666 Di Majalah Dan Televisyen
Saya percaya, jika kita berkongsi informasi berbentuk fakta bersama masyarakat, ilmu itu bak pohon rendang, mampu dijadikan tempat berteduh. Dalam erti kata lain, fakta disingkap boleh dijadikan rujukan pelbagai pihak.
Ilmu, satu kekuatan mampu kita gunakan untuk menghindar masyarakat dari terus diselubungi misteri tidak pasti kesahihannya.
666 teruja, dalam tempoh singkat pelbagai pihak sudi bekerjasama dan memberikan sokongan terhadap usaha kami laksanakan. Hanya Allah mampu membalas jasa kalian.
Kru 666 ingin merakamkan penghargaan kepada Pengarang majalah BICARA, Yusri Yamin kerana sudi memperuntukkan ruang liputan berhubung tinjauan dan kajian bebas dijalankan kru kami. Bingkisan itu bakal dikongsikan bersama pembaca majalah terbabit edisi September 2011.
Pada usia mentah, liputan sulung mengenai 666, satu keajaiban.
Pada masa sama, stesyen televisyen bernaung di bawah Media Prima Berhad, NTV7 melalui program MagSeven, disiarkan pada hari Ahad, 14 Ogos 2011, jam 3.30 petang bertajuk 'On trail with the mythbusters' akan menyiarkan liputan tinjauan 666 bersama wartawan, Izzul Iswat Mohd Azman kedua lokasi berbeza.
Usah lepaskan peluang menonton slot ordinary people doing extraordinary things itu.
Usah lepaskan peluang menonton slot ordinary people doing extraordinary things itu.
Terima kasih kepada media elektronik dan cetak kerana sudi memberikan ruang kepada 666 untuk menyingkap fakta bersama pembaca dan penonton mereka.
13 Komen :
terbaik!
Alhamdulillah. Nampaknya segala usaha krew kita untuk menyingkap fakta yang sebenar ini mendapat sambutan yang baik daripada masyarakat umum.
Assalamualaikum,
Tahniah!
tarikh kt majalah tu september 2001
Tahniah. Makin bersemangat la krew 666 bekerja ye
tahniah......
tahniah....
Tahniah!! sebenarnye ramai je yang minat nak buat ape yg crew 666 buat..tinggal takde keyakinan or kurang pengetahuan je...hehehehe...mari kita support crew 666!! YOU ALL DOING GREAT BRO!!!!!
tahniah..!!! tumpang gembira...:)
SMTI
Tahniah..Berkat Ramadhan tue bang
T A H N I A H!
Bang, saya terbaca pasal mat motor yg x pakai helmet kt hulu langat. ni nak bagi tau, kalau abang pegi kt pekan meru, abang boleh tengok lebih banyak maslah yang sama. more worst then hulu langat tu.klu boleh abang datang & survey sendiri...
Catat Ulasan