu di ruang pejabat juga didapati normal. 

Bagaimanapun rakaman dibuat oleh kumpulan Pengembaraan Alam Ghaib, PAG masih belum dianalisa lagi.


Jam 2 pagi ...

"Bang, jom kita ke Penjara Pudu," cadang Rahmat.

Cadangannya itu dipersetujui semua 11 kru 666, Ashraff dan VJ tidak dapat menyertai tinjauan menjadi mimpi majoriti pengkaji paranormal itu.

Sebaik tiba di lokasi, saya dan Rahmat mendapatkan kebenaran dari 2 pengawal keselamatan bertugas berhampiran jalan utama.

"Tempat ini memang keras. Saya biasa dengar bunyi macam budak menangis di Blok D," ujar pengawal berusia 69 tahun, kami temui.

Untuk rekod, Blok D menempatkan banduan akhir dan bilik gantung. Di antara tahun 1960 dan 1933, 180 banduan dilaporkan menjalani hukuman gantung sampai mati di blok terbabit.

Berikut gambar blok dimaksudkan sewaktu siang, dimuat naik dari sini.


Perhatikan gambar blok sama saya rakamkan tepat pada jam 2.23 pagi tadi.


Sebelum memasuki blok terbabit, kru diberikan taklimat ringkas berhubung aspek keselamatan dan kaedah komunikasi. Empat waklie talkie dimiliki oleh PAG diagihkan kepada 3 kumpulan untuk memudahkan perhubungan.

"Ini bukan tempat main main, jangan berdiri terlalu dekat dengan pintu lokap, takut nanti tertutup sendiri," Rahmat memperingatkan semua kru.


Sebelum melangkah masuk melalui pintu utama, Adam bersuara ...

"This is my dream, a dream comes true"

Mimpi sama juga saya percaya dikongsikan oleh semua.


Kumpulan peninjau pertama, Rahmat, Boy dan Zaki memasuki blok D, siap dbina 116 tahun lalu itu tepat pada jam 2.25 pagi dan diikuti oleh PAG, Azree, Ashraf, Alfee serta Atoi 3 minit kemudian.


Sementara menunggu 2 kumpulan terbabit memasuki bangunan secara berasingan, saya sempat merakamkan gambar suasana sekitar. 


10 tahun lalu, saya pernah berada di bilik gantung, membuat rakaman bersama jurukamera. Masih segar di ingatan, saya berdiri berhampiran tali gantung sambil bercakap, dirakamkan oleh jurukamera.

"Mazidul, sorry. Tadi memang saya tekan itu record button, comfirmed. Sekarang bila preview, gambar tidak ada," keluih jurukamera berbangsa India, Ghana.

2 kali dia cuba merakamkan audio dan visual saya namun gagal.

"Cuba you pergi luar sana, try to record again and preview, tengok ok ke atau tidak," saran saya.

Ghana mengikuti arahan dan melangkah keluar dari bilik gantung sebelum masuk kembali ke ruang menyimpan peristiwa hitam itu.

"Ok, gambar ada," katanya.

Tiada ikhtiar lain dapat saya lakukan, selain menyedekahkan Al-Fatihah kepada semua maut di bilik terbabit. Waktu itu hati tidak begitu berdebar kerana kelibat beberapa penguatkuasa Jabatan Penjara mengiringi kami dapat dilihat di luar bilik.

Dengan takdir Allah, percubaan seterusnya berjaya. Sehingga kini, setiap kali bertemu, Ghana masih tidak mampu melupakan peristiwa ganjil kami tempuh bersama.

Hampir jam 2.30 pagi tadi, saya, Razali, Adam dan Farid masuk ke ruang bilik akhir banduan.


Sebaik terpandang bangunan tersergam kelihatan usang, perasaan seram mula menyelubungi jiwa.

Dalam tempoh 33 tahun, ruang legar terbabit digunakan banduan sedang menunggu saat akhir ke tali gantung dan mereka dikurung di 54 lokap di kiri dan kanan.

Debaran semakin kencang, sewaktu melihat saat Adam memasuki ruang legar lokap namun jari saya tidak berhenti menekan butang kamera biarpun sesekali berjalan di posisi terakhir untuk merekodkan gambar kru bersama saya.


Terbayang di minda, betapa seksanya keadaan menghabiskan sisa hidup di ruang sempit berkunci mangga besi akibat kesilapan lampau tidak mampu diundurkan kembali.


Barangkali berikutan dihimpit kesunyian tinggal berseorangan, sebilangan banduan mencoretkan isi hati mereka di dinding lokap. Saya berpeluang membaca antara catatan mereka abadikan sekaligus merekodkan gambar pegun.


Saya dan Razali kemudian mengambil kesempatan merasai pengalaman duduk di atas katil simen di bilik lokap banduan akhir itu.


Jika mengikut cacatan sejarah, nyawa setiap penghuni lokap itu juga pastinya berakhir di tali gantung. 

Kira-kira jam 2.08 pagi ...

"Kami di tingkat tiga, tadi ada kayu dibaling dari tingkat dua," ujar Azree menggunakan walkie talkie.

Rahmat, Zaki dan Boy ketika itu berdiri berhampiran kami.

"Rahmat, suruh dia orang turun sekarang," pinta saya.

Saya tidak mahu kejadian buruk menimpa ahli PAG. 

Kami bertujuh kemudian menaiki tangga meluru ke tingkat satu, pada waktu itu semua ahli kumpulan terbabit turun ke aras sama.


Kami berkumpul di hadapan lokap unik pernah dipaparkan dalam filem Mantra.


Jam 2.49 pagi, kejadian ganjil tiba-tiba berlaku.

Ashraf bagaikan tercampak ke dinding disaksikan oleh semua kru. Pantas 2 abangnya, Azree dan Alfee meluru mendekati adik mereka.

"Dia macam kena tolak kuat sampai 'melekat' di dinding," ujar Atoi juga terjatuh di dalam bilik sama.

Saya merakamkan kejadian misteri itu.


Ashraf terbatuk teruk sehingga megeluarkan tompokan darah.


"Tengok belakang As, ada kesan macam kena tampar," ujar Azree.


Saya kemudian pantas megeluarkan minyak wangi Kasturi Syifa' dari beg dan meminta Ashraf menyedut bau produk diaurakan dengan bacaan 30 juzuk Al-Quran, 33 kali itu. Produk sama turut saya sapukan di setiap sendi kru 666 itu.

Alhamdulillah dia selamat biarpun kelihatan sedikit penat.


Di bilik kejadian saya rakamkan gambar bekas pengusung mayat diperbuat daripada plastik.


Perhatikan hiasan luaran berbentuk tulisan khat di dinding.


Jam 3 pagi kami beredar dari bilik terbabit dan melangkah keluar dari blok D dengan selamat sambil menghela nafas lega.


Sesungguhnya ikatan teguh terjalin antara kru 666, membenarkan semua berada di situ dari awal hingga akhir,  bertujuan menyingkap fakta sebenar berhubung Penjara Pudu dikatakan menyimpan seribu satu misteri kejadian aneh.


Apapun, benarlah kata pujangga, bersatu teguh, bercerai roboh.

36 Komen :

Shasha Yap berkata...

Terbaik! SMTI! Tapi pelik. Apa yang tampar Ashraf?

shift_et berkata...

filem mentera punya lokasi...

mcguire berkata...

Salam

bukan kah lokap unik tersebut digunakan dalam filem Mantra?..

Unknown berkata...

Masa berlaku kejadian kena baling kat dinding tu, ada tak sesiapa mendengar bunyi ganjil atau nampak sebarang entiti dalam video/still cam?

Aini berkata...

terasa seram baca entri ni.. teruskan usaha..

carls lishky berkata...

askum bang mazidul..sy ade persoalan berhubung tulisan khat yg di dinding penjara yg mcm dlm gmbar tu..sy musykil sama ada yg tulisan khat tu mmg di tulis oleh pihak penjara atau ia kesan atau peninggalan tulisan semasa filem "mantra"...dimana saya ade membaca dri artikel filem mantra yg tulisan tu mmg diorg yg lukis..so mcm mana tu?sapa yg lukis sebenarnya? persoalan ini utk mencari fakta sebenar :D

anyss berkata...

Assalamualaikum,

SMTI
Wahhhhh...apa Ashraf rasa waktu itu ya...
Semua Kru mesti suspen masa tu

Tanpa Nama berkata...

Tiada apa yang menarik.

Tanpa Nama berkata...

soalan yang sama,tulisan khat tu sapa yang tulis ya..adakah peninggalan dulu atau dari fielm mantra..teruskan usaha..sangat menarik dan dapat dijadikan teladan..semoga kru 666 akan mendapat rahamt Allah jua..amin.

Muzaffar berkata...

SMTI

smti...
saya pun musykil pasal tulisan khat tu...cerita la sikit bro...

KMTI

Tanpa Nama berkata...

soalan yg sama...cer crite skit psal tulisan khat pd dinding tue..crew filem mantra or pihak penjara yg buat?
SMTI

Team 666 sudah mula diduga...

Elok kalau pakai topi keselamatan spt pekerja di tapak projek.

lynnepu3gp berkata...

ermmmm...saya pun nak tanya soalan yg sama...spa sbnrnyer yg buat tulisan khat itu? adakah lokap itu hanya utk penggambaran mantra atau ada banduan yg mcm tuh di lokap tersebut? musykil sikit....

AzMask berkata...

Betul2 misteri..

gadisbunga berkata...

smti~

Tanpa Nama berkata...

boleh x di tulis kembali catatan di dinding penjara..amat menarik untuk di ketahui

L.E.L.A berkata...

~SMTI~

aizamia3 berkata...

SMTI..
apakah cerita disebalik tulisan itu.. pihak mana yang tulis sebenarnya..?

Mama Miraki berkata...

seram dan suspen baca entry ini...

anna berkata...

smti

TheMaxGYV berkata...

pada yg tanya pasal tulisan khat tu . urm, saya tak pasti sgt tpi ada dlm scene mantra bila dlm babak tu:

seorang suami yg masuk ke penjara dia pengamal ilmu hitam, dan utk halang dari buat apa2 pengawal tu buat tulisan tu. dan kalau tgk ada kesan macam tanggal kan? tu sebab pengamal tu dia ugut bunuh isteri pengawal penjara tu iaitu bapa saudara dia sendiri utk hilangkan tulisan tu.. (bukan kisah benar yeee, ini dlm babak Mantra jee)

kalau nak tau tgk cite Mantra ye :P

Asrul Hisyam berkata...

smti

dayang Citra berkata...

best...memang berani..

Justin berkata...

fuh. aku ingat nak join you lepas pergi rumah kat salak south. tapi, i thought better not go. nampak like it was a good outing. adam couldnt stop telling us. :)

you guys are very interesting and got to experience things that tak semua orang dapat experience. it's a good job (lantak pi lah orang dok kate takde paedah lah buat blog ni) that you're doing here....sedikit sebanyak beri saya pengetahuan pasal entiti lain dari manusia. perhaps one day, pendedahan dunia lain ni dapat buat saya jadi seorang yang kurang takut..hehehe..well done guys!

mustakim berkata...

setahu saya tulisan itu mmg krew filem itu yang buat.. n saya sendiri pernah masuk ke penjara pudu ini bersama rakan2 saya dan adelah jugak perkara2 pelik berlaku selepas kami memasuki tmpt itu dan kami akui tmpt itu sungguh menyeramkan dan hanya kami berlima pada waktu itu walaupun pada waktu siang, ia masih menakutkan kerana tmpt itu sgt gelap

ini hsil gmbr mengunakan kamera analogue saya
https://www.facebook.com/media/set/?set=a.263617713651848.81713.100000108632170

Tanpa Nama berkata...

Tulisan tu memang dah ada kat sana. Ianya di buat kerana ada sesetengah banduan yang memiliki ilmu hitam seperti ilmu ghaib. Dengan adanya ayat di dinding tersebut, sekurangnya ilmu mereka akan menjadi sedikit lemah.

Saya pernah membaca satu artikel yang memberitahu bahawa krew cuba untuk mengikuti tulisan jawi supaya nampak lebih jelas tetapi ianya hilang sendiri sehingga mereka terpaksa memanggil seorang ustaz untuk melakukannya.

saya membacanya di sini http://cyberita.asia1.com.sg/rencana/story/0,3617,169795,00.html

Tanpa Nama berkata...

Wow ni yang terbaik .. but Adam tu ok ker??

Unknown berkata...

wow.berani nya..
nasib baik xder pape yg teruk berlaku... Adam tu okey x?

Tanpa Nama berkata...

"Terdapat satu babak di mana kami mendapatkan khidmat seorang ustaz untuk menghasilkan tulisan khat di dinding pintu masuk sel yang diduduki oleh Muzir (lakonan Zul Handy Black). Selepas ustaz tersebut menyiapkan tulisan khat dalam masa satu jam, kami pun memulakan penggambaran. Pada esok harinya apabila kami hendak membuat penggambaran di tempat yang sama (di mana tulisan khat itu dihasilkan), kami dapati yang tulisan khat tersebut telah hilang atau ghaib dibawah debu yang tebal melitupi dinding penjara tersebut", Azhari menceritakan salah satu pengalaman ketika menjalani penggambaran di dalam Penjara Pudu.

SUMBER :

http://www.tupai.com.my/2010/07/kenangan-penjara-pudu-dalam-filem.html

skaletone berkata...

wah..bagus lah sisipan abg mazidul..sampai saye pn terasa seram..cam sedang berada di penjara pudu

angel berkata...

abg mazidul...ingin tau pasal tulisan kat dinding tu?....kalau tulisan khat tu bekas lokasi pembikinan filem, kenapa tinggalkan begitu saja..puas cari pasal sejarah hitam pasal penjara tu tapi tak jumpa...

Unknown berkata...

fuhh korang mmg terbaikla..brann punya,baca je pon da berdebar2,,tapi tulisan dkt dinding tu mmg menarik apakah maksudnya?

kurosagi berkata...

tulisan khat tu ayat kursi~ siapa yang menulis, pun saya ingin tahu~
gambar tulisan penuh saya ambil dari screenshot mantra~ :)

http://25.media.tumblr.com/a5f22324ee807d487b44dd939e3552b7/tumblr_mtyn4jFKNA1qfw7i6o1_1280.jpg

persoalan saya :

#1 siapakah yang menulisnya ?
#2 apakah bentuk lukisan khat ini ? burung ke awan ke atau bentuk yang lain ?