Ikuti kisah terperinci hasil tinjauan kru Penyingkap Fakta di pelbagai lokasi menggerunkan masyarakat. ... lokasi didakwa berlaku pelbagai kejadian aneh atau penampakan entiti paranormal. Kami melangkah bersama, mengharung onak, duri dan sembilu , mendokumentasikan kenangan pahit manis namun disatukan oleh minat sama. Terima kasih kerana sudi singgah di sini.

Video Kes Paranormal

Sejak 2 bulan lalu, 666 telah menjalankan tinjauan ke pelbagai lokasi. Selain gambar pegun, video juga dirakamkan kru kami.

Setiap video dirakamkan 'as it is', olahan dilakukan tanpa skrip untuk memelihara keaslian situasi pada ketika itu.

Kepada pembaca belum berpeluang menyaksikan video tinjauan awal di Bukit Darah, Sungai Buloh, Selangor, klik di sini.

Manakala di lokasi tidak dapat kami dedahkan, kejadian ganjil berlaku.

Kru 666 meletakkan motion sensor di hadapan pokok ara berusia ratusan tahun dan ganjilnya, alat itu berbunyi tanpa henti biarpun melalui mata kasar, tiada pergerakan dikesan.

Saksikan video itu di sini.

2 video terbabit saya rakam menggunakan kamera Canon Power Shot G12. 

Ahli Pengembaraan Alam Ghaib juga turut merakamkan video berikut sewaktu tinjauan di Highland Towers.

Untuk pengetahuan pembaca, kru 666 juga mengkompilasikan visual setiap tinjauan kami lakukan. Pada masa bersesuaian, video terbabit akan dipaparkan di blog ini.