Ikuti kisah terperinci hasil tinjauan kru Penyingkap Fakta di pelbagai lokasi menggerunkan masyarakat. ... lokasi didakwa berlaku pelbagai kejadian aneh atau penampakan entiti paranormal. Kami melangkah bersama, mengharung onak, duri dan sembilu , mendokumentasikan kenangan pahit manis namun disatukan oleh minat sama. Terima kasih kerana sudi singgah di sini.

SIAPA LAYAK MENYERTAI TINJAUAN BERSAMA KRU 666?


Gambar di atas menampilkan 12 kru 666. Slik klik untuk menjelaskan imej. 

Dari kiri, VJ,  Azree, Boy, Farid, Razali, Mazidul Akmal, Atoi, Adam, Zaki, Asyraf, Ashraff dan Alfee. Kru ke 13 dan terbaharu, Ishak Omar, 31 tahun.


"Siapakah layak menyertai tinjauan kru 666?"

Itu antara soalan kerap ditanyakan orang ramai kepada kami.

Untuk rekod, tiada antara kru 666 memiliki sijil, diploma, ijazah dan jauh sekali ijazah kedoktoran dalam bidang paranormal.

Dalam erti kata lain, kami hanya manusia marhaen memiliki latar belakang pendidikan dan kerjaya berbeza tetapi berkongsi minat sama.

Pengalaman kami dalam tinjauan kes paranormal juga tidak jauh berbeza, masih dangkal. Namun semangat untuk terus melaksanakan tinjauan sentiasa membara, hari demi hari.

Kami percaya ilmu berhubung dunia paranormal itu milik semua dan terserah kepada kita untuk mempelajarinya dan sekaligus kita harus memiliki inisiatif untuk berkongsi ilmu itu bersama masyarakat.

Ilmu tidak dikongsikan, analoginya bak pokok rendang tetapi tidak berbuah.

Kami percaya, 666 mampu melangkah lebih jauh. 

Impian harus terus dicipta, dirancang dan dilaksanakan sebaik mungkin. Sedikit sebanyak, untuk menzahirkan impian, komitmen menjadi tuntutan. Pada masa sama, setiap kru harus memahami objektif sebenar 666, bukan kerana ingin memasyhurkan nama.

Semua pemilik baju Penyingkap Fakta berpeluang menyertai tinjauan kami tetapi diwajibkan menandatangani borang disclaimer.

Keberanian? Itu perkara subjektif.

Setakat ini tiada laporan menunjukkan kru kami dikejar atau dicederakan entiti paranormal. We always come ini peace. Tujuan kami hanya untuk merakamkan gambar menggunakan peralatan elektronik bukan menggegarkan dunia mereka sekaligus mencetuskan ancaman.

6 Komen :

Adam Vai berkata...

SMTI

mr wangi berkata...

semoga berjaya

Am berkata...

siapa awek yg ikut kru 666 hari tu

lynnepu3gp berkata...

smti....insyaAllah....klu u all turun ker johor..saya bercadang utk menyertai tinjauan u all... :)

AmadJafa berkata...

SMTI

NAK SERTA JUGAK LEH TAK? HUHU...VERY INTERESTED DALAM BAB2 CAM NIE....