Ikuti kisah terperinci hasil tinjauan kru Penyingkap Fakta di pelbagai lokasi menggerunkan masyarakat. ... lokasi didakwa berlaku pelbagai kejadian aneh atau penampakan entiti paranormal. Kami melangkah bersama, mengharung onak, duri dan sembilu , mendokumentasikan kenangan pahit manis namun disatukan oleh minat sama. Terima kasih kerana sudi singgah di sini.

BUKAN MUDAH UNTUK ENGKAU ORANG MENGHASILKAN BAJU INI KAN?

Terima kasih kepada pembaca blog ini dan semua rakan kerana sudi membeli baju Penyingkap Fakta sekaligus menjadi penyokong utama terhadapa usaha kami melakukan tinjauan ke pelbagai lokasi.

Baju tanpa 'tulang' di bahagian tepi, berkain cotton itu dijual dengan harga RM25 sahaja. Jika perlu dihantarkan melalui pos, caj tambahan RM6 dikenakan di Semenanjung, RM8 di Sabah dan RM10 di Sarawak.

Lihat sampel di sini.

Antara Penyingkap Fakta sudah memiliki baju terbabit, Profesor Dato' Dr. Grandmaster Sabree Salleh, klik di sini.

Turut menyokong kamI, penulis dan penceramah motivasi berhubung soal kewangan, Shamsuddin Kadir.

 
Juga pengikut setia blog ini, Chef Amir Hamzah, klik di sini.


Penyingkap Fakta, pemandu van selama 17 tahun, Suhaimi Salim juga bersemangat memberikan sokongan berterusan kepada 666, baca di sini.

"Saya hendak dua lagi baju, kawan pesan," ujarnya.

Malam ini Suhaimi akan bertemu kru 666 di Restoran Bestari Maju, Seksyen 11, Kota Damansara, Petaling Jaya.


Memiliki baju Penyingkap Fakta sekaligus melayakkan Suhaimi dan pembeli lain berpeluang mengikuti tinjauan kami.

"Apa fasal tidak bagi tahu awal, hendak pergi malam ini? Saya seorang sahaja memakai kasut kulit," ujar Suhaimi.

Biarpun agak terlewat, izinkan saya menjawab soalan itu. 

Memang kru 666 berhasrat membuat kejutan mengundang saudara pada malam itu untuk menyertai tinjauan ke Ampang, Kuala Lumpur. Untuk rekod, jemputan terbabit dipersetujui oleh semua kru.

Ketepikan soal kasut, sokongan dan semangat kental saudara sebenarnya lebih penting dan amat bermakna kepada kami semua. Andai kata akibat kasut kulit bertapak licin itu saudara tergelincir, saya pasti setiap kru 666 akan menghulurkan tangan untuk memimpin saudara sekaligus memastikan kru Penyingkap Fakta kami berada dalam keadaan selamat.


"Bukan mudah untuk engkau orang menghasilkan baju ini kan?"

Masih segar di ingatan saya, itu soalan saudara kemukakan sewaktu kali pertama bertemu kru 666 kami di Pusat Dangangan Dunia Putra tenpoh hari.

Ya, bukan senang. 

Baju itu lambang kesepakatan dan komitmen kru 666, baju itu juga lambang sokongan padu sekelompok insan memahami tujuan perjuangan kami, Kastuti Syifa'.

Justeru membeli baju sama juga kami anggap sebagai simbol sokongan pembaca setia blog ini terhadap usaha kami laksanakan selama ini untuk menyingkap fakta berhubung dunia paranormal di Malaysia.

Baju Penyingkap Fakta boleh dipesan dengan menghantar SMS kepada kru 666, Razali Harun di talian 016 231 5812 atau melalui emel razarro@yahoo.com.

Baca kompilasi tinjauan kami di sini.

Terima kasih semua.

1 Komen :

Musafir Bumi berkata...

saya dah dapatkannya...anda bila lagi?