Ikuti kisah terperinci hasil tinjauan kru Penyingkap Fakta di pelbagai lokasi menggerunkan masyarakat. ... lokasi didakwa berlaku pelbagai kejadian aneh atau penampakan entiti paranormal. Kami melangkah bersama, mengharung onak, duri dan sembilu , mendokumentasikan kenangan pahit manis namun disatukan oleh minat sama. Terima kasih kerana sudi singgah di sini.

Telaga 7

"Farid, tolong agihkan kurma, Liza blogger minta berikan kepada kru 666," pinta saya.

Semua kru berkumpul di Kota Damansara, Petaling Jaya, Selangor kelihatan gembira.


Lihat Azree Pengembaraaan Alam Ghaib, tersenyum lebar.

Selain berniaga pakaian secara online, Liza juga sekian lama memasarkan kurma pelbagai jenis kepada pelanggan.

'Bila keluar malam, sejuk. Kalau makan kurma, panas sikit badan'.

Itu antara pesanan ringkas pernah dihantar Liza kepada saya sebelum ini. Terima kasih diucapkan, bak kata pepatah Melayu, orang memberi kita merasa.

Tepat jam 12.22 malam, kru 666 tiba di Telaga Tujuh, di Serendah, Selangor bersama wartawan majalah Bicara, Yusri Yamin dan beberapa kenalannya.

Berikut antara gambar terawal saya rakamkan sebaik tiba di lokasi terbabit.


Mitos mengatakan, telaga terbabit kononnya menjadi tempat mandi puteri kayangan seperti diceritakan sejak zaman berzaman.

Hakikatnya, struktur itu dibina bertujuan mengelakkan kawasan sekitar dilanda banjir sewaktu air naik. 

Melihatkan keadaan aliran air kotor dan 'telaga' dipenuhi sampah sarap, saya percaya tiada puteri kayangan sanggup mencemarkan diri, mandi sedangkan manusia biasa dilarang berbuat begitu.

"Mengikut cerita, pernah ada orang ternampak kelibat putih di kawasan ini," ujar Yusri.

Ketika itu kami semua berada di wakaf berhampiran empangan di bahagian hilir.


Tanpa berlengah, kamera pengesan pergerakan dipasang oleh Farid dan Zaki.


Pada masa sama, Atoi bersedia merakamkan audio menggunakan Parabolic Voice Recorder. Manakala Alfee memastikan setiap kejadian dirakamkan oleh kamera videon dikendalikannya.

Ashraff pantas mencapai Infrared Thermometer dan bersedia melaksanakan tugasnya, menyukat suhu sekeliling.


Rahmat selaku ketua pasukan peninjau kemudian mengambil tempat, duduk di bawah wakaf bersendirian. Pergerakan kami diperhatikan perawat perubatan Islam, Norhasrul Mohd Hassan, 31 tahun dan rakannya.


Rahmat duduk berseorangan kira-kira setengah jam bermula pada jam 1 pagi.


Dalam tempoh itu, kru 666 mengambil peluang berbincang bersama Yusri dan beberapa perawat kaedah tradisional sudi menyertai kami pagi tadi.


Jam 1.33 pagi, kru 666 menghampiri Rahmat.

"Tak ada apapun," jelasnya.

Atoi dan Ashraff dilengkapi Parabolic Audio Recorder dan Infrared Thermometer tidak mengesan bunyi ganjil dan tiada penuruan atau kenaikkan suhu secara drastik berlaku di kawasan sasaran.


"Tadi masa hendak datang ke sini, saya bertanya kepada polis, dia orang kata ada tempat berkelah tidak jauh dari sini, ramai orang mati lemas, sedangkan air di kawasan itu cetek," terang Ashraff kepada kru 666.

Cadangannya diterima.

Setelah melintas perkampungan orang asli, pada jam 2.07 pagi, kami tiba di Air Terjun  Serendah.


"Di sinilah ramai orang mati lemas," kata Yusri.

Berikutan pergerakan tidak begitu terancang, tiada statistik tepat kes diperolehi berhubung dakwaan itu.

Waktu itu teman bersamanya tiada di lokasi sama. Mereka membuat keputusan hanya menunggu di tempat parkir kenderaan.


Terus-terang, saya langsung tidak berasa seram ketika berdiri di lokasi sasaran, cuma wajah  terasa basah terkena butiran air terjun di awal pagi

"Kita tidak boleh meletakkan kamera di sini, mesti basah, tersilap langkah boleh rosak," bisik Rahmat.


Semua kelengkapan kemudian dipasang di kawasan dipilih dan dipersetujui ramai. Kawasan di seberang sungai, gelap dan berhampiran hutan di tebing sungai.


Pelbagai percubaan dilakukan Hasrol dan rakan untuk cuba 'memanggil' entiti di lokasi agar memunculkan diri, usaha itu tidak berhasil.

Tiada rakaman visual dan audio menarik berjaya diperolehi.


Jam 3 pagi, biarpun masih bertenaga, kami beredar dari kawasan terbabit setelah semua bersalaman mengucapkan selamat Hari Raya Aidil Fitri.


Kru 666 mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan selamat menyambut hari lebaran kepada semua pembaca. 

Kita bertemu kembali dalam tinjauan seterusnya. 

10 Komen :

Tanpa Nama berkata...

salam krew 666. saya adalah penduduk di serendah. untuk pengetahuan krew 666,kawasan mati lemas di air kawasan air terjun tu adalah di bahagian tepi air terjun kerana air di situ berpusar. tapi tu dulu. sebelum kawasan tersebut belum di naik taraf. sekarang dah tiada lagi kes mati lemas. saya ingin mencadangkan supaya krew 666 ke daerah kuala sel. disitu banyak bangunan di tinggalkan. misalnya di bkt minyak di bestari jaya, resort tinggal berhampiran kg kuantan di kuala selangor, bkt melawati di kuala selangor.

TrooperXRS berkata...

urm .. saya tak fham lah, kenapa krew 666 terus menyingkap benda ni semua di bulan ramadhan? bukan ke syaitan tidak ada pada bulan ramadhan ? urm... musykil ni ..

Az_PAG berkata...

apabila kru 666 bersatu.. memang seronok! tak terkata... ;) apa-apa pun.. selamat hari raya aidilfitri kepada semua kru 666 dan fact finders..

Alhamdulillah.

Tanpa Nama berkata...

teruskan lagi...

Unknown berkata...

Trooper, 666 juga hairan kerana awak tidaka mengetahui, syaitan diikat, jin tidak.

lynnepu3gp berkata...

selamat hari raya... :)

Luqizwa berkata...

memang masih ada lagi pusaran air yang menarik sesiapa yang mandi di tepi air terjun tu.. saya sudah 2 kali menyelamatkan abg ipar dan adik ipar saya dari lemas di pusaran air terjun tu.. ada sesuatu yang perlu di kaji disitu.. bila pulang ke rumah saya terasa macam nak demam.. kejadian berlaku pada pukul 5.30ptg 16/10/2011

puas x!!! berkata...

sokong kata anymous tu... cube la dkt kawasan bukit minyak bestari jaya... tu dulu kwsan penempatan pekerja lombong... skang dh xde sape tinggal so mmg seram la kwsan dkt situ walaupun ad msjd lame... mmg seram gila... sy anak jati kwsan situ.... hehehe nk join blh x?? hahaha

tarzan berkata...

ada satu kwsn air terjun di kuala klawang yg misteri dan penduduk setempat akan mengelak dr berada di kwsn tersebut slps maghrib..utk pergi kesana memerlukan perkhidmatan 4wd..penduduk disitu maklum perkara tersebut..