KRU 666 KINI MEMILIIKI S-KRU
Kita pergi ke Pusat Akuatik Awam di Presinct 5," ujar Azree.
Jam tangan saya menunjukkan pukul 5.17 petang.
Kamera Nikon D60 tergantung di lehernya. Saya dan Razali percaya, sebelum ini kamera itu jarang dibersihkan, kini tersimpan rapi di dalam bekasnya sebelum dikeluarkan.
Kekadang sesuatu kejadian tidak diduga mampu membakar semangat kita untuk lebih menyayangi harta milik kita, biarpun sudah lama.
Tujuan kami, berkongsi informasi bersama masyarakat berhubung kes paranormal berjaya disingkap. Pada masa sama, kami terbuka menerima pandangan pembaca.
Keluarga di bawah bertemu kami dan membeli minyak wangi Kasturi Syifa'.
Pelanggan, kakitangan Kementerian Belia dan Sukan juga tidak melepaskan peluang mendapatkan minyak wangi sama.
Selepas Maghrib, kami bertemu orang ramai di hadapan Masjid Putrajaya.
Azree dan Razali terus bersemangat, menerangkan antara kegiatan kru 666 kepada mereka berminat.
Boy datang ke lokasi bersama isteri tersayang, mengandung cahaya mata pertama juga turut berkongsi maklumat bersama pengunjung.
Keluarga kru 666 juga berada di lokasi sama.
Walaupun usia 666 masih mentah, kru kami sudah memiliki 'skru'.
"Danish, screw," katanya kepada Razali.
Namanya Danish Miqail Razali, berusia 8 tahun dan dia ternyata amat meminati kegiatan kami jalankan. Danish pernah menjelaskan kepada ibu bapanya, 'screw', skru, bermaksud small crew, kru kecil kami.
"Bro, dua kali dia mencuba baju Penyingkap Fakta tetapi menggelebeh sebab saiz badan dia masih kecil. Masa sebelum datang ke Putrajaya tadi pun dia pakai sekali lagi," ujar Razali kepada saya.
Saya mengkagumi semangat anak kecil ini biarpun kekadang pergerakannya tidak mampu diduga dek akal.
Perhatikan gambar di bawah, dia hampir berada di mana sahaja.
Dalam gambar di atas, Danish berdiri di sudut sebelah kanan bawah.
"Boleh Danish menjerit, beli baju! beli baju!?," soalnya kepada Razali.
Jelas, dia terlalu kepingin untuk melihat baju Penyingkap Fakta dipakai oleh orang ramai biarpun dia sendiri tidak berpeluang memakai baju dijual dengan harga RM25 sehelai itu.
Hebatnya cara pemikiran dan tindakan anak kecil itu.
Hebatnya cara pemikiran dan tindakan anak kecil itu.
Kami juga mempunyai skru comel, anak Azree.
Dania petah berkata-kata dan pada awalnya agak pemalu tetapi tidak selepas kami bertemu buat kali kedua.
Sedang Danish dan Dania bermain di lokasi sama, ayah mereka sibuk melayan pengunjung mengemukakan pelbagai soalan berhubung peralatan sokongan digunakan oleh kru 666.
Sekalung penghargaan kepada semua sudi bertemu kami.
1 Komen :
huhu...jauh la...klu dkt..mesti sya dtg utk support...huhu...
Catat Ulasan