Ikuti kisah terperinci hasil tinjauan kru Penyingkap Fakta di pelbagai lokasi menggerunkan masyarakat. ... lokasi didakwa berlaku pelbagai kejadian aneh atau penampakan entiti paranormal. Kami melangkah bersama, mengharung onak, duri dan sembilu , mendokumentasikan kenangan pahit manis namun disatukan oleh minat sama. Terima kasih kerana sudi singgah di sini.

666 Di Majalah Dan Televisyen

Saya percaya, jika kita berkongsi informasi berbentuk fakta bersama masyarakat, ilmu itu bak pohon rendang, mampu dijadikan tempat berteduh. Dalam erti kata lain, fakta disingkap boleh dijadikan rujukan pelbagai pihak.

Ilmu, satu kekuatan mampu kita gunakan untuk menghindar masyarakat dari terus diselubungi misteri tidak pasti kesahihannya.

666 teruja, dalam tempoh singkat pelbagai pihak sudi bekerjasama dan memberikan sokongan terhadap usaha kami laksanakan. Hanya Allah mampu membalas jasa kalian.

Kru 666 ingin merakamkan penghargaan kepada Pengarang majalah BICARA, Yusri Yamin kerana sudi memperuntukkan ruang liputan berhubung tinjauan dan kajian bebas dijalankan kru kami. Bingkisan itu bakal dikongsikan bersama pembaca majalah terbabit edisi September 2011.


Pada usia mentah, liputan sulung mengenai 666, satu keajaiban.

Pada masa sama, stesyen televisyen bernaung di bawah Media Prima Berhad, NTV7  melalui program MagSeven, disiarkan pada hari Ahad, 14 Ogos 2011, jam 3.30 petang bertajuk 'On trail with the mythbusters' akan menyiarkan liputan tinjauan 666 bersama wartawan, Izzul Iswat Mohd Azman kedua lokasi berbeza.

Usah lepaskan peluang menonton slot ordinary people doing extraordinary things itu.

Terima kasih kepada media elektronik dan cetak kerana sudi memberikan ruang kepada 666 untuk menyingkap fakta bersama pembaca dan penonton mereka.

13 Komen :

Musafir Bumi berkata...

terbaik!

Adam Vai berkata...

Alhamdulillah. Nampaknya segala usaha krew kita untuk menyingkap fakta yang sebenar ini mendapat sambutan yang baik daripada masyarakat umum.

anyss berkata...

Assalamualaikum,
Tahniah!

Keranda-7 berkata...

tarikh kt majalah tu september 2001

pali at blog berkata...

Tahniah. Makin bersemangat la krew 666 bekerja ye

lan_Remp_it berkata...

tahniah......

lan_Remp_it berkata...

tahniah....

izz berkata...

Tahniah!! sebenarnye ramai je yang minat nak buat ape yg crew 666 buat..tinggal takde keyakinan or kurang pengetahuan je...hehehehe...mari kita support crew 666!! YOU ALL DOING GREAT BRO!!!!!

lynnepu3gp berkata...

tahniah..!!! tumpang gembira...:)

Asrul Hisyam berkata...

SMTI

adiratno berkata...

Tahniah..Berkat Ramadhan tue bang

T A H N I A H!

Tanpa Nama berkata...

Bang, saya terbaca pasal mat motor yg x pakai helmet kt hulu langat. ni nak bagi tau, kalau abang pegi kt pekan meru, abang boleh tengok lebih banyak maslah yang sama. more worst then hulu langat tu.klu boleh abang datang & survey sendiri...