Ikuti kisah terperinci hasil tinjauan kru Penyingkap Fakta di pelbagai lokasi menggerunkan masyarakat. ... lokasi didakwa berlaku pelbagai kejadian aneh atau penampakan entiti paranormal. Kami melangkah bersama, mengharung onak, duri dan sembilu , mendokumentasikan kenangan pahit manis namun disatukan oleh minat sama. Terima kasih kerana sudi singgah di sini.

TEDUNG SEDANG TIDUR

Pesakit wanita dirawat mengerang seperti berada dalam kesakitan. Ustaz Zaharuddin dan Hafiz berterusan membacakan ayat Al-Quran.

Botol minyak Kasturi Syifa' digenggam oleh pesakit.


Sebaik rawatan ditamatkan, saya mengambil peluang menemubual ringkas pesakit.

"Apa puan rasa tadi?," soal saya.

"Saya rasa panas di bahagian tulang belakang dan tiba-tiba susah hendak menarik nafas, macam tersekat," jelasnya.


"Dia memang macam itu, jin dia masuk ke tubuh badan manusia melalui saluran darah. Dia kira macam ular tedung tidur, kita ketuk kepala dia, dia bangkit"

Itu analogi dikongsikan oleh ustaz Hafiz.

Akhir sekali pesakit diberikan minuman Hydro Syifa', air telah diaurakan dengan ayat Al-Quran.


Pada masa sama, pesakit dirawat oleh ustaz Aznil kelihatan seperti ingin muntah ke dalam plastik disediakan.

"Tidak ubah macam magik, hanya dengan bacaan ayat Al-Quran, kesan fizikal dapat dilihat,"  itu komen saya.

Ustaz Hafiz tersenyum.


"Datanglah ke pusat rawatan"

Lazimnya itu kenyataan perawat Kasturi Syifa.