Ikuti kisah terperinci hasil tinjauan kru Penyingkap Fakta di pelbagai lokasi menggerunkan masyarakat. ... lokasi didakwa berlaku pelbagai kejadian aneh atau penampakan entiti paranormal. Kami melangkah bersama, mengharung onak, duri dan sembilu , mendokumentasikan kenangan pahit manis namun disatukan oleh minat sama. Terima kasih kerana sudi singgah di sini.

Suara Perempuan Mengilai Tampalan III Tinjauan Ke Ulu Bendul Dan Bukit Putus

Sila baca tampalan ini dan ini.

Kami kemudian membawa perawat Kastuti Syifa', Ustaz Aznil, Hafiz, Zaharuddin. Musleh dan pembantu mereka ke wakaf berhampiran tapak perkhemahan.


Hampir jam 1.30 tengah hari, 7 khemah didirikan.


Tiba-tiba muncul Ustaz Zaharuddin Zainal, guru lulusan Universiti Al-Azhar, Mesir ...


Yup! Beliau memang gemar merakamkan gambar menggunakan kamera Nikon D90 dan dilaporkan pernah mengambil kursus fotografi.

Ketika itu majoriti kru 666 sibuk memasang khemah. Kagum, itu perasaan tercetus di minda saya melihatkan semangat kerjasama mereka tampilkan tanpa mengerti erti penat lelah.


Pada waktu sama, perawat Kasturi Syifa' menjamu selera dengan hidangan nasi bungkus di wakaf.


Kami kemudian dimaklumkan oleh petugas Jabatan Perhutanan Negeri Sembilan untuk mengalihkan khemah ke kawasan ditetapkan.

Malangnya hujan lebat kemudian membantutkan tindakan itu. 

"Tolong berikan senarai nama dan nombor kad pengenalan kepada pejabat Jabatan Perhutanan," pinta saya kepada Razali .

Biarpun sebilangan kru basah, permintaan terbabit ditunaikan secara efisyen.


Sebaik hujan berhenti, kira-kira pada jam 2.30 petang, semua kru mengambil kesempatan untuk mengalas perut dan kemudian menunaikan solat zuhur diimamkan oleh ustaz Zaharuddin.


Proses perpindahan khemah kemudian dilangsungkan.


Jam 3.30 petang kami didatangi kenderaan peronda polis dari Balai Polis Terachi, terletak kira-kira 9 kilometer dari hutan lipur terbabit.

Razali, ustaz Aznil dan Hafiz kemudian menyampaikan cenderahati berupa baju Penyingkap Fakta dan minyak wangi Kasturi Syifa' kepada Ketua Polis Balai, Sarjan Mejar Sulaiman Nazri dan 2 anggota beliau.


"Di sini memang banyak tempat berlaku kejadian pelik. Masa anggota membuat rondaan, dia orang pernah terdengar suara perempuan mengilai. Lepas itu macam ada orang baling batu di atas atap guard house. Bila mereka tidak berganjak, kena jerit hoooooooooooooi!," ujar Sulaiman.


"666 bukan mencari hantu tetapi cuba menyingkap fakta berhubung dakwaan kehadiran entiti paranormal," jelas saya.

"Pernah juga oranga mendakwa ternampak lembaga besar di sini, dia dilaporkan bergerak secara  mengesut dan merangkak menggunakan siku di atas tanah," celah beliau.


"Tetapi tidak pernah sesiapa merakamkan gambar?," soal saya.

"Saya dengar sebelum ini ada orang mandi-manda, ambil gambar dan kemudian dikatakan ada lembaga berdiri sekali dengan dia orang," ujar anak kelahiran Masjid Tanah, Melaka itu.

Terima kasih kepada Sulaiman dan anggota bertugas kerana sudi berkongsi informasi bersama kami. Sekalung penghargaan juga kepada kenalan saya, Ketua Polis Daerah Kuala Pilah, ACP Jaafar Baba kerana biarpun bercuti masih mengambil tahu berhubung kebajikan kru 666 di Ulu Bendul.

Hampir jam 4 petang, beberapa kenalan ustaz Aznil tiba di lokasi untuk memberikan sokongan moral  kepada aktiviti 666.


Lebih menarik, 2 pelanggan datang ke lokasi untuk mendapatkan bekalan minyak Kasturi Syifa'. Terima kasih kepada mereka kerana sudi bertemu kami.


Sebelum ke Ulu Bendul, saya mengingatkan Azree untuk membawa bersama kelengkapan menjerang air panas. Saya kemudian difahamkan, Atoi dipertanggungjawab melaksanakan tugasan itu. 

"Hahahahahaha! Abang tengok besar mana cerek Atoi bawa," jerit Azree.


Cerek itu sepatutnya digunakan untuk menjerang air panas dibuat minuman 12 orang. Atoi ... Atoi ... 'Besar' sungguh cerek itu!

"Itulah bang, cerek ini secomel dia," usik Azree.

4.15 petang saya didatangi keluarga beranak tiga dari Sri Menanti, kira-kira 20 kilometer dari Ulu Bendul.


"Nama saya Farizal Mohd Nasir. Saya dan isteri memang pembaca blog abang Mazidul," kata juruteknik berusia 32 tahun itu.

Terharunya perasan saya mendengar luahan Farizal.

"Setiap hari kami mesti membaca blog abang, kalau cerita ada sambungan, aduhhhhhh!," keluh isterinya.

Apa pun terima kasih kepada keluarga terbabit kerana sudi bertemu saya biar pun hanya seketika cuma.


Sebelum ustaz Aznil, Hafiz dan Musleh berangkat pulang ke Kuala Lumpur, kami sempat merakamkan gambar bersama.

"Ustaz Zaharuddin akan tinggal di sini," ujar ustaz Aznil.

"Free style," teriak saya.

Berikut hasilnya, klik untuk membesarkan imej.


"Bye! Bye!," teriak kru serentak.


Kira-kira jam 7.30 malam, semua kru 666 bergerak ke gazebo untuk meletakkan barangan di bawa.


"Bro, Norazizi sudah sampai, saya pergi tengok sekejap," ujar Razali.


Norazizi Ya'akob, Pengarah Urusan Aras Mahligai Sdn. Bhd, syarikat pencetak baju kru 666 dan Penyingkap Fakta. Kehadiran beliau dan kakitangan bertujuan untuk menunjukkan sokongan terhadap usaha kami.

Sebelum beredar mereka sempat makan malam bersama kru di lokasi.

"Maaf encik Zizi, makan pun tidak begtu proper," ujar Razali.

"Tidak ada masalah," ujar beliau merendah diri.


Kami kemudian bersiap sedia untuk menjalankan tinjauan di Ulu Bendul dan Bukit Putus.

Bersambung di sini.

5 Komen :

smti

salam,

encik, lepas ni boleh la pegi buat tinjauan kat tempat ni pulak ...:) :)

http://www.hmetro.com.my/articles/Kelibatpocongatasbukit/Article

tice su berkata...

Smti

Musafir Bumi berkata...

sukses selalu!

Smti