Ikuti kisah terperinci hasil tinjauan kru Penyingkap Fakta di pelbagai lokasi menggerunkan masyarakat. ... lokasi didakwa berlaku pelbagai kejadian aneh atau penampakan entiti paranormal. Kami melangkah bersama, mengharung onak, duri dan sembilu , mendokumentasikan kenangan pahit manis namun disatukan oleh minat sama. Terima kasih kerana sudi singgah di sini.

Pocong Bersih?

Hari ini akhbar Harian Metro menyiarkan berita kemunculan entiti digelar pocong di Taman Jasmin, Senawang, Negeri Sembilan.

Berikut gambar disiarkan oleh akhbar sama.


Melihat gambar kain putih bersih, ramai berpendapat entiti itu kelihatan terlalu bersih. 

Kru 666 sedang menanti informasi terkini bakal disalurkan oleh kenalan menetap di sebelah taman terbabit. Jika kes itu disahkan sahih, 666 akan menghantar kru ke lokasi untuk menjalankan tinjauan sekaligus cuba merekodkan gambar entiti itu.

Jika benar dakwaan, entiti mampu dilihat menggunakan mata kasar, lazimnya tiada masalah untuk dirakam menggunakan lensa kamera pegun atau video.

Jika pembaca mempunyai maklumat tepat, sila kongsikan bersama kami di ruang komen atau hantarkan emel kepada mazidulakmal@yahoo.com.

10 Komen :

gadisBunga berkata...

SMTI

amaniammar berkata...

salam..

cam lain je .....
xkan ikat cam gitu...

Panglima Api berkata...

Uiks pocong ni...pandai dia lipat kain dia kan...tgk pada keseluruhan kain, mungkin kain itu baru sahaja dipakaikan...pastu, pocong tu blackbell ye...hurmm.....nilai la sendiri mcmmane...adakah ini sekadar gambar hiasan? info memberi tahu ini sekadar gambar hiasan sahaja...

kakcik berkata...

(-__~) SMTI

lynnepu3gp berkata...

erkkk?? ni prank ker aper?

Adam Vai berkata...

Bersihnya kain kapan mayat ni. Belum sempat nak kuburkan dalam liang lahad ke? Heehee

sW33tdARLiNG berkata...

nampak macam batang kayu yang terpacak dibalut dengan kain putih

eXception berkata...

stooopid punya pocong...

sudah terang lagi bersuluh, mengikut pengalaman saya, saya pernah berdepan dengan makhluk halus yang dinamakan "casper" di gunung jerai...bentuknya seperti ini tetapi tidaklah nampak seperti gambar diatas yang kita boleh nampak kain baru sahaja buka dari lipatan, nampak sangat lah ini hanya buatan manusia, apa yang saya nampak pada casper tersebut, bentuknya bujur panjang, nampak seperti kabur2 asap, mukanya putih mata hitam, kemudian makhluk itu terus turun tangga lajunya sperti kilat...
itu sahaja yang saya dapat kongsikan...
gambar di atas hanyalah tipu bagi saya

nadie berkata...

tunggu PF666 singkap kebenarannya...