Ikuti kisah terperinci hasil tinjauan kru Penyingkap Fakta di pelbagai lokasi menggerunkan masyarakat. ... lokasi didakwa berlaku pelbagai kejadian aneh atau penampakan entiti paranormal. Kami melangkah bersama, mengharung onak, duri dan sembilu , mendokumentasikan kenangan pahit manis namun disatukan oleh minat sama. Terima kasih kerana sudi singgah di sini.

JIN TERBANG

"Bang, EMF meter berbunyi dan bacaan mencecah maksimum," ujar Azree melalui walkie-talkie.

Saya dan Boy kemudian bergegas menuju ke pondok pengawal keselamatan di pintu masuk ke Hutan Lipur Ulu Bendul, Kuala Pilah, Negeri Sembilan.


"Tadi saya lalu di sini, EMF memang berbunyi, selepas itu bila saya lalu sekali lagi, sudah tidak ada," terang Asyraf.


"Saya tidak pernah terjumpa benda ganjil di sini tetapi anggota polis peronda pernah terdengar bunyi macam suara perempuan mengilai," ujar pengawal keselamatan kami temui.

Kru 666 kemudian merekodkan visual di lokasi sama.


Jam 12.30 malam, semua kru, Penyingkap Fakta, ustaz Zaharuddin dan pembantu beliau bergerak ke Bukit Putus.


Jalan berbengkang bengkok bak ular dipalu kami susuri secara berhati-hati dan setiap kenderaan dibekalkan walkie-talkie untuk memudahkan sistem perhubungan.

"Kita pergi ke kawasan sekitar tengkolok dahulu," ujar Azree.

Menurut penduduk di sekitar, pocong didakwa pernah muncul di kawasan mercu tanda replika 'Dastar dendam tak sudah' terbabit.


"Bro, macam mana?," tanya Razali menaiki kenderaan bersama saya.

"Kita pergi ke pokok dahulu," balas saya.

Beberapa pemandu lori saya temubual di pekan Kuala Pilah beberapa tahun lalu mendakwa pernah terserempak lelaki tanpa kepala bersandar di perdu pokok sambil menjerit meminta tolong.

"Kalau dia tidak ada kepala macam mana dia mahu menjerit?"

Itu antara soalan saya kemukakan kepada pemandu lori berbangsa Cina sebelum ini.

"Saya bawa itu lori, jalan bukit, lori slow. Tiba-tiba saya dengar serupa bunyi orang minta tolong. Tolong! Tolong! Tolong! Saya kasi slow itu lori, bila berhenti, nampak orang sana pokok bawah duduk tetapi dia punya kepala tidak ada," ujarnya.

Apapun, itu hanya sekadar dakwaan, tiada bukti bergambar atau rakaman audio.

Berikut pokok dimaksudkan pemandu terbabit.


Tanpa keraguan, semua kru melangkah menuju pokok terbabit didahului pasangan adik-beradik Asyraf dan Azree bersama rakan baik mereka, Atoi.

Turut bersama mereka, kru Penyingkap Fakta, Ishak Omar dan pelajar doktor falsafah, Ezza Rafedziawati Kamal Rafedzi atau lebih dikenali sebagai 'Jet The Brutal'.


"Petang tadi masa kita orang recee, tidak ada angin, dahan pokok itu tiba-tiba bergoyang macam ada monyet bergayut dan menggegarkan dahan walhal tidak ada," jelas Azree.


"Dahan mana satu?," soal saya.

"Dahan itu!," celah Jet.


Saya perhatikan gelagat Ishak dan Jet. 

Hemat saya, kedua mereka berani dan memiliki kualiti diperlukan untuk melakukan tinjauan ke kawasan didakwa 'keras' oleh masyarakat.

Seperti kru 666, mereka juga ringan tulang dan suka membantu rakan lain di samping mempunyai minat tinggi mengkaji bidang paranormal.


Tiada kenderaan lalu di kawasan gelap hanya diterangi cahaya lampu suluh kami.

"Untung kita orang petang tadi sebab dapat menengok kejadian secara live," ujar Jet.

Kejadian dianggap pelik, dahan bak digegarkan tanpa pelaku itu pasti akan terpahat di memori setiap mereka berpeluang menyaksikannya.

Saya perhatikan, ustaz Zaharuddin juga tidak melepaskan peluang keemasan merakamkan gambar kawasan sekitar. Barangkali semangat beliau dibakar berikutan kejayaan guru itu merekodkan gambar entiti paranormal tidak dapat dikenal pasti sehingga ke saat tampalan ini ditulis.

Klik di sini untuk melihat imej terbabit.


"Abang Mazidul, rasanya macam saya dapat rakamkan gambar sesuatu," kata ustaz berusia 32 tahun itu.

"Di mana ustaz rekodkan gambar tadi?," soal saya.

Beliau kemudian menunjukkan lokasi tepat imej dirakamkan.

"Kalau kita tengok, macam gambar orang berdiri," celah beliau sambil memegang erat kamera Nikon D90 miliknya.

Pantas Ishak menghalakan kameranya ke sasaran dimaksudkan, saya juga bertindak sama.


"Oh! Itu gambar daun pisang bila terkena cahaya flash," jelas Ishak.


Mungkin Ishak tidak menyedari hakikat, dia telah mengimplementasikan teknik 'debunking'. Teknik terlebih dahulu menyelidik setiap kejadian menggunakan deria asas manusia tanpa membuat kesimpulan secara semberono mengaitkan setiap gambar atau kejadian dengan kehadiran entiti paranornal.

Ketika itu Atoi dan Razali sibuk menggunakan jangkasuhu infrared dan alat perakam audio parabola.


 "Suhu normal bang, dalam 72 darjah Fahrenheit," lapor Atoi.


Razali kelihatan teliti dengan tugasan dilaksanakan.


Tiada sebarang imej ganjil dirakamkan di lokasi pertama dan tepat jam 1.15 pagi, kami bergerak ke lokasi seterusnya.

"Di situ kawasan pocong selalu kelihatan"

Itu antara dakwaan orang ramai sebelum ini.

Kami tiba di lokasi terbabit tepat pada jam 1.21 pagi. Ishak antara kru paling pantas meluru keluar dan merakamkan gambar.


Biarpun jam tangan saya menunjukkan hampir jam 2 pagi namun semangat kru masih membara. Mereka meninjau tanpa perasaan jemu walaupun saya menjangkakan tubuh majoriti mereka mulai berasa penat.


"Take five bang," cadang Zaki.

Spontan, semua kru, wakil Kasturi Syifa' dan kru Penyingkap Fakta selamba duduk di atas jalanraya.


"Simpati menengok semua, menunggu pocong tidak muncul," usik saya.

Mereka tertawa.


Suasana di sekeliling sunyi sepi dan gelap gelita manakala suhu di lokasi sama terasa agak dingin. Kawasan dikata menyeramkan itu kelihatan tidak ubah bak taman rekreasi. Bezanya, cuma tiada tikar untuk digunakan sebagai alas tempat duduk dan tiada makanan enak dihidangkan.

Mereka bangun awal pagi untuk berkumpul di Petaling Jaya dan selepas 19 jam bergerak tanpa henti, pastinya tenaga semakin berkurangan untuk memacu fizikal. Mengejutkan, tiada siapa mengeluh.

Selepas menghilangkan penat lelah, kami semua beredar ke lokasi ketiga, Sungai Ulu Bendul.


Beberapa minit kemudian sebaik tiba di lokasi, kami terlihat kenderaan polis.

"Polis membuat tinjauan memastikan kawasan ini selamat, lagi pun ada satu group lain berkhemah selain daripada kita," ujar Razali.


Langkah kami teruskan.

"Di sinilah tiga kanak-kanak maut akibat dihanyutkan kepala air," kata Boy bercakap di hadapan kamera.

Alfee membuat rakaman.

Saya teruja buat seketika melihat gelagat kru bakal menjadi ayah dalam tempoh kurang 5 bulan itu. Lazimnya Boy bersifat pendiam tetapi kemahiran dia bercakap dan ketegasan suaranya membuatkan dia kelihatan tidak ubah seperti wartawan penyiaran berpengalaman.


Deruan sungai berair cetek itu jelas kedengaran. Setiap kru melangkah menuju kearah hulu sungai tetapi sebelum ini sempat berhenti memerhatikan pohon besar di tebing sungai.

Berikut kisah pohon terbabit, pernah saya nukilkan di sini.

Untuk rekod, mayat kanak-kanak berusia paling muda terbabit, tidak ditemui sehingga ke hari ini.


"Di hadapan sebelah kiri, itu lokasi budak-budak perempuan terkorban itu mandi dan kemudian dihanyutkan air deras," ujar saya kepada semua.

Kedua kaki saya mulai terasa sakit untuk melangkah namun melihatkan semua kru masih terus bergerak, saya cuba mengagahkan semangat dan tubuh untuk terus bersama mereka.


"Di sinilah, budak-budak itu dilaporkan mandi sebelum dihanyutkan oleh kepala air," jelas saya kepada semua.

 
Baca kisah tragedi itu di sini.


Tinjauan kami teruskan.


Semalam, Azree menghubungi saya melalui Facebook dan memaklumkan informasi berhubung gambar di bawah.


Setelah gambar sama diterangkan, berikut hasilnya.


Tinjauan ditamatkan sebelum jam 3 pagi.


Alhamdulillah, tiada kejadian tidak diingini berlaku.

Boy hanya mengusik kru 666, Alfee, tidur akibat kepenatan.

Sepatutnya semua kru berehat dan tidur di dalam 7 khemah didirikan sejak awal ketibaan kami di lokasi. Khemah hanya tinggal khemah.


Fakta sebenar ...


... dan berikut gambar mereka sebaik bangun tidur berjaya saya rakamkan!


Yup! 'Jin' ini memerlukan karpet terbang!

8 Komen :

Adam Vai berkata...

Gambar terakhir tu yang paling best sekali. Ini dah jin Power Root 'Super Power!'

lynnepu3gp berkata...

smti...hehe....memula mcm suspen jek tgok...bila dah tiba ker gamba2 terakhir tuh...tersenyum sendiri...tahniah suma..thumbs up to all of u.. !! :)

sW33tdARLiNG berkata...

SMTI

Musafir Bumi berkata...

Ustaz Din pun ada...panel perawat kasturi syifa'...

kakcik berkata...

SMTI.

nadie berkata...

SMTI...

syu berkata...

Khabarnya ada makam lama milik keturunan Tuan Tulis di kawasan kebun getah jauh ke dalam lagi dari tempat yang team PF666 tunjukkan nih.

i see something...abg cuba tgk kat gambar 02/10/2011 01:56 ... someone pakai baju putih berambut panjang celah pokok...samar je...