Ikuti kisah terperinci hasil tinjauan kru Penyingkap Fakta di pelbagai lokasi menggerunkan masyarakat. ... lokasi didakwa berlaku pelbagai kejadian aneh atau penampakan entiti paranormal. Kami melangkah bersama, mengharung onak, duri dan sembilu , mendokumentasikan kenangan pahit manis namun disatukan oleh minat sama. Terima kasih kerana sudi singgah di sini.

TINJAUAN KE PUNCAK BUKIT

"Dahulu masa kami datang ke sini, tidak ada pagar," jelas Azree.


Saya mengekori Azree, Atoi, Asyraf dan kru Penyingkap Fakta, Suhaimi meredah semak samun menuju ke jalan utama.


"Elok-elok, pagar elektrik," kata Azree.


Ketika itu Razali dan Alfee menunggu di kawasan berhampiran.

"Memang tidak ada jalan," ujar Atoi.


Lalu kami berpatah balik ke tempat Razali dan Alfee berdiri dan kemudian beredar untuk mencari laluan lain ke lokasi sasaran.


Kira-kira jam 12.20 malam, kami memulakan pendakian ke puncak bukit berhampiran Taman Tar, Ampang, Sekangor.

"Kita kena mendaki dalam lima belas minit. Penat jugalah untuk sampai ke atas," jelas Azree.


Di kiri laluan tersergam banglo di tepi anak sungai cetek berair jernih tetapi mengalir deras.


"Rasanya ini tinjauan kita paling mencabar," celah Azree.

Saya amat bersetuju dengan kenyataan itu. Di awal pendakian, kaki sudah mula terasa lenguh dan nafas menjadi sesak.


Laluan cerun terbabit licin dan kami terpaksa mengguakan tali pemegang di kiri dan kanan jalan agar tidak tergelincir.


"Betis macam sudah mula terasa hilang," keluh saya.

Berjalan di belakang, Razali dan Alfee. Alfee abang sulung Azree dan Asyraf tenang merakamkan video menggunakan kamera Sony biarpun saya percaya dia juga kepenatan.

Namun semangat di dalam diri bagaikan memberi suntikan tenaga untuk kami meneruskan langkah.

"Tidak jauh lagi bang," kata Azree menyuntikkan semangat.

Jam 12.35 malam, kami tiba di puncak bukit.


"Angin bertiup kuat di atas sini, macam mandi," gurau Razali.

Kru 666 kemudian berehat buat seketika sebelum menyingkap fakta di lokasi terbabit.


Azree dan Alfee kemudian mencuba 2 kamera litar tertutup, CCTV infrared tanpa wajar baru dibeli.


"Jangan usik kepala itu," tegur Alfee.

Azree kemudian berundur daripada menghampiri patung diletakkan berhampiran paip mengalirkan air bukit.


Pada jam 12.46 malam, kami bergerak ke kawasan sasaran sebenar.


"Jauh lagi ke?," soal saya kepada Azree.

"Dalam dua minit perjalanan bang," balasnya spontan.

Lutut terus berasa lenguh dan longgar biarpun perjalanan terbabit singkat berbanding pendakian awal.

"Inilah tempatnya," celah Azree.

Saya menarik nafas lega, akhirnya kami tiba di lokasi sasaran dengan selamat.


"Suhu 72 darjah Fahrenheit," teriak Razali.


Itu bacaan suhu normal di puncak bukit. Suhaimi duduk tenang menghadap struktur bangunan simen.


Akibat kepenatan teramat, saya kemudian berbaring di kawasan berhampiran di atas ruangan berturap. Pada jam 12.55 malam, saya merekodkan gambar berikut menggunakan kamera digital Lumix FZ100.


Sekaligus merakamkan gambar low angle Razali.


"Jika terdapat entiti tidak mampu dilihat di kawasan ini, kami ingin memberitahu, kedatangan kami ke sini hanya untuk merakamkan gambar dan video. Itu sahaja justeru tidak berniat untuk mengancam sesiapa," ujar Razali.


Keunikan Razali, dia tidak pernah lekang dengan minyak wangi diaurakan dengan bacaan Al-Quran, Kasturi Syifa.


Ya! Suatu kejadian menarik berlaku mendorong Razali berkata begitu. Apapun, biar saya kongsikan kemudian bersama semua pembaca.

Fakta, kawasan sekitar gelap gelita dan hanya sesekali diterangi cahaya lampu suluh kru 666.

Razali kemudian menyediakan kamera perakam pergerakan infrared sambil dirakamkan oleh Alfee.


Kami kemudian bergerak ke lokasi kurang 100 meter dari lokasi pertama, menuju ke struktur bangunan kosong.


Dua kamera CCTV, meter EMF dan kamera perakam bergerakan infrared di letakkan berhampiran struktur terbabit.


"Ada gangguan (pada skrin CCTV)," kata Alfee berulangkali.

Untuk rekod, sejak dari awal, sewaktu tiba di puncak bukit, gambar dipancarkan di skrin CCTV  kelihatan kabur.


Jama 1.15 pagi, kami kemudian bergerak semula ke lokasi awal.


Saya terus merakamkan suasana di sekitar seperlu Alfee.


Kami kemudian berehat.


Tiba-tiba ...

"Tengok daun pokok pinang itu bergerak sedangkan daun pokok di sekeliling tidak," ujar Razali.


Spontan semua kru menoleh ke arah pokok pinang terletak kurang 5 meter dari lokasi kami duduk. Pantas saya merakamkan gambar.


Sebilangan kru bingkas bangun membuat pemantauan lebih rapi.


Perhatikan gambar di atas secara lebih teliti. Kelihatan cahaya putih muncul berhampiran pokok pinang terbabit, dipercayai orb. Atoi cuba merekodkan bunyi di kawasan sama menggunakan perakam audio parabola.


Menjelang jam 1.45 pagi, beberapa kru terlalu kepenatan berbaring seperti saya.


"Bang, tengok Asyraf tidur sambil duduk, dia boleh berdengkur lagi," bisik Azree.


Kekadang saya berasa agak hairan, biarpun kawasan itu dikatakan 'keras' oleh masyarakat setempat, kru 666 kelihatan selesa bersantai.

Apakah kejadian berlaku pada jam 12.55 malam?

... sekaligus mendorong Alfee berbaring dengan kamera digenggam erat?


Berikut tubuh penat dan badan dibasahi peluh, saya berbaring di lokasi berhampiran Alfee sambil merakamkan gambar berhampiran.

Untuk rekod, terdapat tandas tinggal namun pintu masih bertutup kain terletak kira-kira 10 meter dari tempat kami berehat.


Semua terbabit di dalam tinjauan dilarang menghisap rokok di lokasi. Disiplin itu dipatuhi oleh semua termasuk kru Penyingkap Fakta.

Tepat jam 12:56:00, saya merakamkan gambar berikut secara rawak di ruang udara sama. Klik gambar untuk memperbesarkan imej.


Gambar sama dalam paparan black and white.


Jika kamera lain digunakan kru 666 berjaya merakamkan sebarang imej ganjil, InsyaAllah hasilnya akan dikongsikan di sini untuk tatapan semua pembaca.

Setelah hampir 2 jam berada di puncak bukit, kami kemudian beredar.


Setelah menuruni cerun licin dan sekali lagi keringat membasahi dahi, kami tiba semula di jalan utama.


Biarpun majoriti kru 666 keletihan, tidak Asyraf. Berikut buktinya ...


Baca kompilasi tinjauan kru 666 di sini

24 Komen :

Adam Vai berkata...

SMTI. Penemuan yang cukup menarik sekali!

Musafir Bumi berkata...

terima kasih atas info...Jazakallah pada semua yg terlibat!

mcm x best je aktiviti ni..mcm mengarut..

Unknown berkata...

salam. kalau ada sesiapa yang rasa aktiviti ni mengarut, tak perlu nak bagi komen negatif. terus tutup je page ni. Diorg sanggup memandu jauh2, sanggup berjaga malam, sanggup meredah hutan, sanggup berdepan ngan entiti tak diketahui.. hanya untuk memberi info kepada yang berminat mengetahui. kau sanggup?

bobo berkata...

ko folo dieorg ke x? kalo xfolo jangan nak banyak bunyik! mengarut ke x......folo la! cakap je lebih! habuk pon tarakk!! sorryla bro!

Unknown berkata...

Tiada siapa memaksa awak menyertai tinjauan.

Dato' Sagor berkata...

SMTI... saya ingin sekali menyertai kru 666 dalam misi yang dijalankan.

alongwan berkata...

SMTI... Syabas Kru 666.. teruskan usaha anda.. :)

nick dia pun tahapahapa ntah... tak suka kalu just keep it to yourself lah

anna berkata...

pelik la.. some people love to spend their precious time just to read stuff that not only they don't find interesting but also absurd. even more amazing - they even make time to post something just to show their stupidity. lain kali nmpak taik lembu,dia makan la tu..x suka kan so makan la..

Stephen Fah berkata...

Gosh, bro...
Freaky or what?

I think this beats the story of the Pudu Jail incident which you told me when I was at your house the other day...

Brrrrrrrrrrr...
Seram sejuk dibuatnya masa saya baca tampalan ni...

May I suggest something?
Maybe you can include a scale of "freakiness" or "tahap seram" to your outings, and perhaps a comparison of the places you guys have done tinjauan.

But still: Keep up the good work... :)

SMTI

lynnepu3gp berkata...

smti

smti.

yang tak suka, tutup komputer, diam!

Sis Lin berkata...

Saya yg baca saya pulak yg seram..huhuhu

Adam Vai berkata...

Kah kah kah. Macam macam komen yang ada. Walau macamana pun, terima kasih kepada semua yang menyokong hasil usaha kami.

Pada yang memikirkannya mengarut, mungkin mereka belum terbuka hati untuk menerima usaha dakwah kami.

Mr Stephen Fah, thank you for your suggestion. We appreciate all suggestions from our readers and supporters.

osaleh35 berkata...

Tinjau tinjau gak...jgn jadi mcm krew yg menyiasat Hospital Changi lama di Singapura sudah lah. Sampai krew jurugambar kena 'rasuk' dan membunoh salah seorang krew utama.

Unknown berkata...

osaleh, fakta kes itu tercatat di mana?

ejaescobart berkata...

smti..

pelik.. malam tadi buka tampalan ni tapi gambar seakan kepulan asap tu langsung tak kelihatan walaupun saya sudah refresh 2-3 kali..

Larajade berkata...

Abg dul sy n famly pernah naik atas ne..area kelab darul ehsan kn...situ memang agak menakotkan..but permandangan di waktu siang sgt cantik...

osaleh35 berkata...

Saya menonton dlm 'original footage' rancangan Haunted Changi yg telah disiarkan dlm channel Astro 413 pd ahad lepas (23/10/2011). Utk pengetahuan En. Mazidul, saya ni adik kpd En. Ahmad Puad Onah yg baru pencen dari Grand Brilliance. Saya memang selalu follow blog En. Mazidul.

osaleh35 berkata...

Cuba En. Mazidul buka blog ni..hauntedchangi.blogspot.com

norhidana berkata...

sgt suke baca blog nih walaupun saya sorang yg penakut...

sW33tdARLiNG berkata...

SMTI