Ikuti kisah terperinci hasil tinjauan kru Penyingkap Fakta di pelbagai lokasi menggerunkan masyarakat. ... lokasi didakwa berlaku pelbagai kejadian aneh atau penampakan entiti paranormal. Kami melangkah bersama, mengharung onak, duri dan sembilu , mendokumentasikan kenangan pahit manis namun disatukan oleh minat sama. Terima kasih kerana sudi singgah di sini.

666 Di Majlis Triton Tuners Club Malaysia

Semalam 8 kru 666 berada di Shah Alam, Selangor, menghadiri majlis anjuran Triton Tuners Club Malaysia.


Untuk rekod, kelab terbabit meraikan sekumpulan anak yatim dengan kerjasama Mitsubishi Motors dan sekaligus meraikan kemasukan ahli ke 105.


Berkebetulan ahli terbaru kelab itu, Badrul Hisham Yusof,  rakan sekolah saya sewaktu berada di darjah satu.


"Rasanya ada kira-kira 20 tahun kita tidak berjumpa," ujar Badrul, 44 tahun, lengkap berbaju Melayu. 

Beliau anak kepada 4 anak berusia di antara 7 dan 18 tahun.

Di majlis sama, 666 diberikan peluang memasarkan kemeja-T Penyingkap Fakta dan minyak wangi Kasturi Syifa' serta beramah mesra bersama tetamu.


Terima kasih tidak terhingga kepada semua pelanggan sudi berkunjung ke gerai 666 dan membeli produk ditawarkan. Peluang sama digunakan oleh kru 666 untuk mengasah kemahiran berinteraksi bersama orang ramai.


Saya percaya semua kru 666 berada dalam keadaan penat sepanjang 2 jam berada di lokasi terbabit berikutan baru pulang melakukakan tinjauan di Ulu Bendul dan Bukit Putus, Kuala Pilah, Negeri Sembilan namun semangat mereka tidak luntur.


Terima kasih kepada Triton Tuners Club Malaysia!