LAUNGAN SAYU MEMINTA TOLONG
Jam 3.15 pagi tadi, berpandukan maklumat diterima, saya, Razali, Adam dan Boy menuju ke Kuala Selangor, Selangor.
Kira-kira setengah jam dari Kapar, kami tiba di Kampung Bukit Kuching, Jeram, Kuala Selangor. Jalan kami lalui gelap gelita.
Keadaan di sekitar sunyi, hanya kedengaran deruan enjin kenderaan menyusuri jalan berturap tar.
"Kita cari orang kampung dahulu," ujar saya.
Boy memandu kemudian memberhentikan kenderaan di hadapan rumah mengadakan persiapan kenduri kahwin di Kampung Bukit Kuching Tengah.
Kurang 5 minit, Razali, Adam dan Boy mengiringi lelaki tidak saya kenali ke kereta.
"Ini pengantin bang," ujar Adam.
"Apa nama?," soal saya.
"Shukor Shapari, 26 tahun," balasnya.
Shukor bakal bersanding tengah hari ini menawarkan diri untuk menemani kami ke lokasi sasaran.
"Dua minggu lalu, orang muda, budak kampung ini berusia 20 an, menunggang motosikal baru balik lepak, kebetulan memandang ke belakang, dia perasan benda itu menumpang dia di belakang. Sekarang ini dia demam seminggu, trauma mungkin," tambahnya.
"Benda apa?," tanya saya kepada lelaki berketuruan Jawa itu.
"Langsuir, tegak bulu roma saya bang," balasnya.
"Langsuir itu macam mana rupa dia?," soal saya.
"Itu saya tidak pasti bang tetapi saya memang pernah terserempak dengan toyol dekat kubur di kampung ini. Dua bulan lepas, masa itu saya membawa bakal isteri saya. Mula mula saya ingat saya seorang sahaja ternampak, saya malas hendak cakap, mungkin dia lemah semangat. Bila sampai di rumah, dia kata dia pun nampak. Masa itu saya dari Bukit Kapar, saya lalu di kawasan kubur itu dalam pukul 10 malam," jelasnya.
"Toyol macam mana rupa dia?," soal saya.
"Berbunjut bang, di kepala," katanya.
"Bukan pocong ke itu?," soal Boy.
Saya juga berasa keliru.
"Di sini orang panggil toyol. Dia berbungkus, dia tegak sahaja bang, memang dia tidak bergerak, dalam 5 kaki tinggi. Bukan kami sahaja ternampak, sepupu saya pun pernah juga di tempat sama. Cerita tidak boleh bang, tegak bulu roma saya," jelasnya.
"Nanti orang kata pengantin kena culik," usik Boy.
Kami semua tertawa.
"Depan sikit bang, ada buluh kuning. Menurut pak mertua saya di simpang itu dia pernah terjumpa perempuan muka dia paling hodoh. Penampakan selalu berlaku di simpang bang," celah Shukor.
Sebaik kenderaan diberhentikan, kami semua turun di kawasan tanpa cahaya terbabit.
Untuk rekod, kawasan di kiri dan kanan jalan dipenuhi pokok kelapa sawit dan terdapat parit besar di tepi jalan.
"Apa benda itu?," soal saya kepada Shukor.
"Entah bang, saya pun tidak tahu," balasnya spontan.
Sewaktu melalui jalan sama ketika memasuki kampung terbabit, saya duduk di sebelah Boy terkejut melihat struktur terbabit.
"Tunggul kelapa?," celah saya.
"Kalau tunggul kelapa, memang orang kampung ini tidak berani hendak tebang bang," terangnya.
Kru 666 kemudian bersama meneliti struktur itu.
"Macam busut besar pun ada," celah Boy berdiri di kawasan berhampiran.
Tok! Tok! Tok!
Spontan saya menyuluh kearah struktur sama.
"Abang dengar?," tanya Adam.
"Bunyi ketukan itu seperti datang dari dalam benda ini," jelas Adam.
Pantas Adam dan Razali meluru mendekati struktur terbabit dan meneliti permukaan luarnya.
Ketika itu Shukor kelihatan amat tidak selesa.
"Saya takut bang. Kalau orang tidak biasa masuk ke kampung ini pada waktu malam, mahu dia pengsan kalau ternampak benda itu," katanya berterus-terang.
"Dia hendak bersanding esok (Ahad), Razali tolong sapukan dia sikit minyak Kasturi Syifa'," pinta saya.
Cepat Razali mengeluarkan minyak wangi diaurakan dengan bacaan Al-Quran itu dari beg galasnya.
"Untuk perlindungan," bisik Razali.
Hubungi Puan Lin, 012 6277 300 untuk mendapatkan bekalan minyak terbabit dan SMS Razali, 016 231 5812 untuk memesan baju Penyingkap Fakta.
Alhamdulillah, tiada kejadian tidak diingini berlaku. Kami kemudian bergerak kearah simpang empat terletak kurang 20 meter dari lokasi kami berdiri.
Razali tanpa menggunakan lampu suluh diekori oleh Adam mendahului.
Untuk rekod, dilaporkan tahun lalu, mayat lelaki ditemui pemilik ladang kelapa sawit berhampiran lokasi sama.
"Dia tua tidak tua, muda tidak muda, umur dia dalam lingkungan 50 an. Dia dipercayai mati malam dan mayat kembong ditemui keesokkan harinya," terang Shukor.
"Dia tua tidak tua, muda tidak muda, umur dia dalam lingkungan 50 an. Dia dipercayai mati malam dan mayat kembong ditemui keesokkan harinya," terang Shukor.
Ketika mengeluarkan perakam pergerakan infrared di atas jalanraya, Razali tiba-tiba kelihatan terpinga-pinga.
"Abang nampak tidak?," soal Adam spontan.
Razali kelihatan tenang.
Razali kelihatan tenang.
"Nampak," balasnya.
"Masa saya bertinggung tadi, memang ternampak kelibat putih di depan saya, entiti oval shape. Saya tidak memberitahu Adam tetapi dia bertanya kepada saya. Saya percaya Adam juga ternampak benda sama, memang pelik," jelas Razali.
Adam dan Razali mendakwa entiti terbabit terbang di hadapan mereka lalu lenyap dalam kegelapan malam.
"Benda itu macam terbang kearah ladang kelapa sawit," ujar Adam.
Shukor kelihatan gugup.
"Abang dengar atau tidak?," soalnya.
"Bunyi apa?," tanya saya kembali.
"Bunyi suara minta tolong. Tolong ...! Tolong ...!," jawabnya spontan.
Adam juga mendakwa terdengar suara sama.
"Ya bang. Bunyi eeeeeee .... Tolong ...! Tolong ....," jelas kru 666 berusia 24 tahun itu.
"Naik bulu roma saya bang," ujar Shukor.
Keadaan di sekeliling sunyi, suara serangga malam jelas kedengaran.
"Itulah dia buluh kuning. Dulu tumbuh tinggi kemudian ada orang tebang," jelas Shukor.
Saya merakamkan gambar tinggalan rumpun buluh itu.
Kru 666 kemudian meletakkan kamera pengesan pergerakan infrared berhampiran struktur saya percayai tunggul kelapa terbabit.
Malangnya selepas lebih sejam kamera terbabit ditinggalkan di lokasi terbabit, tiada gambar pegun dan video berjaya dirakamkan.
Saya percaya ketika ini, peniaga pasar malam, Shukor dan isterinya, Nabila Huda, 20 tahun sedang diraikan dalam majlis persandingan di rumah mereka.
Selamat pengantin baru kepada kedua mempelai.
InsyaAllah, kru 666 akan kembali semula ke lokasi sama di masa akan datang.
36 Komen :
salam~
sy memang selalu baca blog 666 penyingkap fakta nie,.. :)
nak bg cadangan, nape crew 666 tak ke istana yang dalam filem penunggu istana?? :)
saya mmg berminat dengan aktivit2 paranormal yg cuba disingkapkan oleh crew 666.tahniah...
Banyak pengalaman peribadi yang menarik. Ayam berkokok dan terutama sekali masih terngiang ngaing bunyi orang meminta tolong semalam.
Pengalaman yang cukup menarik!
smti..
assalammualaikum..
2, 3 entry saya belek2 lebih kurang sama je isi dia. gambar suasana pada waktu malam,gambar kru2 tengah berbual2, bulu roma mengeremang, laporan suhu kawasan antara point2 wajib. hasilnya....?
pernah terfikir tak penyisatan ni sia2. atau sekadar isi waktu lapang.
maaf sekiranya penulisan boleh menyigung. cuma saya terfikir setelah mengikut perkembangan blog ni beberapa bulan.
Huda, terima kasih.
Komen awak berbentuk subjektif. Jika awak menganggap kegiatan kami sia-sia, itu pandangan awak dan tidak semestinya dipersetujui semua pembaca blog ini.
Kami juga pada masa sama tidak pernah memaksa sesiapapun untuk membaca blog ini.
Kami percaya, majoriti pembaca berpeluang berkongsi ilmu berhubung dunia paranormal.
Andai kata awak ingin melihat gambar hantu, sila tonton wayang pilihan awak di pawagam.
macam berada bersama2 kat situ! huhuhu~
Huda, kami telah meneliti blog awak. Blog tanpa entry. Barangkali itu kaedah terbaik untuk awak berkongsi maklumat bersama pembaca.
Kekadang melontarkan komen terlalu mudah tetapi sebelum itu biarlah kita sendiri membuktikan kita memiliki kredibiliti untuk berbuat demikian.
Nasihat kami, tulislah biarpun sebaris ayat sekalipun.
Terima kasih.
bang mazidul,maybe dia (huda)x penah rasa kot suasana camni..sya dlu lepas spm datang kl join dgn budak2 unikl tiap2 malam minggu pergi tempat2 camni..cth rumah doctor yg mati bunuh diri,anak isteri dekat taman zoo hill kemensah.highland tower,bukit tunku,kubur seputeh..pengalaman camni susah nak dapat..maybe masa kita pergi tu x dpt rakam atau jumpa apa2 benda pelik (bagi pandangan mata kasar).tapi bunyi keadan persekitaran tu la yg membuatkan benda ni best...666 teruskan perjuangan anda semua (fb hafifi zulkifli)
Salam Huda dan pembaca blog lain. Saya juga pengikut blog ini sejak beberapa bulan dahulu. Saya juga setuju bahawa jalan cerita hampir sama. pergi ke sesuatu lokasi, rakam gambar, rakam video, rakam audio, infrared thermometer dan sebagainya. hasilnya tiada gambar pocong berambut panjang memakai jubah putih, kaki tidak memijak tanah sambil mengilai2 dirakamkan. tidak pernah juga dirakamkan toyol berbadan gemuk pendek berwarna hijau menghisap ibu jari mangsa dirakamkan. belum pernah lagi dilaporkan perjumpaan dengan jin bertanduk keluar dari botol ajaib. (kalau ada pun, saya pasti ianya adalah sebuah filem terbitan bro Mazidul bertajuk "666"). kebanyakkan yang dilaporkan adalah gambar orbs, objek berupa binatang dan sebagainya. belum pernah lagi team 666 berjaya merakamkan sesuatu yang mereka panggil "hantu" dan semua pembaca blog akan setuju mengatakan ia "hantu".
Tetapi saya amat kagum dengan pengorbanan yang diberi oleh setiap anggota team 666. mereka adalah golongan yang ingin tahu tentang apa yang dinamakan "dunia luar" atau "alam ghaib". dengan berbekalkan device2 yang belum tentu akan merakamkan gambar dunia luar, mereka membuat ujikaji di kawasan yang kemungkinan besar kita takkan sampai pun sampai bila2. dalam hutan, tepi sungai, atas bukit, dalam gua... di waktu malam dikala majoriti kita seronok dibuai mimpi.
pengikut2 blog ini adalah juga mereka yang ingin tahu, tetapi mempunyai kekangan untuk turut serta. bini, tunang dan makwe tak bagi la. anak ramai memerlukan kasih sayang la.. takut bawak balik badi la.. takut kena culik bunian la.. dan macam2 lagi alasan.
pada saya, apa yang mereka lakukan adalah sesuatu yang berani. realiti tentang apa yang dirasai sewaktu pengembaraan begini, hanya mereka yang tahu. kemungkinan besar, mereka sendiri sudah pun merasai berjumpa dengan hantu, bunian, pocong dan sebagainya secara live. cuma bila dirakamkan, tak nampak atau hanya nampak orbs atau sesuatu yang tidak dapat di"describe"kan. Saya yakin, memang ada alam ghaib yang kita tak nampak. ada dinyatakan dalam quran pun. setiap ahli team 666 ni pun saya pasti pernah merasai detik mendebarkan berdepan dengan sesuatu yang menyeramkan. (Kau sanggup?)
Kita yang sebenarnya hidup berdampingan dengan hantu-hantu yang maha dahsyat, tetapi kita tidak sedar. Lihatlah hantu2 yang merogol anak sendiri, membuang anak sendiri bak sampah harian, yang membunuh ibu bapa sendiri, yang meliwat kaum sejenis (dan berbangga dengan liwatan tersebut), meliwat bayi hanya kerana isteri tak memberi servis, menggodam laman web berdasarkan kepercayaan peribadi dan macam2 lagi kes hantu teragung yang berlaku di dunia kita. Sanggupkah kita berdepan dengan hantu2 ini? sebilik dengan perogol, pembunuh dan peliwat. Andai kata dihalakan infrared thermometer kepada kita, sudah tentu suhu direkodkan berubah dari suhu biasa menjadi suhu sejuk dengan perbezaan 10 darjah. seram sejuk bro..
Mungkin sebenarnya kita yang hidup di dunia luar. Semua pocong2, toyol2, jin2 dan syaitan2 tak berani nak hidup dalam dunia kita ni yang penuh tragedi setiap hari.
Jadi, saya amat menyokong usaha yang dilakukan oleh Bro Mazidul dan rakan2 yang lain. Biarkan mereka yang tidak menyokong usaha ini membaca blog2 lain daripada membaca blog ini dan memberi komen2 yang negatif.
Saya mengucapkan tahniah kepada team 666. teruskan usaha anda untuk cuba menyingkap fakta dan hasilnya boleh dikongsi dengan ramai orang yang MEMINATINYA.
Seronok juga melihat orang orang berfikiran sempit seperti huda ni memberi komen. Haha
Nik Fariz, terima kasih di atas sokongan. Kami amat menghargai sokongan moral sebegitu.
Barangkali ramai tidak menyedari, menonton wayang berbayar, membaca blog ini percuma.
Pengorbanan terbabit dalam usaha ini, biarlah kami uruskan.
Hendak menuai hasil kdg2 memerlukan masa singkat @ lama...mgkn kru 666 ni masih mengejar objektif yg mereka tanpa putus asa...lgpn kite berdepan dgn makhluk lain..so,memerlukan kesabaran & semangat yg tggi...so, keep it up u all...apepn org ckp..aku ttp buke blog ni,sbb ia free!haha..
salam bang..shukor ni kawan sekolah sy dulu...sek seri tanjong...mmg bukit kuching tu keras sikit...member sy yg umah dia kat situ pun x berani nak balik lewat mlm..
alamak....bila bro maz kata ada blog tak updated..saya pun sama..(jap lg saya update lah)..
Saya menyokong penuh usaha crew 666..bukan apa..nak turun bukan tak berani..tapi anak kecik lg...:)
SMTI...Kalau saya dah dgr bunyi org mintak tolong bagai...mau tak cukup tanah saya berlari...hahahahaha...
SMTI
salam abg maz..maaf saya menegur, tapi cara abg maz menegur huda semacam tak kena..mungkin beliau sekadar menyuarakan pendapat beliau, mahu melihat post yang berlainan dari kru 666, cuma cara penyampaian beliau kelihatan terlalu direct..abg maz sepatutnya (pada pendapat saya) menerima pendapat huda dengan terbuka, dengan menampilkan tulisan2 dengan cara yang lain. bukan menempelak huda sampai menyiasat blog beliau dan mengatakan beliau begitu dan begini
Thegreenreaper, saya bukan peminat K-Pop dan awak tidak pernah memaksa saya melayari blog awak.
Itu analoginya.
Dalam erti kata lain, jika saya melihat paparan berhububng K-Pop itu sia-sia dan tidak membawa kebaikan, justeru mengapa harus saya membaca berhubung tren itu seperti dimuatkan di blog awak, kan?
Tetapi itu tidak bermakna semua orang tidak menggemari bahan dimuatkan di blog awak.
Assalamualaikum kpd semua pembaca dan krew 666.
Saya mmg da lame start baca entri2 Abg. Mazidul.
Tapi entri kali ni mmg klakar sangat2 la...
Sebab pengantin lelaki tu abg saya...hahahha
Selamat Datang Ke Kuala Selangor.
p/s: Sy xpernah lg jmpe hantu (^_^)v
Teruskan Usaha Anda.
i follow...
Asfarizal.. malaysia ni kecil..
terima kasih bagi yang memahami apa yang dilakukan kru 666 ini. semangat juang yang tinggi membuatkan 1 team bekerjasama tanpa mengeluh... terbaik untuk team 666.
SMTI
apa pun org nk kata..
yg penting nyer saya suke baca blog ni...
org yg nak jadi pengantin tu contoh manis je walau dalam takut-takut pun. heheh~
Pada saya mudah saja, kalau x suka jgn baca!!!! Nama pun blog penyingkap fakta, nak mencari fakta yg benar ada kalanya memerlukan masa dan kesabaran bukan dengan sengaja mereka cerita dan fakta. Sukakah anda kalau kru 666 mereka cerita mengenai dunia paranormal atau memasukkan gambar palsu entiti maka barulah blog ini akan diiktiraf hebat. Saya sarankan kru 666 mengajak Huda ke satu lokasi pada tinjauan akan datang, kita nak jugak dengar komen dari dia, jangan tahu memperkecilkan usaha orang lain yg tidak mendatangkan imbuhan pun...
Teropong, terima kasih kerana faham.
Fakta harus diterima samada menarik atau tidak. Jika informasi dan gambar ingin diselewengkan semata-mata untuk membuat paparan bertaraf extraordinary maka objektif kami akan tersasar.
Sebagai manusia anda mungkin mempunyai perkara sendiri untuk mengisi tempat masa terluang, dan perkara itu sangat suka anda lakukan (hobi), Penyingkap fakta dilakukan adalah untuk bercerita tentang kejadian paranormal yang sebelum ini sangat gempa dikata dimalaysia, kalau kita tgk difesbuk atau google..search hantu, pelbagai bentuk hantu yang kita jumpa, mudah dan senang. contohnya hantu dalam botol, pocong dan banyak lagi yang dikatakan ditangkap. crew 666 bukan PENANGKAP HANTU. setiap pengalaman yang kami pergi, kami akan kongsikan bersama pembaca.
Kami bukan mereka-rekakan cerita seperti mana mereka-mereka yang lain. Jika Kami inginkan NAMA diMalaysia. Blog Penyingkapfakta ini tidak akan seperti ini, Pasti banyak gambar-gambar yg kami edit, semata-mata hendakkan NAMA.
Jadi, Perkongsian itu hanya sekadar pengalaman yg dilalui kami.
Andai terwujudnya gambar entiti paranormal, itu merupakan rezeki kami dan anda sebagai pembaca.
Dan kami tahu, anda menanti-nantikan gambar entiti paranormal. sama juga seperti kami disini,....
SMTI.
Teruskan usaha anda semua penyingkapfakta666..
Mereka seperti huda tu hanya pandai mengkomen je..
Cuba minta dia turun padang sekali, ada berani...
Nak jugak join.. tp cukup berani ke aku nanti...
rasa mcm ada kt tempat kejaian plak. seram giler
SMTI...
walaupun apa yang Nora dan mereka2 katakan, saya suka membaca blog ini. Tak mungkin setiap kali penjelajahan,kita akan bertemu dengan perkara2 yg kita hajati
MaZIDUL.kali pertama saya mengetahui mengenai penyingkap fakta 666,apabila saya baca majalah mustika nov 2011.dari situ saya cari blog mazidul untk mengetahui crita2 menarik dari PF666.saya sbnarnye seorng yg penakut.tapi sgt suka baca crita2 begini.percaya atau tak,bila saya baca crita2 di sini,hati saya berdebar2.takut2,tiba2 ada gnbar yg menakutkan.he..he
Betul, kalau nak tengok hantu... rasanya kat wayang dah banyak dah. Boleh tengok kat situ. Dah nama pon penyingkat fakta...jelas dan terang, bukan PF666 nak tunjuk imej hantu atau nak memburu hantu...tapi lebih kepada menyiasat perkara sebenar di sebalik mitos atau cakap2 orang. dah lumrah orang kita, lebih suka dengar dari pegi siasat sendiri. macam saya, takde keberanian macam team PF666 ni hanya mampu membaca je pengalaman diorang.
Kalau tak minat, hentikan membaca... cari blog lain... banyak! untuk team PF666 teruskan aktiviti anda seperti biasa.
Suka blog ni sbb saya mmg suka benda2 mcmni.saya faham 666 bkn btujuan utk mencari hantu,seperti yg sesetengah pembaca mahukan. Kalau nak carik hantu baik bukak blog uncle seekers,sesetengah gmbar yg dipaparkan pun nmpak direka.wallahualam.Allah Maha Mengetahui.apa yg kita semua tahu,mana2 tempat yg ditinggalakn tanpa penghuni mmg ade 'penghuni' yg lain.
Teruskan merungkai misteri dan semoga sentiasa berada di bawah lindungan Allah SWT.
Terima kasih kepada mereka yang memahami tujuan PF666 ini ditubuhkan dan tujuan kami.
Setinggi tinggi penghargaan kami ucapkan.
Bnda nie kalau kita bnr2 tgk ia nya susah nak muncul. Tetapi time kte xtrfkr akan bnda nie ia muncul pula...sy ada hobi menyuluh ayam hutan di ladang sawit waktu malam.ada lah jgk peristiwa pelik..pernah galah sauk saya di tarik sesuatu ke belakang. Padahal saya seorang saja di baris pokok sawit tu,manakala kwn sy pula berada di baris ke4 pkok sawit. Tp sy tenang dan tak Panik. Sy Pgl kwn sy dan keluar dr ladang tu..siapa yang tarik galah sy td tu??st lg peristiwa ni berlaku ketika sy sdg menyuluh ayam hutan juga..mse tu sy dpt tngkap 7 ekor ayam hutan..sy rase dh ckup dan nak balik je,tp kwn sy cakap alang2 hbs kn jelah menyuluh satu kebun nie. Sy ok je. Suluh punya suluh jmpe ayam betina bsme dgn anak nya dalam ekor..ble sy dh nampak sy terus besiul bg isyarat kat kwn sy yang saya dh nampak ayam (besiul adalah isyarat yang selalu di gunakan oleh penyauk ayam hutan ketika jmpe ayam hutan di pelepah klape sawit. Apa bila kita bersiul kwn kita akan memadam kan lampu dan tidak membuat bising. Ayam hutan amat sensitif dgn bunyi bsg dan cahaya lampu yg terlalu lama.ini boleh membuat kan ayam hutan terbang dgn situasi ini)....ok ketika sy bersiul dgn tdk di duga ada banyak bunyi siulan di keliling saya.padahal sy di ladang tu cuma bertiga sahaja. So siapakah gerangan yang besiul td???sy trus kn menyauk ayam betina td bersama ank nya. Tetapi anak nya sy lepas kan. Kemudian sy cabut bulu ekor ayam td dan sy pacak kan di bawah pkok kelapa sawit tempat ayam betina td tdo. Ini petua orang2 tua. Lpas tue apalagi cabut lah sbab bunyi siulan td berbunyi lagi di kwsn keliling kami. ..alhamdullillah sy xpnh lihat lg rupa bentuk benda halus ni. Cuma banyak kali di usik sahaja tanpa memuncul kan rupa. Cuma kwn sy pnah lihat hantu yg real ketika dia sauk ayam hutan di tempat yang agak keras. Dia telah lihat satu susuk tubuh seorang lelaki berbadan tegap dan hitam terjun dari sebatang pkok durian tua hantu tu tidak berkepala. Terpulang kpd pmbaca nak percaya atau tidak wallahualam....
Catat Ulasan