Ikuti kisah terperinci hasil tinjauan kru Penyingkap Fakta di pelbagai lokasi menggerunkan masyarakat. ... lokasi didakwa berlaku pelbagai kejadian aneh atau penampakan entiti paranormal. Kami melangkah bersama, mengharung onak, duri dan sembilu , mendokumentasikan kenangan pahit manis namun disatukan oleh minat sama. Terima kasih kerana sudi singgah di sini.

AZREE DAPAT HADIAH KAMERA

Hampir jam 1.30 tengah hari tadi, semua kru 666 berada di PWTC keluar untuk makan.


Kakitangan Kasturi Syifa', Izzat Zulkifli, turut bersama kami ke The Mall. Azree dan Asyraf memaklumkan saya, mereka pernah bertugas di pejabat terletak di PWTC sebelum ini. Tidak hairanlah jika mereka mengetahui selok-belok kawasan sekitar.

"Dahulu pusat membeli-belah ini dipanggil Yaohan," ujar Azree.


Biarpun perut lapar, mereka kelihatan gembira.

"Bang, Nikon," kata mereka.

Walaupun lampu tergantung berhampiran elevator berjenis 'Nikkon', pada pandangan mereka, tetap 'Nikon'. Barangkali hijab tidak diangkat.


Isu jenis kamera digital kebelakangan ini seringkali dibangitkan, sejak ustaz Zaharuddin dan Azree berjaya merakamkan gambar entiti paranormal menggunakan kamera jenis Nikon D90 dan D60 di Ulu Bendul, Kuala Pilah, Negeri Sembilan serta di Shah Alam, Selangor, klik di sini dan di sini.

Kini kamera Canon G12 saya bagaikan tidak setanding lagi dengan 'keupayaan' kamera mereka.

Biarpun kamera sama sebelum ini antaranya diguna untuk merakamkan saat bersejarah bagi dua individu terbabit, lihat di bawah.


Justeru lain kali saya bercadang akan ...


... terlebih dahulu sebelum merakamkan gambar di lokasi dianggap sebagai 'hot spot'. 

Hahahahahaha!

Tidak disangka selain memiliki kamera dianggap hebat, Azree juga mempunyai jaringan kenalan boleh dikatakan hebat. Selepas makan tengah hari, kami singgah di kedai menjual kamera.

"Nicholas Tong," kawannya memperkenalkan diri.


Nicholas memberikan saya dan Azree hadiah. Saya menerima alat pencuci lensa kamera berharga RM59 ...


 manakala Azree tersenyum lebih lebar kerana menggenggam ...


"Dulu saya memang baik dengan dia bang. Semua kawan hendak membeli kamera, saya bawa ke kedai dia. Nicholas kira kawan mengenang budi," jelas Azree.

Eh! Kamera video Nikon ke?

Untungkan.

Kamera comel, sesuai untuk Atoi.


'Kamera' untuk menyimpan bahan berkapasiti 4 Gigabyte ...

"Kalau hendak menggunakan tumb drive ini, kena guna external USB sebab dia besar," jelas Azree.

Saya tersenyum.

3 Komen :

Adam Vai berkata...

Alhamdulillah rezeki untuk mereka. Haha

Musafir Bumi berkata...

al hamdulillah, kalau dah rezeki, tak ke mana...

lynnepu3gp berkata...

alhamdulillah.... :)