Ikuti kisah terperinci hasil tinjauan kru Penyingkap Fakta di pelbagai lokasi menggerunkan masyarakat. ... lokasi didakwa berlaku pelbagai kejadian aneh atau penampakan entiti paranormal. Kami melangkah bersama, mengharung onak, duri dan sembilu , mendokumentasikan kenangan pahit manis namun disatukan oleh minat sama. Terima kasih kerana sudi singgah di sini.

GAMBAR HANTU KE INI? (LANGSUNG DARI PWTC)

"Gambar hantu ke ini?"

Itu soalan favourite dikemukakan kepada kru 666 bermula jam 10 pagi tadi di gerai 3165, Aras 3, Dewan Tun Razak, PWTC, Kuala Lumpur.


"Kami tidak pernah melihat hantu jadi kami panggil sebagai entiti paranormal. Kami bukan ghost hunters, ilmu tidak tinggi untuk memburu hantu," jelas Razali.

Jam 11.15 pagi tadi kami dikunjungi pembaca blog dari Shah Alam, Selangor, Mas.

"Saiz L ok," cadang Razali.

Mas datang bersama ibu dan 2 ibu saudaranya membeli minyak Kasturi Syifa' dan baju Penyingkap Fakta.


Tepat jam 12 tengah hari Azree, Asyraf dan Atoi tiba di gerai.


Ustaz Aznil dan Musleh menjalankan rawatan menggunakan kaedah Islam di lokasi sama secara percuma.


Kasturi Syifa' juga melancarkan produk terbaharu, Madu Syifa' dengan harga RM45. Harga asal RM48.90 jika dibeli di luar PWTC.


Selamat datang ke hari kedua terakhir Halal Fiesta 2011. Jangan lupa bertemu kru 666 dan perawat Kasturi Syifa' hari ini sehingga jam 7 malam.

0 Komen :