POKOK PELIK UPDATED
Kira-kira jam 1 pagi tadi, 13 kru 666 dan Penyingkap Fakta, Jet, berkunjung ke Seksyen 24, Shah Alam, Selangor seperti dirancang.
Lokasi sasaran, kawasan di sekitar Sekolah Menengah Kebangsaan Seksyen 24 (2).
Beberapa minit menyusuri lorong gelap di luar pagar di bahagian belakang sekolah terbabit, langkah kru terhenti.
"Bacaan EMF naik, 1 milligaus," Asyraf bersuara.
Asyraf dan alat pengesan medan elektromagnetik, EMF, itu sudah begitu sinonim. Dalam setiap tinjauan disertainya sebelum ini, jarang benar dia berpisah dengan alat terbabit.
Untuk rekod, meter EMF akan berbunyi apabila bacaan mencecah 1.5 milligaus. Menurut teori pengkaji kes paranormal, jika tiada sumber elektrik berarus terus atau ulang alik di kawasan sekitar, bacaan di antara 1.5 dan 5 milligaus dianggap isyarat jelas kehadiran entiti paranormal.
"Hairan, bacaan naik di atas," ujar abang Asyraf, Azree.
Semua kru bergegas dan berkumpulan di kawasan sama. Atoi seperti biasa tidak lekang dengan alat perakam suara parabolik manakala kru tetap terbaru 666, Ishak Omar, menggunakan infrared thermometer.
"Suhu menurun 65 perpuluhan lapan Fahrenheit, 65 perpuluhan kosong," kira Ishak.
Pada waktu sama, Asyraf menghampiri batang pokok dan bacaan meter EMF semakin meningkat.
"Sampai 5 milligaus, maksimum," kata Asyraf tenang.
Suhu asas di sekitar dianggarkan dalam lingkungan 78°F seperti direkodkan oleh Ishak sebelumnya.
Menurut theori paranormal, penurunan suhu secara mendadak melebih 10°F, petanda jelas kehadiran entiti. Dalam kes ini, suhu menurun lebih 13°F. Lazimnya entiti paranormal dikatakan menyerap haba di kawasan sekitar sebagai sumber tenaga untuk memunculkan diri sekaligus mengakibatkan penurunan suhu, cold spot, di kawasan sama.
Asyraf kemudian melekatkan sensor EMF ke batang pokok.
'Asyraf macam doktor oooooooooo ... check degupan jantung," usik Razali.
Biarpun berada dalam keadaan keliru, majoriti kru masih mampu tersenyum dengan gurauan itu.
Abang sulung Asyraf, Alfee, tidak berhenti merakamkan visual menggunakan kamera video. Manakala semua kru berada di sekeliling Asyraf kelihatan terus kehairanan dengan kejadian berlaku.
Jet juga tidak ketinggalan merakamkan gambar di lokasi sama. Kru Penyingkap Fakta juga pelajar PhD itu sejak awal lagi menunjukkan minat mendalam dalam tinjauan kes paranormal.
Setakat ini keberanian dan ketenangan jiwa Jet tidak mampu disangkal.
Jam 1.03 pagi, kami bertemu remaja menunggang motosikal datang dari arah kawasan perumahan berhampiran.
"Tinggal di sini ke?," tanya saya.
"Ya," ujarnya.
"Ada ke kejadian pelik berlaku di kawasan ini?," soal saya kepada remaja berusia 20 tahun itu.
"Ada. Masa saya lepak dengan kawan-kawan dekat sini, kami pernah terdengar macam suara perempuan mengilai di padang itu," balasnya.
Berikut gambar padang dimaksudkannya.
Adam, Zaki, Ashraff dan VJ kemudian bergerak ke lokasi di hadapan sekolah untuk melakukan tinjauan.
Melalui pandang mata kasar, kami gagal mengesan kabel elektrik di sekitar pokok diperiksa berkemungkinan mempengaruhi bacaan meter EMF. Jika bekalan elektrik disalurkan melalui kabel di bawah tanah, mengapakah bacaan meter terbabit meningkat sebaik sensor diletakkan di atas permukaan kulit pokok?
Itu antara persoalan bermain di minda kami semua.
"Lebih pelik, bacaan meter tinggi, tetapi boleh hilang tiba-tiba," rumus Asyraf.
Tiba-tiba pada jam 1.25 pagi ...
"Bro, ada masalah sikit," kata Razali.
Spontan saya memeriksa telefon bimbit di dalam beg galas, dua missed calls, panggilan Adam dan Ashraff. Tanpa berfikir panjang, semua kru bergegas menuju ke kawasan di hadapan sekolah.
Hati tertanya-tanya, apakah masalah dihadapi kru 666?
Bersambung DI SINI
3 Komen :
apa masalah itu?.... tetap menunggu..
alamak...suspen neh.....
Apa yang berlaku selepas ni yang tak boleh blah ni..
Catat Ulasan